WAJAH beku Carl Rayyan dipandang Ilya dengan perasaan serba-salah.Malu pun ada.Malu sebab terkantoi baca e-mail orang!
"Saya minta maaf"ucap Ilya, akhirnya.Kepala ditundukkan.Takut nak tengok muka Carl Rayyan.
"Hmm"
Carl Rayyan cepat-cepat mengemas barang-barangnya diatas meja.Wajahnya jelas kelihatan beku.
Err? Itu je? Nampak sangat Carl Rayyan masih marahkannya.
"Saya betul-betul minta maaf.Saya bukannya nak menyibuk hal awak"tutur Ilya.
Carl Rayyan hanya mengangguk sekali."Tak apa"ujarnya perlahan sebelum berlalu dari situ.
"Tuan Carl!"panggil Ilya tetapi Carl Rayyan tetap berjalan pergi.
"Ian!"
Kaki Carl Rayyan terus berhenti.Dia berpaling ke belakang memandang Ilya.
"Saya nak tahu,betul ke apa yang dalam e-mail tu tulis yang ayah awak tak mati sebab kemalangan?"soal Ilya dengan penuh berhati-hati.Dia takut,dia akan mengoreskan hati Carl Rayyan.
Carl Rayyan diam.Dia berpaling kearah lain.
"Ian"
"Awak tak payah ambil tahu pasal saya,Cik Ilya Amanda.Awak cuma perlu teruskan hidup awak dengan baik.Itu permintaan terakhir ayah awak"tutur Carl Rayyan sebelum dia beredar dari situ.
Ilya termangku mendengar kata-kata Carl Rayyan.Entah kenapa nada suara Carl Rayyan kedengaran sebak.Carl Rayyan bersedihkah?
****
BRIEFCASE miliknya terus dilemparkan perlahan di atas meja kecil, ruang tamu lalu Carl Rayyan menghempas perlahan tubuhnya di sofa.Dia cuba untuk memejam matanya.Tenangkan fikiran.Nasib baiklah,dia ada terasa hati nak patah balik untuk mengemas semula barang-barangnya.
Rupanya,Ilya tengah baca e-mail daripada Ruga.Dia kalau boleh tak nak Ilya tahu pasal kes kematian ayahnya.
Telefonnya yang berbunyi,memecahkan lamunan Carl Rayyan.Tangannya pantas mencapai telefonnya yang berada diatas meja,ruang tamu.
Dahi Carl Rayyan sedikit berkerut melihat nombor yang tertera di skrin telefonnya.Nombor dari luar negara!
Butang hijau terus ditekan.
"Ciao, Zheo! (Hello,Zheo!)"sapa suara dihujung talian.
Carl Rayyan diam.Macam mana orang dihujung talian itu tahu tentang nama nya? Nama Zheo hanya digunakan semasa dia berurusan dengan ahli-ahli kongsi gelap di Itali.Nama Zheo ialah nama sebenarnya di Itali.Carl Zheo.Nama itu pemberian daripada mak angkatnya,Amanda Rose.
"Sono io, Arlington. Non mi conosci? (Ni aku, Arlington. Kau tak kenal aku?)" sambung Arlington apabila Carl Rayyan hanya diam,membisu.
Mendengar nama yang meniti dibibir lelaki itu,rahang Carl Rayyan mula bergerak-gerak menahan marah.Carl Rayyan cuba untuk bertenang sebelum dia mula bersuara.
"Come hai avuto questo numero?
(Macam mana kau dapat nombor ni?)""Come posso ottenerlo, ho un problema. Ho sentito che sei ancora in Malesia. Non vuoi tornare qui?(Macam mana aku dapat itu aku punya masalah. Aku dengar kau masih ada di Malaysia. Kau tak nak balik ke sini?)"sinis Arlington bersuara.
"Non è questo il tuo problema
(Itu bukan masalah kau)""Oppure... hai incontrato una ragazza malese lì vicino?(Atau..kau dah jumpa perempuan Malaysia dekat sana?)"Arlington ketawa sinis saat ayatnya dihabiskan.Sengaja ingin membakar hati Carl Rayyan.
YOU ARE READING
𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚: 𝐂𝐚𝐫𝐥 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 | Ongoing
AçãoCarl Rayyan atau nama Melayunya Rayyan Wildan. Carl Rayyan dijaga oleh Tuan Carl John yang berasal dari Itali.Hidup Carl Rayyan pada mulanya gembira seperti orang lain walaupun dia digelar MAFIA oleh rakyat warganegara dari Itali.Disebabkan dia sang...