MCB 29

180 4 0
                                    

Ashqal pov

"Masin betul mulut Hazel ni, kan aku dah angau betul tadi. Buat malu je kena tegur nasib dah siap jawab" Omel aku sendiri sebaik sahaja keluar dari dewan.

"Haa!"

"Kau nak apa Im?"

"Aku tahulah kau ni spesies peti sejuk tapi bagilah chance sikit kat aku, kasi reaksi sikit, ni tak kira situasi muka setoek tu je kau tayangkan. Aku tak tahulah macam mana wife kau boleh tahan"

"Sibuk je kau nak tahu hal hidup aku, side soft aku ke clingy ke semua tu special for wife aku je, tunjuk kat kau buat apa....bukan dapat pahala pun tambah dosa adalah"

"Amboi kau, pedas ayat kau hari ni, even memang selalu pedas pun. Respect ah sikit kat kawan kau yang single mingle ni"

"Tak kuasa aku"

"Ceh, tadi kau mesti angau dekat wife kau kan? Sampai kena tegur dengan lect, HAHAHA!! aku ada stock baru nak gosip dengan wife kau"

"Amboi, kemain kau eh rapat dengan wife aku? Even kau single sendu jangan sampai sailang aku punya, kalau tak kubur, ke ICU aku hantar kau"

"Kejamnya, nanti kalau mak aku cari aku macam mana? Memang time tu aku jadi hantu aku cakap kat dia budak yang nama Haydar pelakunya"

"Tak payah tunggu kau jadi hantu, sekarang pun kau dah level anak hantu"

"Weyh, nak pergi mana? Makan ke? Nak ikut"

"Masak"

"Ouh...senior Alyn bagi bekal eh? Dia masak apa hari ni?"

"Dia masak apa pun apa kaitannya dengan kau? Yang kau ni, setiap kali dia bagi aku bekal mesti kau muncul, ingat sikit eh! Dia masak untuk husband dia bukan stranger macam kau ni, dah lah hari tu sampai rembat sekali dengan bekas, mati aku nak menjawab hari tu"

"Takpe, aku muncul sebagai tukang habiskan makanan kau if kau tak nak. Lagipun bukan salah aku, senior Alyn yang masak sedap"

"Banyaklah kau"

"Aku ada sorang je"

"Kau nak? Tapi satu syarat"

"Serius? Apa dia?" Naim terus memandang Ashqal dengan pandangan tak percaya yang seorang Ashqal menawarkan makanan buatan Aralyn kepadanya untuk pertama kali.

"Kau belanja aku air, aku bagi kau makan ni"

"Okay cun! Kau nak minum apa?"

"Coffee ice"

"Okay" Sementara menunggu Naim, Ashqal terlebih dahulu makan bekal miliknya.

"Nah- kau kencing aku eh Dar?"

"Tak"

"Then, tapi tu kau dah makan?"

"Ni aku punya, kau punya yang tu"

"Ouhh.... What?! Seriously? Senior bagi kat aku sekali? Wah! Korang ada celebrate apa-apa ke? Baik semacam je hari ni...ke...korang dah nak bagi aku anak buah?"

"You wanna it or not? If not, then I'll take it back"

"Eh..eh...buruk siku namanya tu. Ikhlas eh? Aku makan dulu, thanks couple HayLyn, jasa korang akan aku kenang sampai mati"

"Takdelah, aku yang minta dia buatkan untuk kau sekali sebagai tanda terima kasih aku."

"Thanks? Aku ada pernah buat baik ke?"Soal Naim di sela suapan sandwic dia

"Aku appreciate kau as first crazy boy yang approach aku"

"Ouhh...berguna jugak aku ni rupanya"

"Tak pun sebenarnya but more to terpaksa"

My Clingy BoyWhere stories live. Discover now