Part 25

23 1 0
                                    

TIDAK terasa lama, akhirnya mereka memutuskan untuk mengisi perut masing-masing. Hani tidak melepaskan peluangnya untuk merapatkan lagi hubungan dirinya dengan Carl Rayyan.

Sebaik sahaja sampai di restoran yang dicadangkan oleh Hani, mereka terus mengambil meja yang telah ditempah oleh Hani. Meja yang ditempah oleh Hani terletak di suatu sudut restoran mewah itu supaya Hani berasa mudah untuk berbual mesra dengan Carl Rayyan.Manakala,Ilya dan Fayyad masih lagi mengikuti mereka dari jauh.

"Ini restoran favourite saya" kata Hani sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung di kerusi yang kelihatan mewah itu.

"Jadi,awak ni pelanggan tetap diaorang,lah ya?" soal Carl Rayyan cuba untuk berbasi-basi.

"Ya. Makanan dekat sini,semua sedap. Awak patut cuba" jawab Hani dengan senyuman.Carl Rayyan hanya mengangguk sambil tersenyum.

Tiba-tiba, muncul seorang pelayan mendekati mereka untuk mengambil pesanan. Selepas mereka membuat pesanan, pelayan itu terus pergi dari situ.

"Rayyan, boleh saya tanya sesuatu?" soal Hani dengan penuh berhati-hati.

"Boleh. Awak nak tanya apa?"

"Awak dah ada girlfriend?" soal Hani. Selagi dia tak tanya soalan ini kepada Carl Rayyan,selagi itulah dia akan sentiasa diasak dengan pelbagai soalan.

Dari walkie talkie earpiece milik Carl Rayyan, Ilya mula menambahkan 'ketajaman' telinganya setelah mendengar soalan dari Hani. Dia juga ingin tahu tentang status sebenar Carl Rayyan. Tak mungkinlah lelaki yang sekacak Carl Rayyan masih tidak mempunyai seseorang yang istimewa. Betul tak?

Mendengar soalan Hani,Carl Rayyan tersenyum kecil. Memang dia tidak mempunyai seorang girlfriend tetapi mungkin tidak dengan hatinya.

"Tak ada" jawab Carl Rayyan dengan tenang.

Hani mengeluh lega mendengar jawapan Carl Rayyan. Ini bermakna dia masih ada peluang untuk mendapatkan hati Carl Rayyan.

"Tapi...saya rasa,saya mula sukakan seseorang" sambung Carl Rayyan dengan riak yang masih tenang.

Ilya terkedu mendengar jawapan Carl Rayyan. Dia semakin tertanya siapa gadis yang Carl Rayyan katakan itu.

Wajah Hani terus berubah menjadi terkejut. Fikirannya mula diasakan dengan pelbagai soalan. Sedikit sebanyak perasaan cemburu itu mula muncul di dalam hatinya.

"Siapa perempuan yang bertuah tu?" soal Hani. Cuba untuk menahan rasa cemburunya.

Belum sempat Carl Rayyan ingin menjawab, muncul seorang pelayan mendekati mereka dengan membawa dulang yang berisi makanan dan minuman yang dipesan oleh mereka berdua. Sebaik sahaja Carl Rayyan mengucapkan terima kasih kepada pelayan itu, pelayan itu terus pergi dari situ.

"Makanlah. Nanti makanan ni sejuk pula" kata Carl Rayyan tanpa pedulikan soalan Hani tadi. Dia sengaja berpura-pura tak ingat dengan soalan Hani tadi.

Hani yang sedari tadi diam hanya mengangguk dengan senyuman. Kemudian, tangannya mencapai sudu dan garfu lalu mereka mula menikmati makan malam masing-masing.

****

"TERIMA kasih, Rayyan sebab sudi keluar jalan-jalan dengan saya " ucap Hani sebaik sahaja mereka keluar dari restoran mewah itu.

"Sama-sama"

Mereka terus berjalan menuju ke kereta milik Hani. Niat Carl Rayyan hanyalah ingin menghantar Hani sehingga sampai ke kereta.Ketika mereka sampai di kereta milik Hani,Hani terus mencapai kunci keretanya dari dalam beg lalu ditekan butang alarm kereta.

𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚: 𝐂𝐚𝐫𝐥 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 | OngoingWhere stories live. Discover now