Part 24

19 0 0
                                    

DARI semalam lagi,Carl Rayyan tak habis-habis membaca maklumat yang diberikan Ruga kepadanya.Ilya dan Fayyad juga kelihatan sibuk menyemak fail yang diberikan Carl Rayyan untuk membaca maklumat tentang lelaki yang merancang pembunuhan ayahnya sekali gus pembunuhan Encik Shahrul.

"Berita terkini.Usahawan yang terkenal iaitu Tan Sri Johari telah mengadakan majlis pembukaan produk terbarunya di dewan Axiata Arena.Produk terbarunya merupakan pemakanan yang sihat untuk semua golongan termasuk kanak-kanak.Produk ini dikenali sebagai Hannah's Food"

Telinga Carl Rayyan tertangkap nama yang tak asing baginya.Matanya terus tertumpu ke arah television yang menayangkan berita pada pagi itu.

Ilya yang juga mendengar berita itu hanya mencebir bibirnya.

"Siapa lelaki tu?"soal Carl Rayyan, tiba-tiba.Rasanya dia macam pernah dengar.

"Dia tu Tan Sri Johari.Usahawan dalam bidang pemakanan.Dia Ceo dari Syarikat Good Food Partners."jelas Ilya.

"Awak kenal dia?"soal Carl Rayyan.

"Kenal sangat.Dia tulah ayah kepada musuh saya.Hani"jawab Ilya.

Carl Rayyan kembali terdiam.Tangannya cepat-cepat mencapai fail yang sedari tadi dia pegang.Matanya laju menari di atas fail itu.

Ilya yang perasan dengan perbuatan Carl Rayyan,terus mendekati lelaki itu.

"Kenapa ni?"

Lambat-lambat Carl Rayyan memandang wajah Ilya.

"Dia...dia pembunuh ayah saya"kata Carl Rayyan, perlahan tapi masih dapat didengari oleh halwa telinga Ilya dan Fayyad.

"Apa?"

****

"Aku tak boleh buat macam tu! Itu jenayah namanya tu!"

"Takkan tolong kawan sendiri pun tak boleh?"kedengaran satu suara lagi.

"Kau bukan kawan aku! Aku tak ada kawan penjenayah macam kau!"

"Jadi,kau betul tak nak tolong aku?"

"Sampai bila-bila pun,aku takkan tolong kau buat kerja kotor tu!"

"Kalau macam tu,kau jangan menyesal sebab tak nak tolong aku"tegas satu suara itu.

"Pergi! Aku tak nak tengok muka kau lagi"halau satu suara itu.

"Memang kau takkan tengok muka aku lagi.Mungkin sampai bila-bila. Kau tunggu je balasan daripada aku,nanti"

"Apa maksud kau ni?"

"Aku akan hapuskan kau dengan keluarga kau!"

"Tak guna!"

"Papa!"

Carl Rayyan terus bangkit dari baringannya.Dahinya sudah penuh dengan peluh.Dadanya berombak kencang seolah-olah dia baru lepas berlari.

"Ian"

Ilya terus mendekati Carl Rayyan yang terduduk lesu diatas sofa.

"Amanda.Kenapa awak tak balik lagi?"soal Carl Rayyan.

Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 8:30 malam.

"Saya teman awak dekat sini"

"Teman saya?"

Ilya mengangguk. "Awak tertidur tadi.Tak sampai hati,saya nak tinggalkan awak seorang-seorang dekat sini"

"Fayyad mana?"

𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚: 𝐂𝐚𝐫𝐥 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 | OngoingWhere stories live. Discover now