"Ash, kau masak malam ni eh?"
"Boleh boleh...!! Love nak makan apa? Tapi Ash tak ada lah pandai sangat setakat biasa-biasa tu boleh lah"
"Biasa tu maksudnya?"
"Eee...Ash cepuk jugak kan love ni..."
"Apa hal pulak nak cepuk aku? Kalau aku jadi bengap macam mana?"
"Salah sendiri. Siapa suruh serlahkan kecomelan love di depan Ash? Saja lah tu nak bagi Ash tenggelam dalam penangan cinta dia"
"Siapa suruh kau cair?" Balas Aralyn balik dengan nada annoying.
"Hati Ash suruh. Dah cepatlah, nak makan apa? Kalau tak bagitau nanti Ash tinggal masakkan mi segera je"
"Kalau macam tu baik aku tak payah tanya kau tadi. Aku teringin nak makan Western lah, kau boleh buat tak?"
"Awal mana teringin, takkan love dah pregnant kot?" Kata-kata Ashqal memakan diri bila dia dicepuk oleh Aralyn kebetulan dia berada sebelah je lagi senang sebab dekat.
"Bongok ah kau punya merapu! Asal? Kau teringin nak pregnant ke? Gi tukar kat Siam dulu" Selamba je Aralyn membidas ayat Ashqal sambil mulut asyik mengunyah kekacang.
"Buat apa nak gi Siam? Siapa pulak cakap Ash teringin nak pregnant? Manja gini pun Ash lagi prefer lelaki tulen tau tak main ah palsu palsu ni"
"Haa, tu dah ada bakat...boleh ah try isi borang"
"Merepeklah love ni, Ash tanya nak makan apa je apasal pulak boleh masuk topik gi Siam ni. Malaslah Ash nak layan love ni. Dah buang tebiat agaknya"
"Kau masak sedap-sedap tau? Kalau tak sedap, kau tidur sebelah"
"Perlu ke sampai macam tu? Masakkan Ash ni dah kira sedap tau, tapi kalau tak sesuai dengan lidah love..tu bukan salah Ash"
"Tak try tak tahu kan? Tak yah buat banyak nanti tak habis siapa nak makan, dah malam ni...buat sikit je kalau kau buat lebih dari satu jenis makanan."
"Acik sebelah kan ada"
"Kau ingat semua orang berumur ni suka ke makanan barat macam ni?"
"Anak diorang kan ada"
"Suka hati kau lah, malas aku nak berdebat dengan kau. Ni, kau masak elok-elok tau? Aku nak mandi jap...thanks suami" Aralyn sempat mengusik Ashqal sebelum dia pergi, dia kacau rambut laki tu sehingga jadi macam messy hair.
"Pergilah, nanti dah siap Ash panggil...!!!"
"Okay!!"
Seabad kemudian....
(Aralyn's pajama)
"Ash, dah siap belum? Cacing aku dah berkonsert dari tadi" Dengan salam takde apa takde datang je terus tanya kawan dah siap belum, senang hidup. Kawan tu sampai terkejut katak dibuatnya nasib baik tak makan kuali je lagi.
YOU ARE READING
My Clingy Boy
RomanceSi clingy yang hanya berkelakuan seperti itu kepada orang tertentu tetapi sebaliknya jika terhadap orang lain. Si kasar yang hampir untouchable, bersikap dingin kepada orang lain kecuali keluarganya. Tanpa disangka si kasar ditakdirkan untuk bertemu...