BAB 19 RYAN'S QUEEN

12K 542 29
                                    

TAS tangan Charles and Keith merah jambu dicapai dari rak beg tangan yang tersusunnya koleksi beg tangan dari pelbagai jenama terkemuka. Jam tangan jenama Casio hitam yang halus dipakai ke pergelangan tangan kanan.

Lantaran itu, dipandang pantulan diri dalam cermin yang memperagakan satin dress berwarna cream tidak berlengan yang disarung blazer setona dengannya di luar.

Spontan bibir melakar senyum lebar. I look so expensive. As usual.

Kaki jinjang berjalan menuruni tangga dan seperti biasa, setiap kali aku keluar dengan Ryan. Lelaki itu sudah menanti di ruang tamu rumah. Jelaslah bahawa seluruh ahli keluarga aku tahu tentang dia sebagai...

Teman?

Sebaik saja dia melihat aku, lekas saja aku dihampirinya dengan senyum manis terlukis di bibir merahnya. Sejenak, aku tilik pakaian.

Kemeja sedondon dengan aku yang dibiar lepas di luar dipadankan dengan loose pants yang sesuai dengan warna baju yang dipakai. Tampan dan kemas seperti selalu. Haruman Dior Sauvage yang dipakainya memasuki rongga hidungku dek jurang antara kami yang agak rapat.

"Gosh... You are breathtaking, Imelda."

Sinar yang terpancar di matanya dapat aku lihat. Keterujaan jelas terpapar di seraut wajah tampan itu.

Pipi aku membentuk lekuk senyum. Gembira. Teruja dan jantung juga bagai nak gila tatkala dipuji oleh pujaan hati. Tidak. Dia bukan sekadar teman aku lagi. Tapi definisi kebahagiaan buat seorang perempuan seperti aku yang sering menyalahi lelaki atas semua perkara. Ryan berjaya mengubah perspektif aku pada kaum Adam di masa kini.

"Thank you, handsome man." Aku berjalan melepasinya untuk ke dapur. Ingin salam dan meminta diri pada mama dulu sebelum keluar.

Usai itu, kenderaan pacuan empat roda milik Ryan meluncur keluar dari perkarangan rumah kedua orang tua aku.

"Kita nak pergi mana hari ni?" soalku membuka bicara.

Baru saja seminggu kami tidak bertemu setelah hari terakhir kami keluar berdua dan cuba saling mengenali sifat dan tentang diri sendiri yang sebenar. Aku ceritakan semuanya yang Ryan ajukan mengikut pertanyaannya dan dia juga melakukan hal yang sama ketika aku menyoalnya tentang dirinya yang masih belum aku ketahui.

"Today, is the day I am gonna make you mine. Like really mine."

Aku menggarit kening tanda tidak faham. "What do you mean?"

"Just wait and see." katanya dengan senyuman penuh makna.

Make me yours?

Jangan cakap dia nak lamar aku? Sebab biasanya orang kalau nak melamar, dia akan buat kejutan dan tidak akan beritahu jika dia ingin melakukannya. Tapi Ryan? Ayatnya itu bermaksud dia mahu melamar aku, bukan?

Akal sudah ditujah dengan pelbagai persoalan tapi mulut tetap tidak mahu bersuara dan memilih untuk diam dan menanti saja. Pasti aku akan tahu juga nanti. Namun, jikalau benar. Aku sudah bersedia.

TIDAK pasti seberapa lama perjalanan yang diambil tapi sepanjang perjalanan, mata aku hanya segar sahaja. Begitu teruja dan tidak sabar untuk mengetahui tempat yang mahu dibawa oleh Ryan. Hingga akhirnya kereta dihentikan di hadapan sebuah kawasan yang tidak begitu familiar buat aku. Tapi tidak pernah pula aku ke sini.

"Kita dah sampai." Sebaris ayat itu berjaya mengalihkan pandangan aku ke sekeliling. Suasana agak cerah bermakna ia di tempat terbuka tetapi mengapa seakan kami berada di...

Lekas aku menoleh ke arah Ryan di sebelah yang masih diam membisu sambil berkerut dahi.

"A library? Seriously, Haz?"

"Well, there is a girl named Natalia Imelda who loves books so much. Her love for books is infinity. And she always used to had a dream to have a partner or friends that can bring her to a library and have a library date together. So here I am, Haz Malique try to make her dream come true."

Bibirku mula melengkung ke bawah dengan mata yang hampir saja mahu berkaca. Perlahan-lahan cebikan dek kerana rasa terharu tadi berubah kepada senyuman paling lebar. Seolah terharu akan bicara dan sangkalnya tentang diri aku. Dia tahu bahawa aku sukakan buku. Kerap kali aku berkata bahawa cinta aku akan buku tidak terkira dan tidak akan ada pengakhirannya.

Tapi tidak langsung aku jangka bahawa dia akan menjadikan angan-angan ini sebuah kenyataan. Mungkin ianya biasa bagi orang lain. Tapi bagi seorang gadis yang tidak pernah didekati mana-mana lelaki seperti aku ini, memang terasa mimpi saja apabila semua ini ialah sebuah realiti.

"Don't cry, Imelda. I still have another surprise for you. Specially for you," katanya sebelum membongkokkan sikit tubuh untuk mengambil barang di tempat duduk belakang.

"Here it is."

Sebaik balik pada kedudukan asal, aku melihat sebuah bantal sebesar tapak tangannya yang berbentuk kotak cincin berwarna merah jambu.

"Apa ni?"

"Buka." Bantal yang hampir sebesar tapak tangannya itu dihulurkan kepadaku.

Ada zip di tepinya lalu aku tarik hingga terbuka sepenuhnya. Angkat saja bahagian atas, aku terkelu. Ada sebutir cincin permata yang bersinar.

"A promise ring that I will make you mine before I akan pergi sendiri dengan keluarga angkat I untuk masuk meminang you. Keep it and please wear this as long as I am still beside you, babygirl."

Sejenak, dia bergerak sedikit ke tempat duduk penumpang di belakang sekali lagi untuk mengambil sesuatu. Apa lagi ni, Ryan?

"And this is a bouquet of white roses symbolize my loyalty and purity of loving you, Natalia Imelda." Mata kami bersabung buat satu sama lain.

Aku dengan tubir mata yang sudah hangat dan tinggal masa saja untuk menumpahkan isi dan dia dengan tatapan lunaknya yang sarat dengan pelbagai rasa yang ikhlas dari hati.

"There are many ways to be happy in this life, but the only happiness I really need is you. So, Natalia Imelda binti Dato' Naeshar. Will you accept me to be your first and last husband until our last breath?"

Sungguh aku tidak sangka langsung akan dilamar olehnya di keadaan begini dan tempat yang sebegini. Semua ini hanya membuatkan perasaan sayang dan cinta aku buatnya makin bercambah.

Jejaka yang aku impikan dan minati serta boleh dikatakan obsesi selama ini melamar aku untuk menjadi pasangan hidupnya. Secara nyata. Ini semua bukan mimpi sama sekali.

"Yes."

Riak wajahnya terus tampak bercahaya. Matanya juga bersinar bak mutiara. Mulutnya tersengih lebar hingga menampakkan barisan giginya. Jelas terpancar kegembiraan.

"Yes?!"

Aku mengangguk beberapa kali sambil senyum melangut di bibir.

Lantas dia mengucap syukur sambil meraup wajah. Berkali-kali dia berterima kasih kepada yang Maha Esa.

Sejurus itu juga air mataku mula mengalir setitik demi setitik. Sangkaan aku yang ingin membujang hingga ke tua meleset sama sekali. Tuhan telah hantar seseorang untuk aku yang aku sendiri tidak sangkal bakal ditakdirkan buatku.

Dalam hati juga, aku mengucap rasa syukur kepada-Nya. Bagi aku, ini ialah sebuah rezeki. Kerana diberikan lelaki yang bukan saja mencintai aku tetapi juga yang aku cintai. Maka dengan ini, aku berjanji untuk tidak persiakan pemberian dan hadiah terindah yang pernah terjadi di dalam hidup aku ini hingga terhentinya nafas aku.

Ryan's Queen | BAKAL TERBITWhere stories live. Discover now