BAB 3

5.6K 370 18
                                    

Evaretz


BAK! PINTU kerangkeng kuda dilihat terselak kasar ke belakang ekoran terkena sepakan padu dari luar. Tangan kirinya genggam pistol, tangan kanan pula mengheret tubuh seorang perempuan. Lantas, dihumbannya jauh-jauh ke dalam kandang.

"Kau ingat aku boleh bodoh dengar tangisan dan rayuan kau? Aku bukan Engku Faridh." Engku Fatih maju hampir Ezarra yang terus teresak-esak di lantai.

"Kau salah orang nak bermain..."

"Kau sedang bermain dengan api."

"Aku tak boleh langsung lihat muka apatah lagi nak dengar suara kau. Jadi kau kena tahu apa yang perlu kau buat." Engku Fatih beri amaran keras.

"Apa perlu kau buat?"

"Apa perlu kau buat sekarang ni?!" Tengking Engku Fatih. Sekarang pun masih berani berhujankan air mata depan dia? Siap mengaku tidak bersalah pulak tu! Macam sial punya betina!

"Maksud... Maksud Engku? Apa perlu saya buat?" Tangisan Ezarra berlagu pendek. Tak faham dengan permintaan Engku Fatih.

"Apa perlu kau buat? Berhenti menangis lah, bodoh! Tu pun aku kena jawab ke, hah?!" Bang! Sebuah baldi aluminium diterajang ke tepi dinding. Mengundang jeritan dan decitan kecil Ezarra.

Terpana, Ezarra terus mengawal esakan di depan Engku Fatih.

"Saya minta maaf."

"Apa?" Engku Fatih sua telinganya.

"Minta maaf? Masa kau tikam daddy aku ada kau fikir akibatnya macam mana? Sekarang kau berani nak minta maaf depan aku? Hoi, kau pandang aku! Pandang aku bila aku tengah bercakap!" Engku Fatih tunjal bahu Ezarra.

Biadab! Berani Ezarra larikan muka dari muka dia!

"Perempuan paling keji! Tempat kau sepatutnya di neraka. Bau kandang kuda dan kandang babi pun lebih wangi kau dari kau ni!" Engku Fatih tunjal sekali kepala Ezarra.

"Sumpah, saya tak sengaja. Malam tu Engku Faridh cuba nak buat sesuatu yang tak baik dekat saya sebelum majlis kami berlangsung. Kami bergelut. Engku Fatih cuba nak ambil pisau dalam tangan saya tapi-" Ezarra cepat tekup telinga apabila bentakan tak puas hati Engku Fatih menghempas lubang telinganya. Merah berapi anak mata pemuda itu tancap anak matanya.

"Bukti dah depan mata aku! Aku nampak rakaman cctv pakai mata kepala aku sendiri! Kau tak payah nak jelaskan apa-apa lagi dekat aku!"

"Demi Allah, Engku... "

"Tak payah bersumpah dengan nama Allah depan aku lah, sial. Siallah kau ni perempuan! Sekarang pun masih nak pusing-pusing fakta lagi ke, hah?! Masih tak nak kalah lagi?!" Pak! Engku Fatih tendang kasar segumpal rumput-rumput kering pada muka Ezarra.

Nak jelaskan apa lagi kalau begini cara Engku Fatih menghakimnya? Dia memang bersalah tapi malam itu Engku Faridh sendiri yang cuai. Tapi, inilah hakikat yang terpaksa dia terima sekarang.

"Aku tahu macam mana sayang dan cintanya Engku Faridh dekat mama aku. Kalau benda ni tak berlaku pun, aku tak akan terima kau sebagai pengganti mama aku. Kau tak layak jadi isteri Engku Faridh!" Engku Fatih rasa nak ludah seratus kali muka Ezarra.

Sebab apa? Mata hazel, hidung mancung, dagu runcing dan jelingan Ezarra indah seperti jelingan rusa betina itu membuatkan hati Engku Fatih naik meruap setiap kali mereka bertentang mata.

"Kerja kau sekarang, cuci kandang kuda ni sampai berkilat! Lepastu cuci lagi kandang kambing dekat sebelah. Besok pagi aku nak semuanya selesai sebelum pukul 6 pagi."

Ezarra angkat muka. Menahan air mata yang hendak mengalir dari pelupuk. Kelihatan Engku Fatih sudah mengorak pergi dari kandang kuda tersebut. Tinggallah Ezarra yang sedang menangisi nasib malangnya sendiri.

Di malam yang sepi itu, Ezarra bertungkus-lumus menghabiskan kerjanya dalam satu malam itu juga biarpun badannya memberontak tidak dapat bergerak lagi. Akan tetapi tetap dipaksa juga kerana hukuman Engku Fatih tentu lebih berat jika esok pagi kerjanya tidak beres lagi.

Letih. Lapar. Haus. Hanya Allah saja tahu bagaimana rasa itu menyerang tubuhnya.

×××

COAT KENZO hitam dilempar atas katil. Tidak lama kemudian, Engku Fatih tenung lama wajah bengisnya dalam cermin. Puas hati. Tapi belum masa untuk dia tersenyum lega. Seribu tahun pun belum cukup untuk pelacur itu merasai penderitaanya. Masih jauh beribu batu dan tahun lagi.

Kadang-kadang, undang-undang
dunia juga tak adil. Dipenjara seumur hidup pun belum tentu dapat mengembalikan orang yang telah menjadi mangsa. Kerana fakta-fakta yang sebetulnya akan digubah dan diputarbelitkan oleh peguam yang licik.

Nyanyian sang telefon pintar mematikan lamunan panjang Engku Fatih.

"Selamat malam, Engku Fatih."

"Ya." Sahutnya ringkas. Harap-harap ada berita gembira bakal dikeluarkan oleh Nazri selepas ini.

"Dah jumpa dekat Emeer Ilham tu bersembunyi. Engku nak kami buat apa?"

"Kenapa kena tanya aku nak buat apa? Dah jumpa, bawa dia jumpa muka Engku Fatih sebab dia tak sabar nak pecahkan muka-muka bangsat yang berurusan dengan pelacur kelas rendah tu. Kalau dia ada mak bapak pun, mereka tu juga kena heret ke sini sebab aku tak boleh keturunan perempuan bangsat tu senang-senang saja bernafas dekat bumi ni. Engkau faham?"

"Faham, Engku. Besok pagi saya dan Wolf akan uruskan hal ni."

Pak! Belum talian diputuskan lagi, Engku Fatih terlebih dahulu meletakkan panggilan dengan menghempas telefon miliknya atas meja sinki. Malas hendak mengulas panjang. Cukuplah satu barisan ayat saja.

×××

"AWAK PASTI awak akan jumpa tempat yang selamat untuk kita?" Wajah Emeer direnung lama. Berharap akan ada satu keajaiban untuk mereka berdua satu hari nanti. Jauh dari orang-orang yang terlalu kejam ingin memutuskan hubungan mereka.

"Pasti, Zarra. Lepas ni aku dengan kau boleh hidup bahagia. Bila aku dah jumpa tempat tu, aku akan datang balik cari kau."

"Jangan lama. Saya takut, Emeer... " Lekas tangan Emeer digapainya lembut.

"Ya, aku tahu. Aku faham. Aku faham perasaan kau. Satu hal yang kau kena janji dekat aku. Tak kira apa saja yang berlaku, kau kena kuat! Aku tahu kau gadis yang kuat."

"Tapi saya tak kuat tanpa awak, Emeer. Saya cuma ada awak dalam dunia ni. Tolong, tolong janji dengan saya awak datang balik selamatkan saya..." Terasa tangan kasar Emeer bergegar mengusap pipinya yang basah, tubuh lelaki itu lantas dipeluknya erat-erat. Tolong jangan pergi Emeer...

"Simpan ni. Pengubat rindu kau nanti." Emeer rantaikan seutas rantai silver miliknya pada leher Ezarra.

Bayangan wajah Emeer beransur pergi tatkala azan subuh yang jauh kedengaran sayup-sayup menyapa halwa telinga. Rupanya dah subuh. Ezarra tak pasti berapa lama dia berpeluk lutut di tepi dinding. Kewajipan sebagai orang Islam ditunaikan.

Tika pagi menjelma, maka bermulalah episod baru yang memeritkan buat Ezarra.

THE FATIH'S COURTWhere stories live. Discover now