Part 20

20 0 0
                                    

MATA Carl Rayyan memerhati pada setiap ruangan itu.Dia tak sangka lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Ruga mempunyai tempat bergusti underground.

Tempat itu sudah dipenuhi dengan ramai orang yang ingin menyaksikan gusti underground. Fayyad yang berjalan di sebelah Carl Rayyan berasa gugup melihat ramai orang sedang memerhati ke arah mereka.

"Tuan, tuan betul ke nak berlawan ni?"soal Fayyad dalam keadaan berbisik.

"Kenapa?"

"Tuan tak tengok ke badan si Ruga tu? Besar macam Hulk"

Carl Rayyan ketawa mendengar kata-kata Fayyad."Jangan risau.Aku tahu apa yang aku nak buat"

Fayyad hanya mengangguk perlahan.Carl Rayyan yang menerima cabaran Ruga tetapi dia pula yang berasa berdebar.Sejujurnya,Fayyad berasa kagum melihat Carl Rayyan yang masih kelihatan tenang walaupun dia mungkin akan menemui maut selepas berlawan dengan Ruga nanti.

"Dengar sini,semua! Malam ni, kita ada seorang pencabar yang akan berlawan dengan peninju kita iaitu Ruga dan pencabar dia ialah Rayyan!"

Para penonton yang tidak bertauliah itu saling berpandangan melihat Carl Rayyan.Mereka berasa kurang yakin bahawa Carl Rayyan boleh mengalahkan Ruga yang sepuluh kali ganda lebih kuat daripada Carl Rayyan.

"Perlawanan akan bermula dalam 2 minit lagi"sambung seorang lelaki yang sedang berdiri di tengah-tengah kawasan bergusti.

"Tuan,tuan yakin ke ni nak teruskan?"soal Fayyad.Dia nak Carl Rayyan fikir betul-betul sebelum perlawanan dimulakan.

"Aku dah bersedia nak kalahkan dia"kata Carl Rayyan dengan tegas.

Fayyad hanya diam sambil memerhati Ruga yang berdiri jauh dihadapan mereka.Kelihatan lelaki itu menanggalkan bajunya dan kini, lelaki itu hanya mengenakan seluar sahaja.

Matanya kini beralih kepada Carl Rayyan pula.Takkan Carl Rayyan pun nak buka baju?

Ting! ting! ting!

Bunyi gong diketuk menandakan perlawanan telah pun bermula.Fayyad terus menadah tangannya memohon perlindungan daripada Allah SWT supaya lindungi Carl Rayyan daripada perkara yang tidak diingini berlaku.

Carl Rayyan dan Ruga terus masuk ke dalam gelanggang.Mereka berdiri di tengah-tengah gelanggang dengan memandang tajam di antara satu sama lain.Tubuh Carl Rayyan masih dibaluti dengan baju kemejanya bersama dengan blazer.

"Betul ke kau tak nak tanggalkan baju kau? Kau tak takut kalau aku rosakkan baju mahal kau tu?"soal Ruga,sinis.

Carl Rayyan tersenyum sinis sambil menanggalkan blazernya dan diserahkan kepada Fayyad yang masih setia menunggunya di luar gelanggang yang hanya dipisahkan dengan tali yang tebal.

Ruga ketawa sinis melihat Carl Rayyan masih degil mahu menutupi tubuhnya dengan baju kemeja putih pula.

"Kau tak takut ke kalau baju tu kotor?"soal Ruga,lagi.

"Mulakan jelah.Tak payah buang masa"kata Carl Rayyan tanpa pedulikan soalan Ruga.

Dalam kiraan satu...

Dua...

Tiga...

Dan perlawanan dimulakan apabila Ruga terus menyerang Carl Rayyan.Sebuah sorakan bergema apabila Carl Rayyan berjaya mengelak serangan Ruga.Senyuman sinis dihadiahkan buat Ruga.

Tajam mata Ruga memandangnya.Geram kerana serangannya berjaya dielak oleh Carl Rayyan yang hanya mempunyai tubuh badan yang sasa sedikit berbandingnya.

Tangan Ruga digengam dan diangkat tinggi ingin menumbuk wajah Carl Rayyan tetapi lelaki itu pantas menahan perbuatannya.Kemudian,Carl Rayyan mengambil kesempatan itu dengan memukul tulang rusuk Ruga dengan kuat sehingga lelaki itu berundur ke belakang sambil menyentuh tubuhnya yang terasa sakit kerana dipukul kuat oleh Carl Rayyan.

Fayyad yang memerhati sebagai penonton,terpegun melihat serangan berani mati Carl Rayyan.

Kini, giliran Ruga pula membalas serangan Carl Rayyan dengan mengangkat tubuh lelaki itu lalu dihempasnya dengan kuat ke lantai.

Carl Rayyan terbatuk sedikit apabila terasa dadanya sesak kerana dihempas kuat ke lantai.Fayyad yang melihat mula berasa risau.

Carl Rayyan perlahan bangun dari baringannya sambil sebelah tangannya menyentuh dadanya yang masih terasa sesak.Dia hanya berdiri sambil menunggu Ruga menyerangnya dulu.

Ruga yang merasakan bahawa Carl Rayyan seperti mahu mengalah,dia kembali menyerang Carl Rayyan dengan mendekati lelaki itu tetapi dia tersilap membaca fikiran Carl Rayyan apabila lelaki itu menumbuk kuat wajahnya sehingga kepalanya mengiring ke kiri.Tersembur darah yang keluar dari mulutnya.

Serangan Carl Rayyan tidak berhenti disitu apabila kakinya terus menyepak kaki kanan Ruga semasa lelaki itu ingin membalas serangan.Terduduk Ruga dibuatnya sambil menjerit kesakitan.

Carl Rayyan terus melompat ke atas tubuh Ruga lalu ditumbuknya wajah Ruga berkali-kali sehingga gong berbunyi buat kali kedua menandakan pusingan pertama telah pun tamat.Carl Rayyan terus turun dari tubuh Ruga lalu menuju ke tepi gelanggang.Ruga dibantu oleh pembantunya untuk cuba bangunkan dirinya.

"Tuan.Tuan okey?"soal Fayyad apabila melihat tangan Carl Rayyan terluka sedikit.

"Aku okey"Carl Rayyan tercungap-cungap kerana terlalu banyak tenaga yang dia gunakan tadi.

Ruga dihujung sana, memandang tajam ke arah Carl Rayyan.Tubuhnya terasa kembali segar apabila diurut oleh pembantunya.Manakala,Carl Rayyan hanya berdiri sambil menunggu gong ketiga berbunyi untuk memulakan pusingan yang kedua.

Ting! ting! ting!

Pusingan kedua telah pun bermula.Carl Rayyan dan Ruga kembali masuk ke gelanggang semula.Mereka berdiri di tengah-tengah gelanggang sebelum Carl Rayyan pula yang menyerang Ruga terlebih dahulu tetapi malangnya Ruga hanya ketawa sinis kerana serangan Carl Rayyan langsung tidak menjejaskannya.

Fayyad di luar gelanggang mula risau.Kalau dia di tempat Ruga sudah tentu dia sudah masuk ICU kerana dipukul bertubi-tubi dibahagian perut tetapi Ruga masih kelihatan tenang dan langsung tidak menunjukkan tanda-tanda sakit dengan serangan Carl Rayyan.

Ruga terus melayangkan sebuah tumbukan ke wajah Carl Rayyan sehingga lelaki itu berundur ke belakang.Darah mengalir di tepi bibirnya.Ruga tersenyum gembira apabila melihat cecair merah itu mula keluar dari mulut Carl Rayyan.Sebuah sorakan dihadiahkan buat Ruga oleh penyokongnya.Carl Rayyan terus meludah apabila terasa payau dengan darahnya.Mata Carl Rayyan tajam memandang gelagat Ruga yang bersorak seolah-olah dia sudah menang perlawanan itu.

Carl Rayyan terus menyerang Ruga dengan melakukan gerakan zig zag sebelum dia menggunakan sikunya memukul kepala Ruga yang botak itu.Untuk seketika,Ruga tumbang untuk kali kedua.Sebuah sorakan apabila melihat serangan Carl Rayyan.

Kemudian,sekali lagi Carl Rayyan melompat ke atas tubuh Ruga lalu ditumbuknya wajah Ruga berkali-kali sehingga wajah Ruga dipenuhi dengan darah.Tangannya terhenti apabila sasaran tumbukannya hampir mengenai leher Ruga.Lama Carl Rayyan memandang wajah Ruga.Kelihatan lelaki itu turut membalas pandangannya.

Tanpa sebarang suara,Carl Rayyan terus turun dari tubuh Ruga lalu dia keluar dari gelanggang itu.Fayyad yang masih terpinga-pinga hanya mengikut langkah Carl Rayyan dari belakang.

"Ruga! Kau menang! Budak tu dah tarik diri"sorak pembantunya.

"Bukan aku yang menang tapi budak tu"nafi Ruga.

"Kenapa pulak? Budak tu dah tarik diri tadi"

"Kau tak nampak ke dia hampir pukul dekat leher aku?"soal Ruga,kasar.

Kelihatan pembantunya hanya mengangguk.

"Kalau dia tak berhenti tadi,aku mesti dah mati dekat sini"jelas Ruga.Dalam hatinya,dia berasa tertarik dengan lelaki yang bernama Rayyan itu.Buat kali pertamanya,dia sudah kalah dengan lelaki yang baru dia kenali itu.

𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚: 𝐂𝐚𝐫𝐥 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 | OngoingWhere stories live. Discover now