Part 27

15 0 0
                                    

KETIKA Carl Rayyan ingin membuka pintu keretanya, tiba-tiba kedengaran telefonnya berbunyi. Dengan pantas,dia mencapai telefonnya di dalam poket seluar.Tertera nama Hani di skrin telefonnya.

"Hai,Rayyan!" sapa Hani terlebih dahulu setelah panggilan berjaya disambungkan.

"Hai" balas Carl Rayyan,sepatah. Dia tidak ada mood untuk berbual dengan sesiapa,sekarang. Apa yang dia fikirkan adalah untuk tenangkan fikirannya daripada terus memikirkan tentang masalahnya di Itali. Dia percaya, Puth Switch dan Daniel Critian boleh diharapkan.

"Awak okey? Kenapa suara awak dengar macam lemah je?" soal Hani dengan nada risau.

"Tak ada apa. Saya okey. Ada apa awak telefon saya ni?" soal Carl Rayyan. Dia mahu cepat-cepat menamatkan panggilan telefon itu.

"Sebenarnya...saya nak ajak awak jumpa dengan papa saya. Itu pun kalau awak ada masa free"  jawab Hani dengan nada malu-malu.

Mendengar kata-kata Hani membuatkan Carl Rayyan tersenyum sinis. Bagus! Inilah peluang dia untuk bertemu dengan si tak guna tu!

"Bila saya boleh jumpa dengan papa awak?"

Soalan Carl Rayyan membuatkan Hani menjerit keriangan di dalam hati.

"Kalau weekend ni,boleh? Jumpa dekat rumah keluarga saya" jawab Hani dengan nada yang kedengaran teruja.

"Okey"

"Nanti saya send location. Jumpa awak nanti,Rayyan" kata Hani sambil tersenyum-senyum di hujung talian. Mendengar jawapan Carl Rayyan,rasanya peluang dia untuk mendapatkan hati Carl Rayyan semakin cerah.

"Okey"

Hanya itu respons yang diberikan Carl Rayyan kepada Hani sebelum talian itu ditamatkan. Carl Rayyan tersenyum sinis sambil memandang skrin telefonnya yang sudah lama menjadi gelap.

Bersiap sedialah,Tan Sri Johari.

****

SUASANA di Villa Hannah kelihatan sangat cantik dan mewah. Di tengah-tengah kawasan villa itu, kelihatan ada sebuah air pancut dengan di kelilingi pokok bonsai. Di sebelah kiri villa itu,terdapat sebuah garaj yang dipenuhi dengan pelbagai jenis kereta mewah yang berjenama. Manakala,di sebelah kanan villa pula terdapat sebuah taman kecil yang sangat cantik dengan dihiasi pokok-pokok bunga yang berwarna-warni.

Carl Rayyan terus keluar dari perut kereta selepas dia memberhentikan keretanya di hadapan villa mewah itu. Ketika dia baru ingin melangkah, pintu villa yang besar dan lebar itu dibuka dari dalam.

"Rayyan!" panggil Hani sambil berlari kecil mendekati lelaki itu.

Carl Rayyan tersenyum kecil sambil menyerahkan sebuah bouquet yang dipenuhi dengan bunga rose yang berwarna merah kepada Hani. Hani terkaku seketika dengan pemberian Carl Rayyan sebelum dia tersenyum gembira. "Untuk saya?"

Carl Rayyan mengangguk. "Maaf. Saya tak tahu awak suka bunga apa,jadi saya belilah bunga ni sebab saya rasa bunga ni sesuai dengan awak" jawab Carl Rayyan cuba untuk berpura-pura memikat hati gadis itu.

Wajah Hani mula berbahang mendengar kata-kata Carl Rayyan. Dia gembira dengan pemberian Carl Rayyan ini walaupun hanya hadiah yang biasa sahaja. "It's okay. Apa-apa hadiah yang awak beli,semua saya suka. By the way, thanks for the flowers"  ucap Hani,gembira.

Carl Rayyan hanya mengangguk perlahan dengan senyuman kecil.

"Jom masuk. Papa dah tunggu awak dekat dalam" ajak Hani dengan nada yang sangat ceria.Tangan kasar lelaki itu dicapainya lalu ditarik lembut. Carl Rayyan hanya diam sambil mengikuti langkah Hani. Dia cuba untuk menahan segala perasaannya ketika menghadap wajah yang telah membunuh keluarganya itu.

𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚: 𝐂𝐚𝐫𝐥 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 | OngoingWhere stories live. Discover now