"TAN Sri"
Tan Sri Johari terus menganggkat kepalanya dengan wajah yang serius. Seperti faham dengan maksud pandangan Tan Sri Johari, Ridzuan atau lebih dikenali sebagai Red terus meletakkan satu sampul surat di atas meja kerja Tan Sri Johari.
"Saya dah dapat beberapa maklumat pasal Rayyan"
Tan Sri Johari terus mencapai sampul surat itu lalu mengeluarkan segala isi yang ada. Terdapat maklumat penuh mengenai kehidupan Carl Rayyan di Itali. Tan Sri Johari terus membaca segala maklumat yang diperolehi.
"Jadi,memang betullah dia ni tinggal dekat Itali?" soal Tan Sri Johari setelah selesai membaca.
"Ya,Tan Sri" jawab Red dengan wajah datarnya.
"Tapi,dalam maklumat ni...Rayyan beragama Islam"
"Ya,Tan Sri. Saya dapati yang Rayyan bertukar agama" jelas Red berdasarkan maklumat yang dia dapat.
Kelihatan Tan Sri Johari mengangguk faham. Menarik! Selepas dia bertemu dengan Carl Rayyan,dia telah mengarahkan Red untuk menyiasat tentang latar belakang lelaki itu. Ini juga demi keselamatan anak perempuannya. Manalah tahu,Carl Rayyan itu ialah pengintip musuhnya sendiri tetapi nampaknya latar belakang Carl Rayyan sangat 'bersih'.
"Okey,bagus! Kau boleh pergi,sekarang" ujar Tan Sri Johari.
Red mengangguk sekilas sebelum dia pergi dari situ.
Tan Sri Johari terus bangkit dari kerusinya sambil berpaling ke belakang, memandang pemandangan melalui tingkap pejabatnya yang luas itu.Otaknya mula berfikir untuk menaikkan lagi nama baik syarikatnya. Kemudian,sebuah senyuman terukir dibibirnya dengan penuh makna tersirat.
****
CARL Rayyan menyandarkan tubuhnya di sofa milik pejabat peguam ayah Ilya. Ketawa kecil dilepaskan setiap kali mengingatkan berita gembira dari Puth Switch. Dia mula membayangkan bagaimana wajah Tan Sri Johari saat membaca maklumat peribadinya.
Flashback.
"Puth,voglio che tu crei una nuova identità per me. Assicurati che i miei dati anagrafici non abbiano nulla a che fare con la Malesia. (Puth, aku nak kau buatkan identiti baru untuk aku.Pastikan biodata aku tu tak ada kena-mengena dengan Malaysia.)"arah Carl Rayyan selepas dia baru balik dari villa milik keluarga Hani.
"Perché all'improvviso, signore?(Kenapa tiba-tiba, tuan?)" soal Puth Switch dari hujung talian.
"Sono sicuro che dopo questo... ci saranno persone che indagheranno sul mio passato. (Aku yakin lepas ni... akan ada orang yang siasat pasal latar belakang aku.)" jawab Carl Rayyan dengan nada serius.
Puth Switch mengangguk dari hujung talian. Ini bukan kali pertama,Carl Rayyan mengarahkan dia untuk menukarkan identitinya itu.
"Bene, signore. Capisco. (Baik, tuan. saya faham.)"
"Voglio che tu lo faccia il prima possibile. (Aku nak kau buat secepat yang mungkin)" ujar Carl Rayyan.
"Bene, signore. Non preoccuparti. (Baik,tuan. jangan risau.)"
"Ok, bene. Se sei pronto, chiamami. (Okey, bagus. Kalau kau dah siap,telefon aku)"
"Bene, signore! (Baik, tuan!)"
Kemudian, panggilan terus ditamatkan.
Hari ini.
Ketika Carl Rayyan sedang membaca email dari Ruga , dia terus mendapat email dari Puth Switch di Itali. Tanpa membuang masa,dia terus masuk ke dalam alamat email Puth Switch.
Full name: Carl Rayyan
Age: **
Date of birth: **/**/****
Religion: Islam
Number of siblings: 2 (Second child)
Father's name: Carl John
Mother's name: Amanda Senrose
Brother's name: Carl Zehka
Home address: *******
Occupation: Businessman (CEO)
Company name: AR.Co.
YOU ARE READING
𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚: 𝐂𝐚𝐫𝐥 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 | Ongoing
AçãoCarl Rayyan atau nama Melayunya Rayyan Wildan. Carl Rayyan dijaga oleh Tuan Carl John yang berasal dari Itali.Hidup Carl Rayyan pada mulanya gembira seperti orang lain walaupun dia digelar MAFIA oleh rakyat warganegara dari Itali.Disebabkan dia sang...