Setelah selesai membersihkan peralatan kotor yang digunakan tadi, Aralyn mengambil minuman supplements untuk lawaskan sebab dia makan terlalu banyak tadi. Usai itu baru lah dia naik ke atas nak siapkan assignment yang perlu disiapkan.
Aralyn duduk di sofa itu bersama laptop nya. Dia asyik menaip sambil mendengar lagu yang diputarkan dari laman web tersebut menggunakan headphone. Dia hanya memasang dengan volume perlahan sekadar menghilangkan bosan supaya dia lebih santai melakukannya.
"Love...?!! Love kat mana?" Dari jauh sayup-sayup kedengaran suara Ashqal memanggil Aralyn di bawah sedangkan tuan punya nama elok duduk kat koridor bilik dia. Aralyn tidak perasan lagi akan hal itu kerana dia memakai headphone tapi bila suara Ashqal semakin dekat baru lah dia menyahut panggilan laki itu.
"Love...?!"
"Aku kat sini"
"Sini je rupanya...penat Ash panggil tak menyahut pun" Dia datang tu dengan menampakkan kepala sahaja dulu di sebalik tirai dengan muka cerah seperti anak berjumpa mak dia lepas terpisah kemudian dia terus menyelitkan badan dia di sebelah Aralyn walaupun tak berapa besar tetapi masih boleh menempatkan mereka.
"Aku pakai ni kan?" Balas Aralyn sambil menunjukkan 🎧 di kepalanya.
"Ouh....ingatkan palau kita tadi..."
"Nak apa cari aku?"
"Saja. Takut wife Ash ni hilang. Love sedang buat apa?" Dia merebahkan badan dia sehingga sama paras dengan pinggang Aralyn lalu memeluknya kerana nak letak kepala atas riba dia tak boleh dah ada laptop.
"Aku nak siapkan assignment. If takde benda penting jangan kacau aku"
"Tak kacau, janji! Ash cuma nak tidur dengan wife Ash je. Love buatlah kerja tu, ignore je Ash kat sebelah ni"
"Aku masih tak maafkan kau sebab tadi tau"
"Okay"
"Pergilah tidur kat katil kalau ngantuk, sini sempitlah"
"Tak nak, Ash nak tidur dengan love"
"Tapi kerja aku banyak lagi"
"Takpe,Ash temankan"
"Suka hati kau lah"
.
.
.
."Ughh...cramped bontot aku- ceh, kata nak temankan aku tapi dia landing dulu. Ash...bangunlah, tidur kat katil"
"Hish mamat ni kan, aku ngantuk ni tak nak bangun pulak dah. Takpe kau, kali ni je aku berbaik hati sebab aku malas nak angkut kau ke sana" Dia turut berbaring sebelah Ashqal kerana dia juga sudah terlalu mengantuk, nak biarkan laki tu sorang kat luar nanti kena tibai dengan mama dia sebab buli laki tu. Kalau demam, dua-dua kena.
.............................................................................................
🌄
"Wake up love, dah azan subuh tu."
YOU ARE READING
My Clingy Boy
RomanceSi clingy yang hanya berkelakuan seperti itu kepada orang tertentu tetapi sebaliknya jika terhadap orang lain. Si kasar yang hampir untouchable, bersikap dingin kepada orang lain kecuali keluarganya. Tanpa disangka si kasar ditakdirkan untuk bertemu...