MATA Carl Rayyan berlari-lari memandang sekeliling bilik pejabat Encik Shahrul sehingga dia mencapai sebuah buku di atas meja kerja Encik Shahrul.Ketika dia menyelak satu-persatu helaian buku itu, tiba-tiba ada sekeping gambar terjatuh dari dalam buku itu.
Carl Rayyan terus mencapai gambar yang sudah terjatuh ke lantai.Kemudian, dia terus memerhatikan gambar itu sehingga tangannya bergetar hebat apabila matanya tertangkap pada satu wajah yang sangat dia kenali.
"Tuan Carl?"
Carl Rayyan terus memandang ke arah sumber suara itu.
"Dah lama ke Tuan Carl tunggu?"soal Encik Shahrul dengan senyuman.
"Gambar ni...mana Encik Shahrul dapat gambar ni?"soalan Encik Shahrul tadi, langsung dia tidak peduli.
Encik Shahrul terus mendekati Carl Rayyan dan memerhati gambar yang dimaksudkan oleh Carl Rayyan tadi.
"Oh...ini gambar lama.Masa kami bertiga berkumpul untuk berkelah"cerita Encik Shahrul sambil tersenyum.
"Encik Shahrul kenal lelaki ni?"soal Carl Rayyan,ingin tahu.
"Mestilah saya kenal.Dia kawan saya.Luqman namanya.Kenapa Tuan Carl tanya?"ujar Encik Shahrul.
"Dia...dia ayah kandung saya"jawab Carl Rayyan tanpa memandang wajah Encik Shahrul.
"Apa?"Encik Shahrul memandang wajah Carl Rayyan,inginkan kepastian.Sudah agak lama,dia mahu mencari ahli keluarga Luqman.Tetapi satu khabar berita pun dia tak temui.
"Kamu...Rayyan Wildan?"soal Encik Shahrul.Mata tuanya mula ingin mengalirkan air mata.
"Ya.Nama sebenar saya,Rayyan Wildan bin Luqman"jawab Carl Rayyan.
"Rayyan"panggil Encik Shahrul sambil memeluk tubuh Carl Rayyan.Carl Rayyan hanya diam sambil berdiri kaku.Dia tak ada niat untuk membalas pelukkan Encik Shahrul.
****
"MANA kamu pergi selama ni?"soal Encik Shahrul ketika mereka sedang duduk berbincang.
"Saya dihantar ke rumah anak yatim"jawab Carl Rayyan.
"Macam mana dengan mak kamu?"soal Encik Shahrul lagi.
"Saya tak tahu.Selepas kematian ayah saya, tiba-tiba ada orang datang ke rumah kami.Masa tu mak saya nampak panik dan takut.Jadi,dia suruh saya larikan diri dari rumah dengan ikut pintu belakang"cerita Carl Rayyan.
"Jadi,macam mana kamu boleh ke rumah anak yatim?"soal Encik Shahrul.
"Pihak rumah anak yatim nampak saya berkiaran seorang diri waktu malam sambil menangis.Jadi...diaorang lah yang tolong saya"jawab Carl Rayyan.
Encik Shahrul terdiam mendengar kata-kata Carl Rayyan.Berat sungguh dugaan yang ditanggung oleh Carl Rayyan ketika baru berusia 6 tahun.
"Maafkan pak cik.Pak cik dah cuba cari kamu dan mak kamu tapi pak cik masih tak jumpa"jelas Encik Shahrul.
"Kenapa ayah meninggal?"soal Carl Rayyan tanpa pedulikan kata-kata Encik Shahrul tadi.Sudah lama dia mencari sebab mengapa ayahnya meninggal dunia.Setahunya,ayahnya masih sihat dan tidak ada sebarang penyakit yang menyerangnya.
Sekali lagi Encik Shahrul terdiam.Dia tak tahu macam mana mahu menjelaskan perkara itu kepada anak muda seperti Carl Rayyan.
"Ayah kamu..mati dibunuh,Rayyan"jawab Encik Shahrul, perlahan.
"Apa?" wajah muram Encik Shahrul dipandang dalam-dalam.
****
"ASSMUALAIKUM!"ucap Ilya sambil masuk ke dalam rumah.Ketika dia ingin menuju ke biliknya,matanya terbutang luas melihat gerangan yang berada di ruang tamu.
YOU ARE READING
𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚: 𝐂𝐚𝐫𝐥 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 | Ongoing
AçãoCarl Rayyan atau nama Melayunya Rayyan Wildan. Carl Rayyan dijaga oleh Tuan Carl John yang berasal dari Itali.Hidup Carl Rayyan pada mulanya gembira seperti orang lain walaupun dia digelar MAFIA oleh rakyat warganegara dari Itali.Disebabkan dia sang...