INSPEKTOR Yahya memandang Carl Rayyan dengan lama.Ini kali pertama,ada seseorang mahu membuka semula kes yang sudah lama berlalu.
"Saya minta maaf,Encik Rayyan tapi kami tak boleh siasat semula kes yang dah lama.Lagipun kes tu dah 20 tahun berlalu"jelas Inspektor Yahya.
"Tapi,pihak polis ada,kan semua bukti tu?"soal Carl Rayyan.Tahap kesabarannya hampir sahaja mahu ke tahap maksimum.
"Ya,memang kami ada tapi kes tu dianggap sebagai kemalangan.Encik jangan ikutkan sangat perasaan encik.Kami sebagai pihak polis tahu apa yang kami buat"jawab Inspektor Yahya.Dia berharap sangat pemuda dihadapannya faham dengan penjelasannya.
Carl Rayyan hanya diam sambil memandang dalam-dalam wajah Inspktor Yahya yang hampir dimamah usia.Dia perlu berfikir cara untuk membuka semula kes kematian ayahnya.
"Kalau macam tu,boleh saya tengok semua bukti tu?Saya yakin,pihak polis ada tersalah pandang pasal kejadian 20 tahun yang lalu"pinta Carl Rayyan,yakin.Dia yakin,pasti ada yang tak kena dengan maklumat yang dikumpulkan oleh pihak polis.
Kalau tidak,mengapa pihak polis membuat kesimpulan bahawa ayahnya mati kerana kemalangan jalan raya?
Agak lama Inspektor Yahya berfikir sebelum dia mengangguk setuju."Baiklah.Saya akan bagi awak tengok.Tunggu sekejap"
Dalam diam,Carl Rayyan menarik nafas lega.
Tidak lama kemudian,muncul Inspektor Yahya bersama dengan beberapa fail yang berada ditangannya.
"Ini bukti yang kami jumpa dekat tempat kejadian pada 20 tahun yang lalu"sambil menyerahkan fail berwarna kuning yang hampir luntur warnanya kepada Carl Rayyan.
Carl Rayyan terus menyemak maklumat yang berada di dalam fail itu.Matanya berlari-lari di atas permukaan kertas putih bersaiz A4 dengan teliti.
"Tuan.Ada orang buat kecoh dekat depan balai polis"tiba-tiba kedengaran suara pengawai polis yang lain memanggil Inspektor Yahya.
"Siapa?"soal Inspektor Yahya.
"Tak pasti,tuan.Kami dah cuba halang dia tapi dia masih berkeras tak nak pergi dari sini"jawab pengawai polis muda itu.
Tanpa melengahkan masa, Inspektor Yahya terus menuju ke tempat kejadian bersama dengan pengawai polis muda itu.
Setelah kelibat Inspektor Yahya menghilang,Carl Rayyan cepat-cepat mengeluarkan telefonnya dan merakam kesemua maklumat yang berada di dalam fail itu.Kemudian,dia menyimpan kembali telefonnya sebelum Inspektor Yahya kembali.
"Haihh... macam-macam hallah! Benda kecik macam tu pun,susah nak selesaikan"bebel Inspektor Yahya, seorang diri.Geram dengan pengawai polis bawahan yang tak mampu menyelesaikan kejadian tadi.
Carl Rayyan hanya diam sambil berpura-pura membaca maklumat didalam fail itu.
"Ha..macam mana? Awak dah habis tengok?"soal Inspektor Yahya.
"Saya dah habis tengok"fail itu diserahkan kembali kepada Inspektor Yahya.
"Terima kasih sebab bagi saya tengok.Memang betul cakap encik,mungkin saya cuma ikutkan perasaan saya aje.Kalau macam tu,saya pergi dulu"pamit Carl Rayyan dengan wajah muramnya.
Inspektor Yahya hanya mengangguk sambil memerhati kelibat Carl Rayyan yang menghilang disebalik pintu bilik pejabatnya.
****
"MACAM mana,tuan?Dapat tak?"soal Fayyad sambil memandu kereta.Sesekali dia memandang ke arah Carl Rayyan yang duduk di sebelahnya.
"Dapat"jawab,Carl Rayyan sambil khusyuk memandang video yang dia rakam tadi.
YOU ARE READING
𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚: 𝐂𝐚𝐫𝐥 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 | Ongoing
ActionCarl Rayyan atau nama Melayunya Rayyan Wildan. Carl Rayyan dijaga oleh Tuan Carl John yang berasal dari Itali.Hidup Carl Rayyan pada mulanya gembira seperti orang lain walaupun dia digelar MAFIA oleh rakyat warganegara dari Itali.Disebabkan dia sang...