Part 23

18 0 0
                                    

SEORANG budak lelaki kelihatan sedang sibuk menyiapkan kerja sekolahnya di dalam bilik.Tumpuannya hilang sebaik sahaja mendengar pintu biliknya dibuka.

"Mama"

Rayyan terus berlari saat ternampak wajah mamanya di dalam biliknya itu.

"Ian sayangkan mama tak?"soal Puan Zulaika tiba-tiba.

Rayyan mengangguk."Sayang.Ian sayangkan mama dengan papa"

"Kalau Ian sayangkan mama dengan papa,Ian kena ikut cakap mama,ya sayang?"

Rayyan mengangguk perlahan.

"Jom,ikut mama cepat"

Tangan Rayyan ditarik laju oleh Puan Zulaika sehingga mereka tiba di pintu belakang rumah mereka.

"Kita nak pergi mana,mama? Kenapa tak guna pintu depan je?"soal Rayyan.

Puan Zulaika bercangkung sehingga ke paras ketinggian anaknya.

"Ian.Dengar cakap mama betul-betul"

Rayyan hanya diam tanpa bersuara lagi.

"Ian kena keluar dari rumah ni tanpa pandang belakang.Selamatkan diri Ian"kata Puan Zulaika.

"Mama nak pergi mana?"soal Rayyan.

"Mama tak pergi mana-mana.Ian dengar cakap mama,ya? Selamatkan diri Ian.Kalau Ian dengar apa-apa pun,Ian abaikan. Faham?"

Rayyan hanya mengangguk.

Bum! bum! bum!

Rayyan terkejut apabila mendengar pintu hadapan rumah mereka berbunyi dengan kuat seolah-olah ada seseorang yang cuba merempuh masuk.

"Sekarang,Ian! Lari dari sini.Ingat cakap mama.Selamatkan diri Ian!"

Puan Zulaika terus menolak lembut tubuh anaknya agar anaknya cepat-cepat pergi dari situ tetapi kaki Rayyan seolah-olah melekat dilantai marmar rumah itu.

"Mama janji mama akan cari Ian,kan?"soal Rayyan.

Puan Zulaika mengangguk dengan laju.Jelas ada air mata ditubir matanya.

"Ya,mama janji.Mama akan cari Ian.Mama sayangkan Ian"

"Ian pun sayangkan mama"ucap Rayyan perlahan sebelum dia berlari keluar dari rumah itu melalui pintu belakang.

Seperti yang dikatakan mamanya,Rayyan langsung tidak memandang ke belakang.

Dari jauh, Rayyan boleh dengar suara mamanya menjerit.Tanpa sedar air mata jernih itu jatuh membasahi pipi mulus budak lelaki itu.Kaki kecil itu terus berlari, mengikut kata-kata mamanya tadi.

****

"MAMA!!"

Carl Rayyan terus terbangun dari baringannya.Dadanya berombak kencang seolah-olah dia baru lepas berlari.Dahinya sudah basah dengan peluh.

Tangan kasarnya mengusap wajahnya.Sudah 20 tahun dia tidak bermimpi tentang kejadian 20 tahun yang lalu.Entah kenapa mimpi itu datang semula.

Jam yang terletak di atas meja bersebelahan katilnya dipandang sekilas.Baru pukul 3 pagi.

Carl Rayyan menolak lembut rambutnya ke belakang yang jatuh ke dahi.Lama dia termangu di atas katil sebelum dia turun dari katil lalu kakinya dituju ke dapur.

𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚: 𝐂𝐚𝐫𝐥 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 | OngoingWhere stories live. Discover now