MCB 15

219 2 0
                                    

Setelah menempuh kesibukan jalan raya yang dipenuhi dengan tunggangan besi buatan manusia, akhirnya mereka tiba di rumah tepat jam 5.15 p.m.

"Love...betul betul betul okay ke ni? Ash betul betul betul tak sengaja..." Ashqal menahan Aralyn dari terus turun dan dia asyik mengulang permintaan maaf dia kerana dia benar-benar rasa bersalah.

"Kau nak try cosplay jadi ipin ke pulak sekarang ni?" Pertanyaan sarkastik dia dah keluar. Lain ditanya lain yang dijawab.

"Tak yah lah tukar topikkk..."

"Jom masuk, aku penat ni"

"Tunggulah Ash..budak kecik ni kan..."

"Siapa yang kecik sekarang ni? Aku lagi tua dari kau tau! and kau nak suruh aku jawab apa lagi? Kau tu asyik ulang soalan sama je...aku dah cakap kan, aku okay. Dah lah, stop situ je tak yah sambung...why?kau memang nak aku denda kau ke?" Aralyn tetap membalas walaupun dengan posisi membelakangkan Ashqal menuju ke bilik.

"Tapi...Ash tanya bukan saja-saja, love tu kalau kena langgar pun still kata okay. Macam mana Ash tak risau! Kalau tadi love tercekik sampai kena ward macam mana? Nak tengok Ash jadi panda? Menangis sebab ada wife yang tak reti terus terang macam love ni....Auchh...apa ni love? Main brake tak bagi signal dulu! Senget dah hidung Ash..." Sambil bebel tu...tup dapat balasan, terus menggosok hidung yang terlanggar badan Aralyn kerana dia berhenti mengejut.

"Mengata aku lagi,kan dah kena bayar cash. Kau ingat ni kenderaan ke bagi signal bagai? Tu hidung kau tu, kalau tak penyet pun takde orang nak pun"

"Iya lah tu...tapi love suka Ash! Pagi tadi kemain cemburu takut hubby dia kena ngorat...ceh, seorang manusia bernama Aralyn ni memang tak pernah jujur dengan diri dia" Ashqal tersenyum nakal bila dia jumpa card nak lawan Aralyn.

"Perasan! Aku bukan cemburu tapi jealous je"

"Ye ke...-aikkk...bukan sama ke tu?"

"Sekolah mana kau belajar dulu hah? Mana sama nya? Tu kan bahasa yang berbeza"

"Ouh...pandai eh love candy candy kan Ash? Dia jealous tak nak ngaku pastu nak main belajar bahasa pulak. Kan senang kalau cakap je yang love jealous" Ashqal duduk di pinggir katil sambil memandang Aralyn yang berada di depan meja kecil.

"Kau tak yah makan malam ni"

"Lah, asal pulak? Kalau Ash kelaparan macam mana? Sila bagi sebab yang munasabah dan logik dek akal"

"Kau kan dah kenyang dengan ayat kenakan aku" Aralyn balas dengan selamba sebelum dia melangkah ke dalam bilik air.

"Ehh...mana aci...!!" Dia bingkas bangun dari katil dengan laju berlari menghampiri pintu bilik air tapi malang, dia malah jadi nangka busuk.

Bukk...

"Aduhh...!! Kenapa love tutup tiba-tiba..? Sakitt tau...kalau patah hidung Ash ni macam mana?"

"Sorry lah, mana aku tahu. Aku ingat kau nak macam-macam tadi. Kau okay tak ni?"

"OKAY SANGAT...!!"

"Weyh...Ash! Hidung kau bleeding! Tundukkan kepala kau, aku ambik tisu jap. Kita gi klinik" Ashqal hanya menurut arahan Aralyn yang terlihat panik sedangkan dia sendiri tak perasan yang hidung dia berdarah lepas terlanggar tadi.

"Jom, ah...kau jalan sendirilah takkan nak suruh angkat"
Aralyn hanya menarik tangan kiri Ashqal sampai tak seimbang kawan tu dibuatnya.

"Slow lah sikit, Ash kan pesakit..."

"No, nanti darah kau makin banyak membazir"

😵

.
.
.
.

"How's is he? Is he fine? Nothing serious doc?"

"Cik janganlah risau, adik cik cuma mengalami pendarahan ringan je, nanti tinggal ambik ubat di kaunter, ubat untuk stopkan bleeding jika darah dia masih keluar dan jangan dongak kepala jika berlaku bleeding " Jawab doctor perempuan itu.

"Ouh...thank god. You scared me to death. But doc he's my husband not brother"

"Ouh, i'm sorry. You guys looks so young. Anyway jangan main kasar-kasar next time takut bukan setakat bleeding pulak"

"Okay doc. Saya akan ingatkan dia next time"

"Apa yang ingatkan? Love jugak yang buat Ash jadi macam ni tau?!"

"Kau yang langgar. Nak balik ke tak? If kau nak stay sini pun okay, aku balik sorang. Bye"

"Love...tunggulah..."

"Korang ni new couple ke?"

"Haah, mak budak ni lah yang berkenan suruh nikah"

"Hahaha...korang ni sama seperti saya dulu masa first saya kahwin pun sama macam korang asyik gaduh tapi lama-lama kami makin rapat. Korang ni masih muda kalau ada salah faham sikit tu better face to face jangan besarkan. Life rumah tangga ni banyak naik turun kalau korang pandai uruskan insya Allah korang akan rasakan manis dia"

"Thanks doc. If ada jodoh kita boleh jumpa lagi. Saya nak minta advice macam mana nak handle budak manja ni" Ucap Aralyn

"Hahaha...sure, ni no.saya, bolehlah contact kalau saya free kita boleh jumpa" Doc itu menghulurkan sekeping kad namanya kepada Aralyn.

"Baguslah doc nak jadi kawan dia ni. Manusia Alyn ni tak pandai buat kawan sebab dia dingin"
Selamba je Ashqal kutuk bini dia depan orang tak pasal-pasal kena tarik telinga.

"Auch, sakitlah love"

"Kami izin keluar dulu doc? Sorry, ganggu masa kerja doc"

"It's okay lagipun korang last patient saya"

"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam"

.
.

"Best tak makan pintu?"

"Gi lah try rasa sendiri"

"Merajuk ke? Aku minta maaflah, aku ingatkan kau nak balas dendam kat aku tadi sebab tu otak aku bagi warning bila kau lari tadi. Maafkan aku tak?🥺" First time Aralyn buat reaksi muka begitu dengan posisi menyenget ke samping sambil memandang muka Ashqal yang menunduk tapi tindakan dia malah membuat Ashqal tidak keruan sampai dia terpaksa toleh ke arah lain risau dia dapat nose-bleeding pulak.

"Tak"😣

"Why kau tak nak maafkan aku? Kau nak apa? as long as kau maafkan aku, okay je"

"..."

"Ashh...janganlah macam ni...aku dah turunkan pride aku tau demi nak pujuk kau. Kasi can lah sikit, aku dah lah tak yakin dengan muka cute ni kang orang dapat nightmare gara-gara aku. Aku janji ni, aku ikut permintaan kau selama sehari"

"Sehari je?"

"Cukup ah tu, mana boleh banyak-banyak nanti kau minta yang merepek naya aku nak tunaikan"

"Anything?"

"Selagi logik"

"Love dah janji eh, Jangan buat-buat lupa pulak nanti!"

"Aku tak tua lagi. Jom balik, aku tak sempat nak mandi sebab kau"

"Eh, kalau kita buat salah kenalah tanggungjawab"

"Okay, aku surrender"

😁

"Asal kau tak letak kapas tu, kang menitik darah kau"

"Nanti Ash jadi sengau"

"Try ah, nak jugak dengar kau cakap sengau mesti kelakar"

"Tengok tu? Belum buat lagi dah kena bahan kalau Ash pakai nanti entah berapa keturunan love bakal bahan nanti"

"Mana ada, tak baik menuduh. Dosa aku nanti ketawakan laki aku even kau jadi buruk"

"Ye lah tu"

My Clingy BoyWhere stories live. Discover now