SELEPAS perbincangan tadi, mereka semua meminta diri untuk pulang ke rumah. Memandangkan,jam sudah menunjukkan pukul 6:30 petang.
Ilya cepat-cepat mengemas segala kertas-kertas A4 yang berselerak di atas meja sebelum dia ingin pulang ke rumah.Sebaik sahaja meja sudah kemas, barulah Ilya mencapai begnya lalu pergi dari situ.
****
TING!
Bunyi loceng lif menandakan dia sudah berada di tingkat bawah. Sebaik pintu lif dibuka, mata Ilya sudah ternampak Carl Rayyan sedang bersandar di dinding dengan menghadap pintu lif yang sedang dia gunakan ketika ini.
Jantungnya bagaikan ingin terkeluar dari tubuh saat melihat lelaki itu disitu. Dia ingat,Carl Rayyan sudah balik bersama dengan Fayyad dan Hisham tadi.
"Awak buat apa dekat sini? Kenapa tak balik lagi? Saya ingat awak dah balik" ujar Ilya. Kini,dia sudah berada dihadapan Carl Rayyan.
"Saya tunggu awak" kata Carl Rayyan. Sebelah tangannya diseluk ke dalam poket seluar.
"Kenapa awak tunggu saya?"
"Saja" jawab Carl Rayyan dengan selambanya.
Ilya mencebir bibirnya sebelum dia berjalan melintasi Carl Rayyan. Carl Rayyan tersenyum lucu dalam diam sebelum dia turut mengikuti langkah Ilya.
"Kenapa awak ikut saya?" soal Ilya dengan nada geram.
"Saya cuma nak hantar awak sampai dekat kereta awak"jawab Carl Rayyan. Wajahnya kelihatan tenang seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Dia tahu,Ilya tengah geram dengannya kerana jawapan dia tadi.
Akhirnya, Ilya hanya diam tanpa ingin bersuara lagi. Malaslah mahu bercakap dengan lelaki di sebelahnya ini.
"Oh,ya! Macam mana? Awak dah tahu apa maksud perkataan yang saya cakap dekat awak hari tu?" soal Carl Rayyan setelah Ilya hanya diam sedari tadi.
"Belum lagi" tipu Ilya. Kalau dia bagitahu Carl Rayyan yang dia sudah tahu apa maksud perkataan itu,macam mana dia mahu pamerkan wajahnya dihadapan Carl Rayyan nanti? Sudah tentulah,Carl Rayyan akan nampak wajahnya yang merah menahan rasa malu.
"Kenapa? Awak tak cuba cari maksud perkataan tu?" soal Carl Rayyan.
"Malaslah saya nak ambil tahu" jawab Ilya dengan selambanya. Sedangkan, hatinya sudah berdegup laju setiap kali mengingatkan maksud perkataan yang Carl Rayyan ucapkan tempoh hari.
Tidak lama kemudian,mereka sudah berada di tempat parking kereta Ilya. Carl Rayyan sudah bersedia berdiri di sebelah kereta Ilya untuk memberikan ruang kepada kereta Ilya keluar dari kotak parking.
Sebaik butang alarm kereta ditekan, Ilya terus membuka pintu keretanya. Sebelum masuk,matanya lama memandang wajah Carl Rayyan. Manakala, Carl Rayyan terus membalas pandangan itu sehingga mereka tidak sedar bahawa mereka sudah lama berkeadaan begitu. Seolah-olah mereka sedang meluahkan perasaan masing-masing melalui mata mereka.
"Saya balik dulu" pamit Ilya sambil memutuskan tatapan mata mereka. Carl Rayyan mengangguk perlahan.
"Amanda"
Ilya yang ingin membuka pintu terhenti setelah mendengar namanya dipanggil oleh lelaki itu. Kemudian,dia kembali memandang Carl Rayyan.
"Ti amo cosi tanto, Amanda. (Saya sayangkan awak sangat-sangat,Amanda)" ucap Carl Rayyan dengan penuh perasaan.
Walaupun dia tahu bahawa Ilya tidak faham dengan maksudnya tetapi dia cuba untuk meluahkan perasaannya dengan maksud yang tersendiri.
Ilya terkedu. Walaupun,dia tidak tahu apa maksudnya tetapi dia tahu Carl Rayyan meluahkan perasaanya kepada dirinya. Dia cuma tahu dua ayat yang depan sahaja. Manakala,dua ayat lagi dia sudah tidak tahu.
YOU ARE READING
𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚: 𝐂𝐚𝐫𝐥 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 | Ongoing
ActionCarl Rayyan atau nama Melayunya Rayyan Wildan. Carl Rayyan dijaga oleh Tuan Carl John yang berasal dari Itali.Hidup Carl Rayyan pada mulanya gembira seperti orang lain walaupun dia digelar MAFIA oleh rakyat warganegara dari Itali.Disebabkan dia sang...