Part 17

20 1 1
                                    

SUASANA di restoran makanan yang berdekatan dengan tempat kerja Ilya agak ramai dengan manusia yang turut mengisi perut sebelum memulakan pekerjaan mereka.

Selepas memilih tempat yang masih kosong,mereka berdua terus memesan makanan.

Sementara menunggu makanan mereka sampai, Ilya ralit memandang Carl Rayyan yang duduk bertentangan dengannya.Walaupun semalam dia sudah 'scan' seluruh wajah Carl Rayyan tetapi entah kenapa dia tidak berasa jemu untuk terus memandang wajah kacak itu.

Sedang dia ralit memerhati wajah Carl Rayyan,Ilya perasan ada sesuatu pada rambut Carl Rayyan yang disikat kemas.

"Tuan Carl"

Carl Rayyan mendongak memandang wajah Ilya,mengalih pandangannya daripada skrin telefonnya.Kening diangkat sebelah menunggu Ilya bersuara.

"Dekat rambut Tuan Carl ada sesuatu"

Tangan Carl Rayyan menyentuh rambutnya."Sesuatu?"

Angguk."Macam..."mengecilkan matanya.

"Macam apa?"meraba-raba rambutnya.

"Macam uban!"jawab Ilya dengan sedikit kuat.

"Apa?"terkejut.

"Tuan Carl ada uban?"soal Ilya,tak percaya.Kesian...muda-muda lagi dah tumbuh uban.

"Saya mana ada uban"

Walaupun sudah bertahun dia tinggal di Itali tetapi otaknya tahu apa maksud uban yang dikatakan oleh Ilya tadi.

"Tu apa... kalau bukan uban?"sambil menunjukkan ke arah separuh rambut Carl Rayyan yang berwarna  putih di bahagian depan.

"Ni bukan ubanlah.Dari masa saya kecil lagi,rambut ni memang warna putih pun"jawabnya,tenang.

"Rambut asli?"

Carl Rayyan mengangguk."Mungkin, rambut saya ni separuh ikut mak saya separuh lagi ikut ayah saya"

Dahi Ilya berkerut mendengar kata-kata Carl Rayyan.Aik? Macam tu pun boleh jugak?

Sekali lagi Ilya memandang rambut putih itu, rambut putih milik Carl Rayyan tidak berapa nampak kerana ditutupi oleh rambut Carl Rayyan yang berwarna hitam gelap.Tetapi,itu langsung tidak menjejaskan kekacakan lelaki itu.

"Saya ingat uban tadi"tersengih.

Bila diingatkan, rambut Carl Rayyan seperti watak dalam cerita animasi yang selalu ditontonnya.Seperti kartun Boboiboy.

Carl Rayyan hanya mengeleng sambil tersenyum lucu memandang wajah Ilya.

"Carino (Comel)"katanya perlahan.

"Apa?"soal Ilya yang sememangnya dia tak faham apa yang dikatakan oleh Carl Rayyan ini.Dia mana faham bahasa Itali ni.Ishh...

"Tak ada apa-apa"tersenyum.

Sekali lagi,Ilya terpesona melihat ada lesung pipit di kedua pipi Carl Rayyan.Aish...patutlah Carl Rayyan ni jarang senyum,rupanya senyuman dia sangat mahal.

"Cik Ilya,awak okey?"soal Carl Rayyan setelah agak lama Ilya memandang wajahnya tanpa berkelip.Sampaikan makanan yang sudah sampai pun, Ilya masih tak sedar lagi.

"Err..ya.Saya okey,Tuan Carl"gugup.

"Tak payahlah panggil saya,tuan.Panggil nama je"

"Saya nak panggil nama awak apa? Carl ke Rayyan?"

"Nama sebenar saya Rayyan Wildan.Nama Carl,nama keluarga angkat saya"

Ilya hanya mengangguk."Kalau macam tu,saya panggil awak Ian boleh?"

𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚: 𝐂𝐚𝐫𝐥 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 | OngoingWhere stories live. Discover now