KAKI galah Ryan mengatur langkah di dalam perpustakaan yang agak cantik dan boleh tahan besarnya itu di sebelah aku. Kini, kami berdua sudah memasuki perpustakaan yang dikatakan tadi. Bersinar mataku tatkala melihat beberapa buah buku yang amat menarik perhatian aku. Segala rak buku yang terdapat di dalam perpustakaan ini amat besar. Pendingin hawa yang menyapa membuatkan aku memeluk tubuhku. Kesejukan. Mujurlah ada blazer yang tersarung di tubuh ketika ini.
Tatkala mata tertancap pada beberapa buah buku yang menarik dan ingin aku baca, lekas saja aku melangkah ke arah rak tersebut. Setelah itu, dicapai satu demi satu untuk dibelek dan membaca serba sedikit sinopsis di belakangnya. Ada juga karya Ryan di situ.
Walaupun aku sudah ada kesemua karya Haz Malique, iaitu lelaki yang melamar aku sebentar tadi, tapi rasa teruja tetap merajai hati apabila melihat bukunya ada di situ.
"Haz, your novel!."
Terus aku ubah nama Ryan tadi ke nama penanya. Kerana itu ialah hasil penulisan seorang Haz Malique yang sentiasa indah dan sempurna. Seperti dirinya di mataku. Sentiasa.
"You nak pinjam novel ni ke? Bukan I dah beri you semua karya Haz ke?" Ryan mendekati aku yang sedang mencapai beberapa hasil karyanya itu. Tidaklah ada semua di situ. Tapi boleh tahan juga. Lagipun, dia sudah menerbitkan 10 buah buku. Termasuk juga yang keluar semasa pesta buku yang baru saja berlalu.
"Tak adalah. I cuma teruja tengok novel you ada di sini. Mesti best kan jadi you?"
Usai menuturkan itu, aku berpusing tubuh menghadapnya yang dari tadi setia berdiri dan memerhatikan aku dari sisi tanpa ada niat untuk mencelah.
"You know what? I sampaikan berangan if I jadi writer, I dapat meet and greet session sama hari dengan you. Lepastu, tukar buku dan tanda tangan. Bestnya!"
Namun tidak lama, keterujaan yang terselit di sebalik suara dan bicaraku itu perlahan-lahan luntur dan menjadi perlahan. "Sayangnya, I tak sehebat you. So, dalam angan jelah mampu." Aku tersenyum kelat.
Tangan kekarnya naik memeluk tubuh sambil tersenyum lembut ke arahku.
"Tak apa. Cuba perlahan-lahan. Akan ada masa, you akan dipandang juga nanti. Banyakkan sabar dan tenang. Trust yourself and Him. Jangan bandingkan dengan I atau dengan penulis lain. Your time will come no matter cepat or lambat."
Refleks keningku terjongket mendengarkan bicaranya yang lembut dan positif itu. Aura positif sentiasa ada dalam dirinya dan itu juga ialah salah satu perkara yang buat aku semakin jatuh sayang padanya.
Walau pada awalnya, aku rasa aku tidak patut merasakan semua ini. Kerana dia hanya menulis dan aku sekadar membaca. Tapi ketulusan dan kejujurannya pada hari ini telah memberi sinar cahaya yang terang buatku bahawa perasaan itu tidak pernah salah.
HARI sudah petang dan sebentar saja lagi azan asar akan berkumandang. Kami berdua keluar agak pagi kerana tidak mahu pulang hampir maghrib. Kata Ryan, dia mahu aku rehatkan diri sebelum berbincang dengan kedua orang tuanya tentang kami yang ingin melangkah ke alam perkahwinan.
Dia juga akan turut melakukan perkara yang sama dengan kedua orang tua angkatnya yang berada di Malaysia. Dalam jangkaan, mungkin baru esok dia akan ke sana.
"Thanks, Imelda. I harap you tak akan ubah fikiran bila dah sampai rumah nanti. Sejak I sedar yang I ada perasaan istimewa pada you , setiap malam I bangun tahajud. Minta Allah permudahkan segalanya." Senyuman tipis berlagut di bibir merahnya.
"InshaaAllah. Malam ni, I akan cuba minta pertolongan daripada Allah untuk beri I jawapan bagi keputusan yang I dah buat," balasku lembut.
Tidak mahu dia kegusaran atau terlalu berfikir bahawa aku akan mengubah fikiran atas jawapan yang telah diberikan atas lamarannya pagi tadi. Jujur, semua itu memang sudah lama aku impikan dan angankan.
Tapi tidak sangkal langsung bakal terjadi. Hinggakan aku rasa ingin sujud syukur. Bahagia yang terlalu.
Ada sesetengah orang, mereka akan faham betapa gembiranya hati apabila insan yang langsung tidak dijangka bakal menjadi jodohnya akhirnya memeterai sebuah perjanjian untuk ikatan yang halal.
Dan aku, bahagia tidak terkata.
"I bukan nak kahwin dengan you disebabkan I mahukan seorang isteri semata tapi sebenarnya I nak jadi lelaki sebenar. So I hope you tak salah faham, Imelda."
Aku menggeleng perlahan. "Tak. Tak pernah sekali pun I fikir you lelaki begitu. Your actions always prove everything about yourself as a man. I mean, a really good man." Senyum halus dihulurkan buatnya.
Wajahnya turut terlakar riak lega akan bicara yang baru saja dilontarkan olehku sebentar tadi. Sepatutnya dia tidak perlu merasa gusar sedangkan aku sentiasa mempercayainya dalam setiap perkara.
Entah mengapa, setiap kali aku bersamanya tiada langsung rasa ragu dan takut dengannya seperti ketika aku dengan lelaki lain. Dia sentiasa buat aku rasa selamat dan selesa akan tingkah laku dan bicara yang terluncur dari bibirnya. Jikalau Ryan yang aku jumpa beberapa tahun lalu, amat menyeramkan dan menakutkan bagi aku tapi sekarang semuanya seakan berubah. Dan aku sukakan akan perubahan yang dilakukan olehnya.
I can't stop loving him. Not even a second. And not even a minute.
Barangkali memang ada benarnya cinta itu ialah suatu perkara yang memelikkan.
"Okaylah. Dah lewat dah rasanya ni. You pergi masuk dalam dan nanti bila you dah ready, bincang elok-elok with your parents okay?" ujarnya lembut.
Kepala aku jatuh beberapa kali sambil mata mengerdip lembut. Aku yakin sepenuhnya bahawa kedua orang tua aku akan menerima Ryan Darren atau nama islamnya, Haz Malique sebagai menantu kedua mereka dalam keluarga kami. Mereka sudah mengenali Ryan jadi tiada apa yang perlu diragukan lagi.
YOU ARE READING
Ryan's Queen | BAKAL TERBIT
Romance[COMPLETED] 2nd story Song: Setia by Elizabeth Tan ft Faizal Tahir Tidak saling mengenali. Tidak juga saling mengetahui akan kewujudan masing-masing. Namun disebabkan sebuah konsentrasi, buatkan mereka bertemu secara realiti. Hingga berjaya mencamba...