MCB 24

142 5 0
                                    

"Wan, motor Aki kat belakang tu boleh guna lagi tak?"

""Boleh je, kenapa?"

"Nak bawak istri Qal keluar jap"

"Pergilah, tapi jangan lewat sangat. Malam nanti orang dah ramai"

"Okay Wan, alang-alang Qal nak keluar ni.. Wan ada nak kirim apa-apa tak?"

"Sat, Wan tanya kat dapur, barang dah cukup belum"
Sementara menunggu Wan kembali, Ashqal dah sedia memanggil Aralyn tunggu di anjung rumah.

"Qall...kamu tolong belikan Wan gula sepaket, susu manis 2 tin dengan cili kering sekilo" Wan kembali dari dapur sambil memegang penyapu yang masih digenggam kerana tadi dia sedang menyapu kat anjung sebelum Qal datang.

"Noted, kami pergi dulu Wan, kalau Aki tanya motor dia, habaq kat Aki yang Qal pakai motor sat"

"Ye, baik-baik naik tu"

"Okay"

"Ehh...Qal...bertuah punya budak, aku tak habis cakap lagi, hilang dah. Janganlah kamu terserempak dengan anak Leha tu"

"Love, kita pergi kedai dulu eh?"

"Aku okay je"

"Cantik kampung kau, hijau je. Rumah Wan pun cun, elok je duk sebelah bendang sawah"

"Suka?"

"Mm..."

"Air terjun pun cantik, tapi hari ni rasanya tak sempat. Ash bawak Love pergi lain kali eh?"

"Promise can't broke it"

"Of course, I promise you"

...

"Jom" Mereka melangkah masuk ke dalam kedai runcit yang sederhana besar, juga salah satu kedai runcit yang paling dekat dan banyak barang.

"Eh..eh...jap, apa yang Wan pesan tadi? Love lah ni manis sangat sampai lupa Ash"

"Eh kau yang short memory, aku yang disalahkan" Malas layan Ashqal, Aralyn bergerak melalui setiap rak mencari barang yang dikirim oleh Wan.

"Nah, kau bayar. Aku tak bawak duit"

"Okay, Love ada nak apa-"

"Assalamualaikum,"

"Waalaikumussalam makcik"

"Kamu ni anak siapa? Tak pernah nampak pun kat kampung sini?" Tanya makcik kepada Aralyn.

"Saya cucu Wan Salwa, baru sampai semalam sebab Wan ada buat doa selamat"

"Wan Salwa? Ouhh...kamu ni si Qal? Lama tak nampak tu yang ingat tak ingat tadi. Tu pun sebelum kamu pindah balik rumah mak bapak kamu"

"Haa, itulah"

"Ni siapa?"

"Ouhh, ni istri saya, Alyn"

"Lah dah kahwin rupanya, helok istri kamu Qal. Eloklah, jaga baik-baik, pasangan muda banyak pasang surut"

"Insya Allah, terima kasih makcik"

"Ni, Wan kamu tak bagitau ke yang anak makcik Leha ada balik kampung baru-baru ni, makcik nak ingatkan je."

"Ouh...hhh..takde pulak, takpelah. Terima kasih sebab bagitau, mungkin Wan tak sempat nak bagitau"

"Haa, takpelah. Makcik minta diri dulu, nak beli barang"

"Waalaikumsalam makcik"

"Siapa tu?"

"Makcik Ani, rumah yang warna biru hujung jalan tadi, geng masjid Wan lah tu"

My Clingy BoyWhere stories live. Discover now