Part 35

10 1 0
                                    

CAHAYA lampu membuatkan matanya perlahan-lahan terbuka. Dia cuba untuk bergerak tetapi terhalang apabila kedua-dua tangan dan kakinya diikat pada kerusi. Dia panik. Dia cuba melepaskan tangannya yang diikat pada belakang kerusi sehingga ada suara yang menampar telinganya.

"Akhirnya,kau dah bangun" ujar Carl Rayyan sambil bermain-main dengan pemetik api kesayangan miliknya.

"Ap...apa yang kau dah buat dekat aku ni?" soal Red dengan nada marah. Entah bagaimana dia boleh tidak sedarkan diri ketika sedang bercakap dengan Carl Rayyan.

Carl Rayyan hanya tersenyum sinis sambil matanya masih memandang pemetik api. Dia masih kelihatan santai.

"Aku tak buat apa-apa. Cuma...aku arahkan orang suruhan aku hentak kepala kau sikit tapi tak sangka diaorang hentak kepala kau kuat sangat" jawab Carl Rayyan. Nadanya jelas kedengaran seperti seorang psiko.

Sebelum dia menjemput Red untuk makan tengah hari bersama,dia sudah meminta bantuan Ruga untuk membantunya menangkap Red. Jadi, Ruga mengajak beberapa orang kepercayaannya untuk membantu Carl Rayyan. Kemudian,Carl Rayyan meminta Ruga dan beberapa orang yang lain untuk bersembunyi di tempat yang sedikit tersorok.

"Si...siapa kau sebenarnya? Apa yang kau nak dari aku?"soal Red dengan marah. Panggilan hormat terhadap Carl Rayyan sudah lama hilang dari bibirnya.

"Kau tak ingat apa yang aku cakap tadi?" soal Carl Rayyan dengan wajah tenangnya. Kini,dia sudah berdiri di hadapan Red.

Red diam. Dia cuba ingin ingat kembali apa yang dikatakan Carl Rayyan kepadanya tadi tetapi ingatannya tidak mahu memberikan kerjasama.

"Aku Carl Zheo Rayyan" ujar Carl Rayyan dengan menyebut nama penuhnya.

Mata Red terbuka luas. "Kau ke Carl Zheo dari kumpulan Red Eagle?"soal Red dengan nada sedikit ketakutan.

Dia pernah mendengar tentang seseorang yang bernama Carl Zheo yang merupakan ketua mafia dari kumpulan Red Eagle. Apa yang dia tahu, Carl Zheo sering menyembunyikan identitinya kepada semua musuhnya. Hanya orang tertentu sahaja yang tahu tentang dirinya.

Tiba-tiba,Carl Rayyan tergelak kecil seolah-olah ada yang lucu baginya. "Betul! Macam mana kau tahu?" soal Carl Rayyan dengan senyuman sinis.

Red terdiam. Walaupun,dia berada di Malaysia tetapi berita tentang Carl Zheo yang berada di Itali sering sampai ke telinganya melalui rakannya yang berada di sana.

"Apa yang kau nak dari aku?" soal Red tanpa pedulikan soalan Carl Rayyan tadi.

Wajah Carl Rayyan yang tadi hanya dihiasi dengan senyuman sinis,kini bertukar menjadi serius tanpa senyuman.

"Aku nak kau serahkan diri kau dekat pihak polis atas kes pembunuhan Encik Shahrul dan selepas tu,aku akan lepaskan kau" jawab Carl Rayyan.

Red tersenyum sinis. Carl Rayyan ingat dia bodoh? Kalau dia serahkan dirinya pada pihak polis,sudah tentulah dia akan dikenakan hukuman.

"Kalau aku tak nak?" soal Red, seolah-olah ingin mencabar lelaki dihadapannya ini. Dia tidak ada apa untuk ditakutkan, memandangkan dia hanyalah anak yatim piatu sejak kecil lagi. Nasib baiklah, Tan Sri Johari sudi menjadikan dia sebagai anak angkatnya.

Carl Rayyan mendengus kasar sehingga muncul senyuman yang menakutkan di bibirnya. "Aku akan buat hidup kau terseksa"

"Macam mana? Kau nak bunuh aku?" soal Red dengan berani.

"Ck...tak semudah tu aku nak bunuh kau" jawab Carl Rayyan.

Red kembali diam. Matanya masih memerhati ke arah Carl Rayyan.

𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚: 𝐂𝐚𝐫𝐥 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 | OngoingWhere stories live. Discover now