Part 37

14 0 0
                                    

"TAN Sri"

Tan Sri Johari terus berpaling ke sumber suara tadi. Sebuah senyuman kecil dihadiahkan buat anak muda itu.

"Zaf"

"Ada apa Tan Sri suruh saya datang?" soal Zafran. Orang kepercayaan Tan Sri Johari tanpa pengetahuan sesiapa terutama sekali Hani dan Red. Semua menganggap bahawa hanya Red sahaja orang kepercayaannya.

"Aku ada tugas baru untuk kau. Carikan aku latar belakang pasal lelaki ni" ujar Tan Sri Johari sambil menyerahkan satu gambar dihadapan Zafran.

"Siapa dia ni,Tan Sri?" soal Zafran.

"Setakat ni,aku cuma kenal dia sebagai Rayyan. Anak usahawan yang terkenal dekat Itali tapi sekarang...dia dah mengaku yang dia anak kepada Luqman. Pegawai polis yang aku bunuh 20 tahun yang lalu "jawab Tan Sri Johari sambil memerhati pemandangan di luar melalui tingkap pejabat miliknya.

"Kenapa Tan Sri tak suruh Red?" soal Zafran. Selama ini,Tan Sri Johari sering menyuruh Red menyiasat tentang latar belakang orang lain dan dia hanya akan disuruh jika perlu.

"Sebab aku rasa ragu-ragu dengan dia. Dia macam ada sesuatu yang sembunyikan dari aku"

Zafran mengangguk faham. "Baik,Tan Sri. Saya akan siasat pasal lelaki ni"

Tan Sri Johari mengangguk. "Siasat betul-betul. Kalau boleh siasat pasal dia dekat Itali tu sekali"

Zafran mengangguk. "Baik, Tan Sri "

****

CARL Rayyan hanya memandang wajah Red dengan tatapan kosong. Ilya,Fayyad dan Hisham hanya memandang mereka berdua dengan perasaan terkejut. Mereka terkejut apabila pagi-pagi lagi, Red sudah datang ke Bangunan Jalan Sentosa. Sedikit sebanyak ada perasaan cuak di dalam diri masing-masing apabila melihat Red sudah berada dihadapan mereka. Mereka kenal siapa Red yang merupakan orang kanan Tan Sri Johari.

"Dia dah arahkan aku untuk siasat balik latar belakang kau"kata Red kepada tujuan sebenar dia datang ke Bangunan Jalan Sentosa itu.

"Jadi?" soal Carl Rayyan dengan wajah tenang. Dia sedap duduk di sofa sambil menyilangkan kakinya dengan lagak santai. Sedangkan,Red masih berdiri tegak dihadapannya.

"Jadi...kau nak aku buat apa, sekarang?" soal Red.

"Buat apa lagi? Ikut jelah cakap orang tua tu. Tak baik melawan cakap orang tua. Berdosa,tahu tak?" jawab Carl Rayyan dengan wajah innocentnya.

Mendengar kata-kata Carl Rayyan membuatkan semua memandangnya dengan pelik. Apa yang sudah merasuk Carl Rayyan ini? Tiba-tiba, berubah menjadi lelaki yang soleh.

"Betul ke kau nak aku siasat pasal latar belakang kau? Bukan ke selama ni kau sembunyikan identiti kau?"

"Ya. Tapi, sekarang tak lagi sebab orang tua tu dah tahu siapa aku yang sebenarnya " jawab Carl Rayyan dengan tenang.

"Okey. Aku akan ikut cakap kau. Asalkan kau tak buat apa-apa dekat dia "kata Red.

Carl Rayyan mengangguk. Dia faham apa maksud 'dia' yang dikatakan Red kepadanya.

"Mestilah. Aku ni tak adalah jahat sangat macam majikan kau tu" balas Carl Rayyan.

Red hanya diam.

"Kau dah makan?" soal Carl Rayyan, tiba-tiba.

"Apa?" dia tak salah dengarkan?

"Aku tanya,kau dah makan ke?" soal Carl Rayyan sekali lagi.

"Be... belum "

"Bagus. Kalau macam tu,jom aku belanja korang semua makan" ajak Carl Rayyan. Kini,dia sudah bangun dari duduknya dengan menyeluk sebelah tangannya ke dalam poket seluar.

𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚: 𝐂𝐚𝐫𝐥 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 | OngoingWhere stories live. Discover now