"Jangan paksa orang
untuk menerima kewujudanmu.
Jika dia benar ikhlas, dia akan buat sendiri
tanpa dipaksa.
Mana mungkin keterpaksaan
melahirkan kebahagiaan, bukan?".............................................................................................
Pagi,
Aku mula menggeliat, meregangkan otot yang 'tidur'. Azan subuh sudah berkumandang, aku bangun daripada baring kepada duduk, awalnya ingin membangunkan Ashqal terus terbantut bila perasan yang semalam Ashqal tidur bersamanya dan bila aku memandang diri aku yang hanya mengenakan bathrobe...terus aku teringat akan kejadian semalam yang aku mungkin tertidur semasa mandi. Mesti ni kerja budak tu yang pakaikan aku hanya ini tanpa 'adik kecil', patutlah sejuk semacam.
"Ashh...wake up!" Tangan kanan cuba membangunkan Ashqal manakala tangan kiri setia menggenggam belahan bathrobe daripada terlondeh.
"Hmm...ye love? Nak apa?" Tanya Ashqal dengan mata yang masih menahan kantuk
"Wake up lah, dah subuh ni...!"
"Ye ke? Ouhh...thanks...mm...ni dah kenapa pagi-pagi dapat godaan maut ni? Love sengaja nak goda Ash ke, hmm...?"
"Kau tak payah nak buat-buat lupa eh mangkuk! Ni mesti kerja kau semalam, pastu nak tuduh aku. Dah lah kau bagi aku pakai ni je. Sejuk tahu tak!"
"Habis tu? Takkan nak suruh Ash pakaikan juga yang kecil-kecil tu? Nanti bangun pagi terus hilang nyawa Ash, pastu love jadi janda muda. Nak?" Dah serupa orang khayal dia punya melalut tu.
"Ke situ pulak kau punya merapu! Why? Kau nak jadi arwah betul ke? Ok gak, nanti aku boleh cari pengganti kau yang lagi hensem dari kau-"
"Love nak apa? Hmm...? Ash masih sihat walafiat kat depan ni, dia sibuk nak cari pengganti Ash. Kejam!" Dia melepaskan tangannya dari menekup mulutku sebelum berpaling arah lain. Aku menarik comforter membalut badan kecil aku untuk elak 'kemalangan' sebelum memeluk dia dari belakang.
" Majok ke? Sorrylah mein kitten, aku gurau je kalau tak sendu je hidup. Wallahuaklam, contoh je eh. If kau takde pun, aku tetap kau punya. Aku takkan suka dekat laki lain, biar aku sorang-sorang sampai aku ikut kau ke sana... Kau favourite person aku, mana ada yang boleh tiru kau, takkan ada yang sama seperti kau, budak yang selalu bagi aku naik darah tapi aku happy. You're the only one for Hazel Aralyn in life or in death"
"Dah lah, jom solat. Thanks sebab sudi pujuk hati Ash ni. Cair dah hati Ash sebab love, nak bekukan balik dah tak boleh...peti rosak"
"Then, tak payah bekukan balik. Biar je cair macam tu" Balas Aralyn
"Mmm..."
"Waittt....so,kau...kau nampaklah semalam...? Eeee.....Ashh
..!!" Aku pukul badan dia bila teringat akan hal yang satu itu."Sakitlah love....Ash tak nampak pun...Ash pakai jurus orang buta semalam tau!" Balas Ashqal sambil menahan sakit dipukul tapi last tu dia menahan tangan aku sambil merapatkan jarak kami.
"Eiih...lepaslah! Sakit tau tak?"
"Tipu, Ash tak tekan pun. Love pukul Ash lagi sakit tau!"
YOU ARE READING
My Clingy Boy
RomanceSi clingy yang hanya berkelakuan seperti itu kepada orang tertentu tetapi sebaliknya jika terhadap orang lain. Si kasar yang hampir untouchable, bersikap dingin kepada orang lain kecuali keluarganya. Tanpa disangka si kasar ditakdirkan untuk bertemu...