MCB 26

140 2 0
                                    

"Korang berdua buat apa tu?" Soal Aki yang kebetulan baru balik dari kebun dia.

"Ni, istri Qal nak makan mangga"

"Mengidam ke?" Seloroh Aki

"Eh...eh tak lah Aki, dia saja je sebab mangga tu lebat berbuah tu yang teringin. Insya Allah, kalau ada rezeki, Aki boleh jumpa cicit Aki" Ashqal yang tolong jawabkan kerana Aralyn dah kaku di sebelah pabila ditanya begitu.

"Insya Allah, Aki gurau je jangan ambik hati pulak. Tu kalau banyak yang kamu kait boleh suruh Wan buat sambal. Takpelah, Aki naik dulu"

"Baiklah Aki"

"Kenapa diam ni? Fikirkan kata-kata Aki tadi ke? Tak yah lah fikirkan sangat, Ash okay je. Kita dah janji kan?" Dia berdiri di sebelah Aralyn untuk memujuknya kerana dia fikir Aralyn terasa dengan ayat Aki. Dia mengucup lembut samping kepala istrinya.

"Dah, jom sambung eh? Love nak lagi tak?"

"Hmm...Ashieyy, sambal apa yang Aki cakap tadi?"

"Sambal mangga muda"

"Macam mana tu? Sedap ke?"

"Mestilah sedap, kalau Love nak rasa nanti kita buat. Ash pun pandai buat, simple je sebab Ash suka sangat sampai Wan suruh buat sendiri dulu"

"Ouhh, okay. Ashiey, rumah Aki ada kelapa jugak ke?"

"Kenapa? Ada je tapi kat kebun dia depan sana"

"Kelapa muda?"

"Entah, kena check dulu. Kenapa?"

"Jom, lepas kait mangga tu kita try tanya Aki ada tak"

"Okay..." Ashqal terpaksa iyakan even tak tahu kenapa kerana dia tak mahu rosakkan mood happy Aralyn.

"Jom"

........

"Kamu nak buat apa dengan mangga muda banyak macam ni?" Soal Wan

"Alyn yang nak katanya nak makan colek tapi Qal ambik lebih sikit sebab dia tak pernah rasa sambal mangga tu yang dia nak try tu"

"Haih budak-budak ni, tak masam ke. Buah lain banyak lagi. Takpelah nanti Wan tolong buatkan"

"Takpe ke Wan? Ash pun boleh buatkan, senang je tu"

"Takpelah"

"Baiklah, terima kasih Wan. Aki mana? Tadi dah naik"

"Mandi tu hah"

"Wan, kelapa kat kebun Aki ada tak kelapa muda?"

"Rasanya ada, kenapa? Nak buat apa dengan kelapa muda?"

"Entah Alyn tu, dia tak bagitau pulak."

"Pergilah cuba tengok, alang-alang bawak dia tengok buah lain. Kamu untung sebab datang masa musim buah, bolehlah merasa"

"Tu lah. Qal pergi dulu."

"Hati-hati, ni kamu nak pergi dengan apa?"

"Jalan kaki je"

........

"Jom Love, Ash bawak pergi kebun Aki tapi kita jalan kaki je tau? Sebab kalau naik motor susah nak bawa bakul lagi"

"Okay"

Jarak dari rumah Aki Ashqal ke kebunnya hanya mengambil masa sekitar 5-10 minit.

"Wowww! Banyaknya buah! Ashieyy...aku nak ambik semua boleh ke?" Ekspresi muka Aralyn persis anak kecil bila dapat candy dengan mata membesar kerana teruja melihat kebun Aki.

My Clingy BoyWhere stories live. Discover now