"Alyn? Ash? Kamu nak pergi kelas ke? Kamu macam mana Alyn? Baik dah?" Soal mama Linda bila nampak kami turun.
"Better than yesterday" Balas Hazel
"Kau nak makan apa?"
"???" Aku blur kejap bila dia tiba-tiba tanya macam tu tapi lepas tu aku baru sedar yang soalan tu ditujukan kepada aku.
"Ash nak roti je" Balasku gugup
"Nah, makan banyak-banyak sikit" Dia meletakkan 3 keping sandwich ke atas pinggan aku awalnya aku nak menolak sebab macam banyak tapi aku kuburkan.
"Thanks love"
"Maa...si Ash ni study kat mana?" Soal Hazel
"Dia kata dia dah transfer ke Uni yang sama dengan kamu sebelum ni, ni alang-alang kamu nak gerak tumpangkanlah sekali suami kamu ni" Kata mama Linda
"Tapi Alyn taknak drive kereta..."
"Habis tu takkan kamu nak bawak 'baby' kamu tu?" Soal mama Linda
"Yes, baby Alyn yang tu lagi senang nak bawak"
"Ash...kamu naik dengan Alyn ya?" Tanya mama Linda
"Ok"
"Alyn layan kamu baik tak?"
"Ok ma, takyah risaulah" Balasku jujur
"Jom Ash! Aku tunggu kat depan" Dia terus berlalu pergi selepas menyalam mama
"Ma, Ash pun gerak dulu, Assalamualaikum"
"Ya lah, hati-hati" Aku turut salam dan sempat capai sekeping lagi sandwich sebelum keluar.
"Love, nak?" Aku tawarkan sandwich tadi tapi dia taknak
"Sape baby tu?"
"Ni!"
"Kau nk drive?" Tergamam aku dibuatnya dengan baby Hazel, cool!!
"Boleh kee?" Aku dah teruja nak bawak sebab aku dah lama tak bawak
"Go on, aku ada class pagi ni. Jom" Aku naik first kemudian aku dapat rasa beban menandakan Hazel dah naik and package pelukan dia😳💓.
"Ready?" Soalku
"Hmm"
🌼🌼🌼🌼🌼
Tiba di perkarangan Uni semua mata memandang ke arah Hazel kerana mereka dapat mengenal itu dia, seorang gadis yang selalu jugak jadi bualan orang kerana dia terkenal gadis dingin, kasar, dan tak friendly tetapi hari ni pecah rekod kerana pertama kali menyaksikan Hazel datang bersama orang lain plus lelaki dan mereka sempat dibuat bingung akan identiti lelaki yang bersamanya.
YOU ARE READING
My Clingy Boy
RomanceSi clingy yang hanya berkelakuan seperti itu kepada orang tertentu tetapi sebaliknya jika terhadap orang lain. Si kasar yang hampir untouchable, bersikap dingin kepada orang lain kecuali keluarganya. Tanpa disangka si kasar ditakdirkan untuk bertemu...