BREK kereta ditarik di hadapan sebuah bangunan Penthouse yang sungguh mewah. Topi di kerusi penumpang, aku capai lalu disematkan di kepala. Rambut yang diikat kuda, dikeluarkan melalui lubang di belakang topi. Pelembap bibir dioles ke bibir. Spontan aku mengulum senyum nipis. Aku memandang pantulan anak mata milikku di cermin kereta.
Amber.
Warnanya beberapa warna campuran kuning, oren, coklat. Seperti batu permata yang dinamakannya, mata ambar boleh wujud dalam pelbagai warna seperti coklat muda dengan sama ada warna emas atau tembaga padanya. Tapi milik aku, ialah campuran warna yang agak cerah. Lebih kurang light honey. Diwarisi oleh bapa aku yang ada kacukan Melayu dan London iaitu daripada atuk aku.
Turun saja dari kereta, aku mengunci dengan sebelah lagi tangan mempunyai bungkusan kotak yang perlu dihantar ke pengirimnya. Aku mula menjejak kaki ke arah bangunan tersebut untuk mencari rumah si pengirim yang tertera di kotak tersebut.
Setelah berjaya memastikan ianya benar, lantas aku mengetuk daun pintu yang mewah itu usai loceng ditekan. Aku menunduk ke arah kotak di tangan. Bibir melorek senyum lembut.Ryan Darren.
Semestinya aku kenal tuan badan kepada nama ini.
Sangat-sangat kenal.
Kerana dia ialah seseorang yang aku gilakan tidak kira waktu dan dimana sejak aku mula mengetahui kewujudannya. Suara dia yang garau, dalam dan maskulin serta seksi bagi aku. Tawanya yang sangat maskulin menyapa telinga tiap kali menonton videonya di youtube. Walau hanya mendengar dari situ saja, sudah berjaya buat aku terngiang akannya. Aku tidak tahu rupa wajahnya bagaimana kerana dia seorang yang sangat privasi dan tidak suka menunjukkan rupa wajahnya. Walaupun aku yakin dia kacak maut.
Tiba-tiba kedengaran pintu dibuka dari dalam.
Kepala dipanggung ke atas untuk melihat gerangan tersebut. Rahang aku jatuh. Bola mata bergerak atas bawah melihat tubuh tegap yang tidak berbaju di depan mata sekarang. Sadonya tuan punya badan ini hingga mampu menggetarkan naluri wanita aku yang melihat. Sado dia tidak keterlaluan tetapi sedang-sedang saja.
Literally my type.
"Oi, kau dah kenapa tenung badan aku macam nak terkam?! Who are you and what are you doing here?" Kasar dia sela. English accent miliknya sangat enak didengar. Tidak kedengaran Melayu langsung. Oleh kerana dia juga ada kacukan dari luar negara tapi aku tidak dapat mengetahui tentangnya.
Aku tersentak. Laju saja mata tertumpu pada wajahnya. Anak mata aku bersatu dengannya tatkala menyedari warna anak matanya.Dark brown. Gorgeous.
Riak wajahnya berubah. Lelaki itu berdehem apabila aku masih diam. Wajah dialihkan ke tempat lain seketika sebelum kembali ke arah yang asal.
"Ehem, yes? What do you want?" Suara maskulinnya penuh gemeresik. Seolah ingin menggoda aku.
Oh, aku lupa bahawa seorang Ryan Darren memang suka menggoda perempuan orangnya.
He's very good at flirting.
Always.
Mata aku tidak berkelip. "I'm sorry, Sir. But..."
"Oh, please. Don't call me Sir. Just call me Mr. I think thats quite nice for me, honey." Senyum halus diberikan.
"Alright. I just wanna pass this package that you had ordered last week from online. But before that, I need your number..."
Tawa kecilnya meletus. "My number?" Dia melangkah setapak ke depan. Sebelah kening dijongketkan.
"Nah. I mean, your handsign for confirmation. I'm sorry." Aku menunduk kepala. Wajah menekur ke lantai. Lalu mengundur setapak ke belakang.
YOU ARE READING
Ryan's Queen | BAKAL TERBIT
Romance[COMPLETED] 2nd story Song: Setia by Elizabeth Tan ft Faizal Tahir Tidak saling mengenali. Tidak juga saling mengetahui akan kewujudan masing-masing. Namun disebabkan sebuah konsentrasi, buatkan mereka bertemu secara realiti. Hingga berjaya mencamba...