Part 32

12 1 0
                                    

LAMA Hani menatap pantulan wajahnya di dalam cermin. Sesekali dia membelek wajahnya sekiranya ada kecacatan pada makeup di wajahnya.Malam ini ialah malam yang paling bermakna baginya kerana Carl Rayyan bersetuju untuk menyertai mereka makan malam bersama. Di Villa Hannah.

Tok! tok! tok!

Kedengaran bunyi pintu bilik diketuk membuatkan Hani terus menuju ke pintu. Muncul wajah Mak cik Siti dihadapan pintu biliknya.

"Cik. Tan Sri suruh cik turun,sekarang. Tetamu cik dah sampai" kata Mak cik Siti.

Hani mengangguk. "Okey. Nanti saya turun" balas Hani dengan nada teruja. Jantungnya berdegup kencang setelah mendengar kata-kata Mak cik Siti tadi.Mak cik Siti hanya mengangguk sebelum dia pergi dari situ.

Hani membetulkan sedikit blouse yang dikenakan pada tubuhnya sebelum dia turun ke bawah dengan hati yang gembira.

****

CARL Rayyan yang baru sampai terus disambut mesra oleh Tan Sri Johari yang baru turun dari tingkat atas. Mereka saling bersalaman sebelum membuka bicara.

"Sampai pun kamu! Uncle ingat kamu tak jadi datang" kata Tan Sri Johari dengan mesra.

"Mestilah saya kena datang kalau uncle yang jemput saya" balas Carl Rayyan sekadar berbasi-basi. Sedangkan dalam hati sudah berbakul-bakul dia menyumpah lelaki tua itu.

Tan Sri Johari tersenyum mendengar kata-kata Carl Rayyan sebelum terdengar suara anaknya memanggil Carl Rayyan dengan manja. Sebuah senyuman terukir dibibir Carl Rayyan.

"You look beautiful" puji Carl Rayyan sekadar untuk menjaga hati Hani. Hani tersenyum malu mendengar pujian Carl Rayyan.

"Thanks" balas Hani dengan nada malu-malu.

"Maaf. Saya tak sempat nak belikan hadiah untuk awak" kata Carl Rayyan dengan nada seperti bersalah.

"Eh...tak apa. Lagipun, papa yang ajak awak datang rumah. Betul tak,papa?" ujar Hani sambil memandang ke arah papanya.

Tan Sri mengangguk sambil tersenyum. "Ya. Betul cakap,Hani tu. Kamu tak payahlah susah-payah bawa hadiah untuk Hani ni"

Carl Rayyan sekadar tersenyum kecil tanpa niat ingin membalas.

"Kalau macam tu,jom kita pergi makan. Rasanya...Mak cik Siti dah siap masak" ajak Hani dengan nada manja. Lengan kanan Carl Rayyan dipeluk erat. Naik rimas Carl Rayyan apabila Hani tidak habis-habis ingin menempel ke arahnya.

"Tunggu sekejap. Papa tengah tunggu tetamu papa pulak" kata Tan Sri Johari.

"Siapa, papa?" soal Hani dengan dahi berkerut. Dia ingat,hanya Carl Rayyan yang menjadi tetamu mereka pada malam ini tetapi dia tak tahu pula yang papanya sudah menjemput orang lain untuk sertai makan malam mereka. Carl Rayyan masih mendiamkan diri. Dia juga ingin tahu siapa tetamu yang ditunggu-tunggu Tan Sri Johari itu.

Belum sempat Tan Sri Johari ingin bersuara, muncul Red yang baru muncul di ruang tamu itu.

"Ha... itu pun dia!" kata Tan Sri Johari dengan senyuman.

Secara automatik,Carl Rayyan dan Hani turut memandang ke arah yang sama. Wajah Hani kelihatan biasa sahaja kerana dia sangat mengenali lelaki itu yang merupakan orang kanan papanya. Manakala, Carl Rayyan masih memandang lelaki dihadapannya dengan penuh tanda tanya.

"Maaf, Tan Sri. Saya lambat" sapa Red dengan nada hormat.

"Tak apa,Red. Rayyan. Uncle kenalkan ini pekerja uncle, Red. Red. Ini pula Rayyan. Kawan Hani"kata Tan Sri Johari dengan memperkenalkan Carl Rayyan dengan Red.

𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚: 𝐂𝐚𝐫𝐥 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 | OngoingWhere stories live. Discover now