Part 10

139 2 0
                                    

"TUNGGU apa lagi?Kerjakan dia"arah Kucai kepada orang suruhannya.Tanpa membuang masa,mereka berjalan laju menuju ke arah Carl Rayyan.

Carl Rayyan hanya berdiri di tempat yang sama dengan tenang.Dia sudah bersedia untuk membalas serangan mereka.

Dengan sekali tumbukan,Carl Rayyan berjaya menumpaskan seorang lawan.Semua yang berada disitu melopong melihat kehebatan Carl Rayyan dalam seni mempertahankan diri.

Kucai yang melihat terkejut dengan apa yang berlaku tadi.Dia tak percaya bahawa orang suruhannya yang mempunyai tubuh yang sasa boleh 'tumbang' dengan sekali tumbukan sahaja.

"Kau!Tunggu apa lagi?Pergilah belasah dia!"arah Kucai kepada orang suruhannya yang lain.

Dengan gerakan yang serentak,mereka terus menyerang Carl Rayyan.Seperti tadi,Carl Rayyan berjaya menumpaskan semua orang suruhan Kucai.Kemudian,dia memandang Kucai yang mula menahan rasa marah.Dengan perasaan yang berani,Kucai terus menyerang Carl Rayyan.

Semua yang berada disitu melopong melihat perlawanan hebat diantara Carl Rayyan dan Kucai.Disaat mereka berlawan,akhirnya Carl Rayyan berjaya 'mengunci' Kucai.

"Lebih baik kau pergi dari sini sebelum aku campak kau dari tingkap ni!"ugut Carl Rayyan sedikit perlahan di tepi telinga Kucai.Kedua-dua tangannya mencekam kolar baju Kucai."Aku cuma ikut arahan dari bos aku.Jadi,lebih baik kau jangan masuk campur"marah Kucai.

"Kau nak aku campak kau dekat tingkap ni ke?"soal Carl Rayyan sambil berpura-pura menolak tubuh Kucai dari tingkap yang luas itu.Semua menjerit apabila melihat Carl Rayyan seperti mahu menolak Kucai dari tingkap.

"Okey, okey!Aku minta maaf,aku janji aku takkan ganggu diaorang lagi"kata Kucai takut.

Carl Rayyan tersenyum sinis lalu wajahnya mendekati ke arah tepi telinga Kucai.

"Se vieni qui e li disturbi, mi assicurerò che la gente non trovi il tuo corpo.(Kalau kau datang sini dan ganggu mereka,aku akan pastikan orang takkan jumpa mayat kau.)"bisik Carl Rayyan di tepi telinga Kucai.

Kucai hanya diam.Dia langsung tak faham apa yang dikatakan oleh Carl Rayyan tadi.

"Kau siapa sebenarnya?"soal Kucai ingin tahu.

"Aku mafia"jawab Carl Rayyan perlahan sebelum dia menghempas tubuh Kucai dengan kuat, menjauhi tingkap itu.

Selepas Carl Rayyan melepaskannya,Kucai dan orang suruhan terus berlari meninggalkan tempat itu dengan tubuh yang sakit.

"Tuan!"panggil Fayyad,risau.

"Kau okey?"soal Carl Rayyan.

Fayyad hanya mengangguk."Tuan okey ke?Ada cedera dekat mana-mana?"soal Fayyad pula.

"Tak.Aku okey"

"Terima kasih sebab tolong kami"ucap Encik Shahrul.

"Sama-sama"balas Carl Rayyan dengan senyuman kecil.

"Ayah!"panggil Ilya sambil berlari ke arah Encik Shahrul.

Carl Rayyan memandang ke arah Ilya yang sedang berlari ke ayahnya.

"Ayah,okey?"soal Ilya sambil mendekati ayahnya.

"Ya,ayah tak apa-apa"jawab Encik Shahrul sambil mengusap lembut bahu anaknya.

Carl Rayyan hanya memerhati Encik Shahrul dan anaknya.Apabila dia cuba gerak tangannya,baru dia sedar bahawa tangannya telah cedera ketika dia berlawan tadi.

"Tangan kamu cedera tu.Jom,saya rawat luka kamu tu"kata Encik Shahrul yang ternampak kecederaan pada tangan anak muda itu.

"Tak apa.Luka sikit je"balas Carl Rayyan dengan sedikit senyuman.

𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚: 𝐂𝐚𝐫𝐥 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 | OngoingWhere stories live. Discover now