FAYYAD mengangguk sambil memandang Carl Rayyan yang sedang duduk, membelakangkan mereka.Menunggu masakan yang dipesannya tadi.
"Risotto tu jenis masakan yang macam mana?"soal Ilya,ingin tahu.Ini kali pertama dia mendengar nama makanan seperti itu.Apa yang dia tahu masak lemak cili api,asam pedas,kari ayam dan sebagainya.
"Risotto tu ialah hidangan tradisional Itali yang dibuat dengan nasi bijirin pendek istimewa yang dipanggil Arborio" jelas Fayyad.
"Hmm..nampak sedap jugak risotto ni"mata Ilya khusyuk memandang gambar makanan yang dipanggil risotto itu di Google.
"Macam mana kau tahu pasal makanan orang Itali ni?"soal Hisham,ingin tahu.
"Akukan bekerja dengan syarikat Har's Holdings.Mestilah aku pernah pergi Itali"jawab Fayyad.
Automatik mulut Hisham berbentuk 'O' sambil mengangguk setelah mendengar penjelasan daripada Fayyad.Terlupa pula dia dengan pekerjaan si Fayyad ni.
"Sshh..diam.Chef Zamani dah siap masak tu"sampuk Ilya sambil meletakkan jari telujuknya dibibir.
Masing-masing memandang ke arah yang sama setelah mendengar kata-kata Ilya tadi.
****
"INI dia... risotto dah siap!"pinggan yang berisi masakan risotto itu diletakkan dihadapan Carl Rayyan.
Carl Rayyan hanya diam sambil memandang lama ke arah risotto itu sebelum tangannya perlahan-lahan mencapai sudu.
Chef Zamani berdiri tegak dihadapan Carl Rayyan sambil menahan debaran didadanya.
"Hmm..sedap.Bila saya rasa masakan ni, tiba-tiba saya teringatkan keluarga saya dekat Itali"puji Carl Rayyan,ikhlas.
Hidung Chef Zamani kembang kempis mendengar setiap pujian dari Carl Rayyan.
"Hidung kembang kempis tu,banggalah tu dengan diri sendiri"perli Pak cik Khamis, tiba-tiba.
Ilya hanya tersenyum menahan lucu mendengar kata-kata Pak cik Khamis.
"Questo cibo è molto gustoso! (Makanan ini sangat sedap!"puji Carl Rayyan,lagi.
"Grazie, Signor Carl! (Terima kasih,Tuan Carl!)" ucap Chef Zamani,gembira.
"Apa diaorang cakap tu?"soal Hisham,ingin tahu.
"Tuan Carl cakap makanan tu sedap sangat.Lepastu,Chef Zamani cakap terima kasih dekat Tuan Carl sebab puji masakan dia"jawab Fayyad yang sememangnya fasih dalam bahasa Itali.
Semua yang berada disitu mengangguk tanda faham.
Tidak lama selepas itu, akhirnya Carl Rayyan berjaya menghabiskan makanannya.
"Berapa semua harga ni?"soal Carl Rayyan sambil cuba mengeluarkan duit untuk membayar hidangan itu.
"Eh..tak apa,tuan.Hari ini,saya belanja"kata Chef Zamani sambil tersenyum lebar.
Carl Rayyan mengerut dahi."Kenapa?Awakkan berniaga dekat sini?"soal Carl Rayyan,pelik.Mustahil Chef Zamani saja-saja buka restoran Itali ini.
"Anggaplah ini tanda ucapan terima kasih saya dekat tuan sebab puji masakan saya"jawapan Chef Zamani membuatkan Carl Rayyan tersenyum.
"Tak apa.Saya puji ikhlas.Nah,duit untuk makanan ni"sambil menghulurkan duit not 200 ringgit kepada Chef Zamani.
Chef Zamani menyambut huluran itu dengan senyuman lebar dibibirnya.
"Grazie,Signor Carl! (Terima kasih,Tuan Carl!)"ucap Chef Zamani dengan penuh semangat.
Carl Rayyan hanya tersenyum sambil menepuk lembut bahu Chef Zamani sebelum dia beredar dari situ.
YOU ARE READING
𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚: 𝐂𝐚𝐫𝐥 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 | Ongoing
AksiCarl Rayyan atau nama Melayunya Rayyan Wildan. Carl Rayyan dijaga oleh Tuan Carl John yang berasal dari Itali.Hidup Carl Rayyan pada mulanya gembira seperti orang lain walaupun dia digelar MAFIA oleh rakyat warganegara dari Itali.Disebabkan dia sang...