Part 40

11 0 0
                                    

DARI rooftop Bangunan Jalan Sentosa itu, Carl Rayyan memerhati gelagat penduduk Bangunan Jalan Sentosa yang sedang menyiapkan persiapan untuk majlis kecil-kecilan mereka.

Walaupun mereka bukan berasal dari keluarga kandung tetapi mereka kelihatan rapat seperti keluarga mereka sendiri. Sedikit sebanyak Carl Rayyan berasa gembira melihat kebahagian yang terpancar diantara mereka.

Senyuman yang sedari tadi terukir dibibirnya terus terpadam sebaik sahaja dia teringatkan rahsia yang sudah lama dia simpan seorang diri. Rahsia bahawa dia seorang mafia yang terkenal dan terhormat di Itali. Apakah yang berlaku sekiranya mereka semua tahu siapa dirinya yang sebenar? Adakah mereka akan membenci dirinya? Dia semakin takut sekiranya perkara itu terjadi. Terutamanya Ilya. Dia berasa takut sekiranya Ilya akan membenci dirinya. Jujur dia katakan, dia mula mencintai gadis itu.

"Termenung apa tu?" tegur Ilya dengan lembut. Kini,dia sudah berdiri bersebelahan dengan Carl Rayyan. Matanya turut memandang ke bawah. Di mana semua penduduk Bangunan Jalan Sentosa itu sedang sibuk membuat persiapan.

"Mana ada saya termenung. Saya cuma tengok diaorang. Diaorang nampak gembira sangat" kata Carl Rayyan. Tidak dinafikan bahawa semua penduduk Bangunan Jalan Sentosa kelihatan gembira sambil bergurau-senda. Ada yang sedang mengusik dan ada juga yang seperti sedang merajuk. Sangat menghiburkan.

Ilya mengangguk setuju. "Walaupun diaorang bukan keluarga kandung tapi diaorang dah anggap macam keluarga sendiri"

Carl Rayyan mengangguk perlahan. Matanya masih fokus memerhati di tingkat bawah bangunan itu.

"Dan... diaorang pun dah anggap awak macam keluarga mereka sendiri" sambung Ilya sambil memandang Carl Rayyan disebelahnya.

Wajah Carl Rayyan kelihatan sedikit terkejut mendengar kata-kata Ilya. "Betul ke?"

"Betullah. Kalau tak, tak adalah diaorang rasa seronok bila awak ada dekat sini"

"Mungkin itu cuma kebetulan" nafi Carl Rayyan, seolah-olah tidak mahu percaya. Dia baru sahaja mengenali mereka semua,mustahil semua penduduk Bangunan Jalan Sentosa sudah menganggap dirinya seperti keluarga mereka sendiri.

"Itu cuma perasaan awak je. Tapi hakikatnya, diaorang dah anggap awak macam keluarga diaorang sendiri"

Mendengar sahaja kata-kata Ilya membuatkan Carl Rayyan tersenyum sedikit tetapi matanya tetap memandang ke bawah. Memerhati gelagat penduduk Bangunan Jalan Sentosa itu.

"Saya pun dah anggap diaorang macam keluarga saya sendiri " ujar Carl Rayyan dengan posisi yang masih sama.

Ilya tersenyum sambil mengangguk. "Baguslah"

"Termasuk awak,Amanda" sambung Carl Rayyan dengan perlahan sehingga membuatkan Ilya laju berpaling ke arahnya. Walaupun perlahan tetapi dia masih dapat mendengarnya.

"Tapi...saya anggap awak lebih dari hubungan keluarga" kata Carl Rayyan sambil menatap anak mata Ilya dengan lama sebelum dia pergi dari situ meninggalkan Ilya yang terpinga-pinga sendirian.

Ilya hanya terkebil-kebil sambil memerhati pemergian Carl Rayyan. Wajahnya mula terasa panas menahan malu mendengar kata-kata Carl Rayyan tadi. Apa maksud lelaki itu? Anggap dia lebih dari hubungan keluarga?

****

SEPERTI yang dinantikan, akhirnya tibalah majlis yang dirancang oleh Carl Rayyan. Pada malam itu, orang lain juga turut hadir selain penduduk Bangunan Jalan Sentosa kerana itu adalah permintaan Carl Rayyan sendiri.

Suasana di hadapan Bangunan Jalan Sentosa itu kelihatan meriah dengan adanya manusia-manusia yang sedang bergembira sambil menikmati makanan di bawah cahaya bulan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 06 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚: 𝐂𝐚𝐫𝐥 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 | OngoingWhere stories live. Discover now