MCB 12

222 9 0
                                    

Dah seminggu lebih rupanya umur perkahwinan kami. Macam-macam ragam aku jumpa.

"Ma, pa...Alyn nak discuss something"

"Kamu nak discuss pasal apa sayang?" Soal mama Linda

"Alyn nak minta izin pindah ke rumah Alyn...tapi tu pun kalau mama papa bagi. Kitorang pun dah seminggu lebih kat sini"

"Ash macam mana? Dia setuju ke?" Soal papa

"Alyn tak bagitau lagi dekat dia sebab nak bagitau mama papa dulu kalau on baru Alyn bagitau dia"

"Papa ok je terserah mama kamu lah"

"Baiklah, mama izinkan korang pindah tapi bila dah duduk rumah asing tu pandai-pandailah ziarah kami ni...tu rumah family Ash pun korang belum pernah bermalam lagi kan? Kena pandailah atur masa nanti and bila dah dah tinggal asing ni jangan kamu pergi abaikan pulak suami kamu tu dekat sini takpelah kami ada. Ingat! Kami tak pernah didik anak kami supaya jadi anak kurang ajar,kamu kena ingat tanggungjawab kamu sebagai isteri...apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Selagi kamu pegang title isteri tu kamu kena jaga maruah suami kamu, jangan biarkan dia tidur dalam keadaan marah...tak cium bau syurga nanti. Semua arahan dia kamu kena patuh selagi kamu rasa benda tu tak bercanggah dengan hukum" Pesan mama panjang lebar macam aku ni kejam sangat. Hidup je menantu dia tu takde pun K.O

"Mama ni...ingat Alyn ni jahat sangat ke nak buli menantu kesayangan mama tu?" Ye memang! Sejak ada menantu memang mama dah beralih arah mentang-mentang ada sorang je anak, tu lah dulu taknak bagi aku abang atau kakak sekarang mulalah nak push aku.

"Betul, papa pun kena tempias. Kalau boleh mama kamu ni nak letak papa tepi penjuru sebab dah ada menantu. Orang lain pun ada menantu" Perli papa

"Salah papa lah sape suruh lahirkan Alyn sorang je dulu takdelah mama kempunan menantu macam ni"

"Ye tak ye kan? Sayang, nak bagi adik untuk Alyn tak?" Ampunnn...next time please remind aku jangan cabar couple otai sebab aku jugak yang merana.

"Apa benda yang abang merepek ni? Tak sedar diri pakcik ni. Kita ni dah tua sekarang takde masa nya nak jaga anak kecik! Baik abang mintak cucu daripada anak"

"Haa...mama jangan nak request bukan-bukan eh! Alyn ni masih study dah nak habis takkan nak hold lainlah si Ash tu dia laki takde kesan pun" Tolak aku beralasan.

"Haah lah, Alyn. Papa pun setuju kalau kamu ada anak. Ouh ye, kamu jadi kan nak ambik alih syarikat papa?" Kata papa tambah menyesakkan jantung aku.

"Ash ada kan?"

"Family dia pun ada takkan nak bagi dia handle dua-dua? Kesian dia nanti"

"Ok"

"Bila kamu nak pindah masuk rumah sana?"

"Esok kut sebab barang tak pack lagi"

"Ni Ash balik pukul berapa?"

"Tak tahu, dia ada class sampai kul 11 je hari ni"

🌼🌼🌼🌼🌼

"Assalamualaikum "

" Waalaikumsalam "

"Love...nak pattt...energy Ash dah habis perlu charge balikk...hmm" Dia terus meluru ke arah aku dan terus landing kan kepala dia atas riba aku. Aku hanya turutkan

"Ash"

"Mmm"

"Esok kita pindah rumah aku eh? Aku dah mintak izin dengan mama papa diorang ok je"

"Love ada rumah personal ke?! Wah...,untungnya."

"Ada tapi aku jarang balik sana. So?"

"Okay...Ash ikut je...esok eh? Sempat ke nak pack barang?"

My Clingy BoyWhere stories live. Discover now