MATA Carl Rayyan lama menatap anak mata Dato Sri Haris. Sudah beberapa minit mereka hanya duduk sambil menatap diantara satu sama lain.
"Ada apa Dato nak jumpa saya?" soal Carl Rayyan bagi memecahkan suasana sunyi di restoran itu. Walaupun restoran itu kelihatan ramai orang tetapi baginya restoran itu terasa sangat sunyi.
"Rayyan" panggil Dato Sri Haris dengan perlahan sehingga membuatkan Carl Rayyan terkedu mendengar nama yang meniti dibibir tua itu.
"Kamu...Rayyan Wildan,kan?" soal Dato Sri Haris. Sudah lama dia menyiasat tentang latar belakang Carl Rayyan, akhirnya dia berjaya temui jawapannya.
Lama Carl Rayyan terdiam sebelum dia mengangguk perlahan. "Ya. Saya Rayyan Wildan"
Tiba-tiba, Dato Sri Haris terus menangis dihadapan Carl Rayyan tanpa rasa malu. Sudah bertahun-tahun dia mencari kanak-kanak lelaki yang bernama Rayyan. Akhirnya,dia jumpa juga.
"Uncle dah lama cari kamu,Rayyan. Uncle dah janji dengan ayah kamu yang uncle akan jaga kamu macam anak uncle sendiri" kata Dato Sri Haris.
Carl Rayyan hanya beriak biasa seolah-olah dia tidak terkesan dengan kata-kata Dato Sri Haris tadi. Dia tidak berasa terkejut bahawa Dato Sri Haris ialah kawan ayahnya selain Encik Shahrul. Memandangkan, dia sudah lama tahu tentang hal itu. Cuma dia tidak mahu memberitahu kepada Dato Sri Haris tentang siapa dirinya yang sebenar.
"Uncle minta maaf" ucap Dato Sri Haris apabila Carl Rayyan tidak ada tanda-tanda ingin membuka mulut.
"Kenapa Dato minta maaf dekat saya?" soal Carl Rayyan dengan sebelah keningnya dinaikkan.
"Sebab uncle tak dapat nak tolong ayah kamu. Uncle tak dapat nak cari siapa pembunuh ayah kamu" jawab Dato Sri Haris sambil terus menangis. Disebabkan dia ingin menjaga nama baik syarikat keluarganya,dia sanggup membiarkan pembunuh kawannya bebas tanpa diberikan apa-apa hukuman.
"Benda dah berlalu,Dato. Lagipun, arwah papa mesti faham" kata Carl Rayyan.
"Tapi... pembunuh tu masih bebas Rayyan. Uncle yakin, pembunuh tu masih hidup" balas Dato Sri Haris.
Carl Rayyan diam. Memang pun! Dan sekarang,biar dia sendiri yang akan balas dendam atas kematian keluarganya.
"Dato tak perlu risau. Biar polis yang uruskan semua tu. Kita tak boleh buat apa-apa" kata Carl Rayyan, seolah-olah dia tidak kisah tentang kehidupan pembunuh papanya itu.
Dato Sri Haris mengeluh perlahan. "Macam mana dengan Shahrul? Kamu dah jumpa dia?"
Dia yakin kalau Encik Shahrul bertemu dengan Carl Rayyan, sudah tentu kawannya itu gembira.
Carl Rayyan diam seketika sebelum dia kembali bersuara. "Pak cik Shahrul dah meninggal"
Jantung Dato Sri Haris bagaikan ingin berhenti daripada berdegup. Dunianya terasa berhenti berputar seketika mendengar kata-kata Carl Rayyan tadi.
"Be... betul ke ni,Rayyan?" soal Dato Sri Haris.
"Ya,Dato. Pak cik Shahrul dah meninggal disebabkan dia kena langgar dengan lori dan saya yakin ini ialah salah satu rancangan daripada pembunuh tu" jawab Carl Rayyan dengan serius.
Dato Sri Haris diam. Kedua-dua belah tangannya digengam erat bagi melepaskan rasa marah. Dia marah kepada pembunuh itu. Selepas, dia berjaya membunuh Luqman. Berani dia membunuh Encik Shahrul pula. Walaupun, hubungan dia dan Encik Shahrul tidak seperti dulu tetapi dia tetap sayangkan ikatan persahabatan mereka. Dia sudah menganggap Luqman dan Encik Shahrul seperti keluarganya sendiri.
"Macam mana dengan mama saya?" soal Carl Rayyan, tiba-tiba.
Mendengar soalan Carl Rayyan membuatkan Dato Sri Haris terkedu. Dia tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan kepada Carl Rayyan walaupun perkara itu telah lama berlalu.
YOU ARE READING
𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚: 𝐂𝐚𝐫𝐥 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 | Ongoing
AcciónCarl Rayyan atau nama Melayunya Rayyan Wildan. Carl Rayyan dijaga oleh Tuan Carl John yang berasal dari Itali.Hidup Carl Rayyan pada mulanya gembira seperti orang lain walaupun dia digelar MAFIA oleh rakyat warganegara dari Itali.Disebabkan dia sang...