"Papà, penso... che non tornerò.(Ayah,saya rasa...saya tak jadi balik.)"kata Carl Rayyan dihujung talian.
"Cosa intendi? Non sei tornato in Italia? (Apa maksud kamu? Kamu tak jadi balik ke Itali?)"soal Tuan Carl John.
"Sì, papà.(Ya, ayah)"jawab Carl Rayyan,lemah.
"Ma perché? (Tapi kenapa?)"soal Tuan Carl John,risau.
"Ho delle cose di cui occuparmi qui.
(Saya ada perkara yang perlu saya uruskan dekat sini.)"jawab Carl Rayyan.Rasanya,ayahnya tak perlu tahu tentang rancangannya yang tiba-tiba berubah fikiran tentang kepulangannya ke Itali."Di quali affari devi occuparti?
(Perniagaan apa yang perlu kamu uruskan?)"soal Tuan Carl John yang masih tak faham dengan hajat anaknya itu.Takkan urusan kerja di Malaysia masih belum selesai?"Non si tratta di affari, papà, ma dei miei problemi personali.
(Ini bukan pasal perniagaan, ayah, ini pasal masalah peribadi saya.)"jelas Carl Rayyan dengan penuh maksud tersirat.Buat masa ini,lebih baik ayahnya tak tahu dengan rancangannya."Quali problemi personali?
(Masalah peribadi apa?)"dahi tua Tuan Carl John mula berkerut dihujung talian."Lo dirò a mio papà più tardi.
(Saya akan beritahu ayah nanti.)""Quanto rimarrai in Malesia?
(Berapa lama kamu akan tinggal di Malaysia?)"soalan berbaur risau jelas kedengaran dihujung talian."Non sono ancora sicuro, papà.
(Saya tak pasti lagi, ayah.)"jawapan Carl Rayyan membuatkan Tuan Carl John mengeluh lemah."Va bene. Abbi cura di te lì. Se hai bisogno di aiuto, dillo a papà.
(Baiklah. Jaga diri dekat sana. Kalau kamu perlukan bantuan, bagitahu ayah.)"pesan Tuan Carl John.Dia tak pasti urusan peribadi apa yang dimaksudkan oleh anaknya tetapi dia berharap Carl Rayyan akan selamat semasa tinggal di Malaysia.
"Va bene, papà. (Baiklah, ayah)"sahut Carl Rayyan sebelum mereka menamatkan panggilan.
****
CARL Rayyan cuba melepaskan pelukkan Fayyad.Geli rasanya apabila kaum sejenisnya sedang memeluk dirinya seperti pasangan kekasih sahaja.
"Betul ke Tuan Carl tak jadi balik?"soal Fayyad,ceria.
Carl Rayyan hanya mengangguk.
"Tapi... kenapa tiba-tiba Tuan Carl berubah fikiran?"soal Fayyad lagi.
"Ada perkara yang aku kena uruskan dekat sini"hanya itu sahaja jawapan yang boleh diberikan kepada Fayyad buat masa ini.
Fayyad hanya mengangguk sambil tersenyum gembira.Tak apalah kalau Carl Rayyan tak mahu ceritakan kepadanya,asalkan Carl Rayyan tak jadi balik ke Itali dalam masa yang terdekat ni.Bukan apa,dia sudah selesa bekerja dengan Carl Rayyan.
"Ada apa kau datang dekat rumah aku ni?"soalan dari Carl Rayyan membuatkan Fayyad kembali ke realiti semula.
"Saya ingat nak hantar Tuan Carl ke airport tapi memandangkan Tuan Carl tak jadi balik,apa kata saya belanja Tuan Carl makan?"ujar Fayyad,ceria.
Carl Rayyan hanya diam sambil mengerling jam di dinding rumahnya.Sekarang jarum jam sudah menunjukkan baru pukul 10 pagi.Masih awal lagi untuk keluar makan.Tapi,kalau untuk bersarapan mungkin sesuai.
"Okey"akhirnya,Carl Rayyan setuju juga setelah agak lama dia berfikir dengan cadangan Fayyad tadi.
****
"FAYYAD!"
Ketika mereka berjalan-jalan mencari restoran yang berdekatan dengan Bangunan Jalan Sentosa, tiba-tiba kedengaran suara memanggil nama Fayyad.
YOU ARE READING
𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚: 𝐂𝐚𝐫𝐥 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 | Ongoing
AçãoCarl Rayyan atau nama Melayunya Rayyan Wildan. Carl Rayyan dijaga oleh Tuan Carl John yang berasal dari Itali.Hidup Carl Rayyan pada mulanya gembira seperti orang lain walaupun dia digelar MAFIA oleh rakyat warganegara dari Itali.Disebabkan dia sang...