"CARL."panggil Tuan Carl John setelah hanya mereka berdua sahaja yang berada di ruang tamu ketika itu.
Carl Zehka sudah keluar setelah mendapat panggilan dari pekerja di syarikatnya.Kini, hanya tinggal Carl Rayyan dan juga ayahnya,Tuan Carl John.
"Sì, padre. (Ya, ayah.)"
"Papà ha qualcosa di cui discutere. (Ayah ada sesuatu untuk dibincangkan.)"kata Tuan Carl John,ingin membuka cerita.Dia berharap,apa yang ingin dia perkatakan nanti tidak akan melukakan hati anaknya ini.
"Su cosa, padre? (Tentang apa, ayah?)
"In realtà, ho un grande progetto all'estero, quindi ho bisogno che tu gestisca il progetto più tardi. (Sebenarnya ayah ada projek besar di luar negara, jadi ayah perlukan kamu untuk mengendalikan projek itu nanti.)"
Carl Rayyan hanya mengangguk tanda faham."Dove dovrei andare? (Ke mana saya kena pergi?)"soal Carl Rayyan,dia bersedia untuk uruskan projek besar yang diperkatakan oleh ayahnya walaupun terpaksa terbang ke negara lain.
"In Malesia. (Di Malaysia.)"jawab Tuan Carl John,serba salah.
Carl Rayyan terdiam.Kalau boleh,dia tak mahu terlibat langsung dengan negara yang bernama Malaysia.Ada sebab kenapa dia sering elak daripada mendengar cerita atau suasana di Malaysia.Semuanya kerana kisah silamnya yang lalu...
"Capisco perché stai zitto, ma spero che tu possa andare lì e gestire il progetto, il progetto è molto importante e segreto. (Ayah faham kenapa kamu diam, tetapi ayah harap kamu boleh pergi ke sana dan uruskan projek tu, projek itu sangat penting dan rahsia.)"
Carl Rayyan hanya mengeluh lemah.Sejujurnya,dia masih belum bersedia untuk ke sana.Jika ke negara lain mungkin dia akan segera setuju untuk uruskan projek itu tetapi jika pergi ke negara itu,dia perlukan masa untuk berfikir.
"Ti darò il tempo di pensare, ma spero che la tua risposta non mi deluderà. (Ayah akan bagi kamu masa untuk berfikir, tetapi ayah harap jawapan kamu tak akan mengecewakan ayah.)"kata Tuan Carl John apabila melihat Carl Rayyan hanya diam membisu.
Dia menepuk lembut bahu anaknya sebelum dia beredar dari situ, membiarkan anak bongsunya berfikir secara mendalam tentang keputusannya.Dia memilih Carl Rayyan untuk menguruskan projek itu kerana dia pasti Carl Rayyan mampu menguruskan projek itu.Dia percayakan anaknya itu.
Carl Rayyan hanya bersadar sambil memikirkan jawapan yang perlu diberikan kepada ayahnya.Dia yakin, Carl John sangat berharap padanya untuk uruskan projek itu.Dia juga tak mahu mengecewakan ayahnya.Tetapi,macam mana pula dengan kisah silamnya?
Segala memori lamanya itu kembali menerjah fikiranya.Segala yang terjadi 20 tahun yang lalu masih terngiang-ngiang di fikirannya.Mampukah dia menghadapi sepanjang projek itu dijalankan?Dia tak pasti tentang itu.Berilah dia masa untuk fikir sebelum memberitahu kepada ayahnya,nanti...
*****
"Papà. (Ayah.)"panggil Carl Rayyan ketika dia baru sampai di pejabat ayahnya pada pagi itu.
"Perché, Carl?) (Kenapa, Carl?)"soal Tuan Carl John.Pelik juga apabila melihat Carl Rayyan masih berada di pejabat,sepatutnya anak muda itu sudah berada di luar pejabat untuk berjumpa dengan rakan kongsi mereka.
"Carl ha qualcosa da dire a papà. (Carl ada sesuatu nak cakap dengan ayah.)"Carl Rayyan mula ingin membuka cerita.
"Riguardo a cosa? (Tentang apa?)"
"Carl ha accettato di gestire il progetto. (Carl setuju untuk uruskan projek itu.)"
Tuan Carl John mengerut dahi.Dia masih tak faham apa yang diperkatakan oleh anaknya ini.Projek yang mana satu?Setahunya,Carl Rayyan ada banyak projek yang perlu diuruskan.
"Progetti in Malesia. (Projek di Malaysia)"kata Carl Rayyan apabila melihat kerutan di dahi tua ayahnya.
Mendengar jawapan Carl Rayyan itu,berjaya membuatkan Tuan Carl John tersenyum gembira.Akhirnya, Carl Rayyan memberi jawapan yang sangat diperlukan olehnya.
"È vero, Carl? (Betul ke, Carl?)"soal Tuan Carl John,inginkan kepastian.Dia berharap,dia tidak salah dengar kali ini.
Carl Rayyan hanya mengangguk sambil tersenyum tawar.
"Sì, papà, andrò in Malesia. (Ya, ayah, saya akan ke Malaysia.)"
Tuan Carl John tersenyum lalu berjalan laju,lalu memeluk tubuh anaknya.Carl Rayyan memang seorang yang boleh diharapkan.Kerana itulah,dia memilih Carl Rayyan menjadi bakal pewarisnya suatu hari nanti.
"Grazie, Carl. (Terima kasih, Carl.)"ucap Tuan Carl John sambil tersenyum gembira.
Carl Rayyan hanya tersenyum kecil ingin menjaga hati ayahnya walaupun hatinya tidak rela untuk ke sana.Tetapi,dia gagahkan juga semata-mata untuk membantu ayahnya.
"Quando ci vai? (Bila kamu nak pergi ke sana?)"soal Tuan Carl John,kalau boleh dia tidak mahu terlalu memaksa anak bongsunya ini.Biarlah,Carl Rayyan yang membuat keputusan bila tarikh untuk ke sana.
"Domani, padre. (Esok,ayah.)"jawab Carl Rayyan.
"Non pensi che sia troppo veloce? (Kamu tak rasa ia terlalu cepat?)"soal Tuan Carl John,tak terfikir pula yang Carl Rayyan akan terbang ke Malaysia secepat ini.
"Voglio affrontarlo rapidamente. (Saya nak uruskan dengan cepat.)"
"Come ti stai preparando per andarci? (Macam mana dengan persiapan kamu untuk ke sana?"
"È tutto pronto. (Semuanya sudah sedia.)"jawab Carl Rayyan.
Tuan Carl John hanya mengganguk.Carl Rayyan memang seorang yang tidak suka bertangguh kerja.Dia seorang yang sangat pantas.
"Se è così Stai attento, se ci arrivi.(Kalau macam tu, berhati-hati kalau kamu sampai ke sana.)"
Carl Rayyan hanya mengangguk.
"Ho capito, padre. (Saya faham, ayah)"
YOU ARE READING
𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚: 𝐂𝐚𝐫𝐥 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 | Ongoing
AçãoCarl Rayyan atau nama Melayunya Rayyan Wildan. Carl Rayyan dijaga oleh Tuan Carl John yang berasal dari Itali.Hidup Carl Rayyan pada mulanya gembira seperti orang lain walaupun dia digelar MAFIA oleh rakyat warganegara dari Itali.Disebabkan dia sang...