DI ITALI.
Sebaik sahaja sampai di markas De'CZ milik Carl Rayyan, Puth Switch terus membawa Daniel Critian mendapatkan rawatan di sana.
Markas ini berada di suatu pulau yang dibeli oleh Carl Rayyan untuk menubuhkan markasnya disitu. Bangunan markas ini kelihatan sangat cantik dan mewah walaupun berada di dalam pulau. Markas itu sudah dilengkapi dengan pelbagai teknologi yang canggih. Malah,markas itu juga menyediakan perkhidmatan perubatan. Tujuan Carl Rayyan menubuhkan perkhidmatan perubatan di markasnya ialah untuk memastikan semua pekerjanya mendapat rawatan disana sekiranya berlaku kecederaan selepas berlawan dengan musuh.
Kenapa mereka tidak pergi ke hospital? Sudah tentulah,mereka tidak mahu pihak polis tahu punca mereka cedera.
Dr.Marco yang baru selesai merawat pesakitnya berasa terkejut melihat keadaan Daniel Critian yang dipenuhi dengan darah. Puth Switch sedari tadi memapah Daniel Critian yang semakin lemah itu.
"Cosa ti è successo? (Apa yang jadi dekat kau ni?)" soal Dr.Marco merangkap kawan kepada Carl Rayyan dan Daniel Critian. Selain,Daniel Critian. Dr.Marco juga merupakan kawan lama Carl Rayyan. Dari kecil lagi,Dr.Marco bercita-cita tinggi unruk menjadi seorang doktor. Berbeza dengan Carl Rayyan dan Daniel Critian yang lebih memilih untuk sertai keluarga mereka dalam dunia gelap ini. Apabila,Dr.Marco sudah berjaya menjadi seorang doktor, Carl Rayyan membayarnya untuk menjadi seorang doktor peribadi di bawah syarikat 'gelapnya' dan Dr.Marco hanya setuju dengan tawaran Carl Rayyan memandangkan Carl Rayyan merupakan kawannya.
"Il signor Daniel è stato colpito e accoltellato mentre stavamo combattendo il nemico. (Tuan Daniel ditembak dan ditikam semasa kami melawan musuh)" jawab Puth Switch bagi pihak Daniel Critian.
Dr.Marco mengeleng kepalanya memandang Daniel Critian. "L'ho già detto. Devi stare attento. Non farti male. A te e Rayyan piace crearmi problemi, vero? (Aku dah cakap. Kau kena hati-hati. Jangan sampai cedera. Kau dengan Rayyan suka susahkan aku ,kan?)" bebel Dr.Marco tanpa pedulikan Daniel Critian yang sedang menahan sakit itu. Dia tidak risau sangat dengan keadaan Daniel Critian sebab apa? Sebab bukan sekali dua Carl Rayyan dan Daniel Critian cedera. Hampir setiap hari,dia perlu merawat dua manusia ini.
"Sbrigati e prenditi cura di me. Mi sento come se volessi morire. (Cepatlah rawat aku. Aku rasa macam nak mati ni.)" kata Daniel Critian dengan nada yang lemah. Orang tengah nak nazak ni, boleh pulak dia membebel.
Dr. Marco mencebir bibirnya sebelum dia mengarahkan beberapa orang jururawat membawakan sebuah katil beroda lalu dia membaringkan Daniel Critian di atas katil itu. Kemudian,barulah dia membawa Daniel Critian ke bilik rawatan.
****
DI RUMAH AGAM KELUARGA CARL.
Sebaik sahaja sampai di sebuah rumah agam milik keluarganya, Carl Zehka terus masuk ke dalam rumah dengan perasaan yang lega. Lega kerana dia masih selamat tanpa dibunuh di tangan lelaki yang lemah seperti Arlington.
"Zehka!" panggil Tuan Carl John dengan nada yang cemas. Wajahnya jelas kelihatan risau memandang anak lelakinya itu.
"Papà. (Papa)"
"Papà ascolta, sei stato rapito.Chi ti ha rapito? (Papa dengar, kamu diculik. Siapa yang culik kamu?)" soal Tuan Carl John dengan nada yang risau.
"Arlington mi ha rapito, papà. (Arlington yang culik saya, papa)" jawab Carl Zehka perlahan. Malu rasanya apabila dia memberitahu bahawa dia diculik.
Tiba-tiba, Tuan Carl John memeluk tubuh anaknya dengan erat. "Papà è sollevato che tu sia al sicuro. (Papa lega sebab kamu selamat)" kata Tuan Carl John dengan nada yang lega. Dia begitu risau apabila Puth Switch mengatakan bahawa Carl Zehka telah diculik tetapi dia tidak sempat bertanya siapa yang culik Carl Zehka apabila Puth Switch mendapatkan suatu panggilan.
YOU ARE READING
𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚: 𝐂𝐚𝐫𝐥 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 | Ongoing
ActionCarl Rayyan atau nama Melayunya Rayyan Wildan. Carl Rayyan dijaga oleh Tuan Carl John yang berasal dari Itali.Hidup Carl Rayyan pada mulanya gembira seperti orang lain walaupun dia digelar MAFIA oleh rakyat warganegara dari Itali.Disebabkan dia sang...