AKU melabuhkan duduk di sebuah bangku besi di pinggir kolam renang. Mata aku tertancap pada sang suami yang sedang berenang di dalam sana dengan hanya berseluar renangnya.
Terselit sedikit rasa cemburu padanya kerana sewaktu aku masih belum disahkan mengandung dulu, kebiasaanya aku yang paling rajin berenang di kolam renang ini berbanding Haz.
Dia jarang kerana sibuk dengan kedua-dua kerjanya walau sentiasa berada di rumah saja. Mana tidaknya?
Sebagai penulis, dia harus sentiasa rajin aktif menghasilkan karya baharu. Tidak kira fizikal atau digital.
Sebagai content creator pula, semestinya dia harus kekal aktif di youtube untuk berkongsikan video yang terbaharu hari demi hari.
Itulah sumber pendapatannya untuk menyara aku. Biarpun bila difikirkan balik. Adakah logik untuk dia menyara aku dengan dua kerja itu, tetapi dia mampu membuktikannya.
Semuanya harus bertemankan dengan doa, usaha, kepercayaan pada diri dan Sang Pencipta serta tidak mudah putus asa. Mental dan fizikal juga harus sentiasa kuat.
Sungguhlah, suami aku seorang yang cerdas. Sesuai dengan gelaran yang diberikan buatnya. Pejuang yang cerdas, licik dan cerdik.
"Sayang.."
Aku menyeru lembut Haz yang masih dengan aktivitinya itu.
Baru kali ini, kepalanya yang sudah basah itu terjengul dari kolam. Kedua belah tangan bertahan pada sisi kolam.
"Yes?"
"Kita bercuti dekat Malaysia, nak? I rindu nak rasa suasana dekat sana macam masa I kecil dulu."
Haz menggarit kening.
"Buat apa?"
"Jalan-jalan saja."
"Negeri mana?"
"KL saja."
"Bahaya. Ramai orang. You dah lah mengandung."
Haz mula naik ke darat lalu mencapai tualanya yang tersangkut di kerusi di sebelah aku. Rambutnya mula dilap.
"Alah. Bukannya I nak pergi tempat yang sampai tak boleh nak bernafas. Sekejap-sekejap saja. Selepas itu, pergilah tempat yang lapang sikit. Please, darling.."
Rayuku sambil mengerdipkan mata buat beberapa kali. Meminta simpati darinya. Mengharapkan semoga dia bersetuju. Kehendak ibu mengandung, haruslah dituruti.
"Sorry but the answer still no."
Mulalah aku mencebik bibir. Cuba menahan tangis dari terhambur keluar.
"Okay."
Lantas, aku bangun untuk berlalu dari situ. Mahu ubat hati yang penuh dengan kekecewaan dengan makan manisan. Nak pergi KL saja pun! Belum aku minta perkara yang pelik-pelik lagi. Benci betul lah!
Sampai saja di dapur, coklat dari dalam peti dicapai lalu bungkusannya yang masih belum dibuka itu, dikoyakkan perlahan-lahan.
Baru saja aku mahu menyuapnya ke dalam mulut, tidak semena-mena ianya sudah dirampas terlebih dahulu oleh sepasang tangan kekar yang lain.
Lantaran itu, aku pantas menoleh ke kiri dengan riak wajah tidak puas hati.
"No sweets while pregnant, babygirl."
Aku gigit dinding pipi dari dalam untuk menahan air mata dari keluar namun aku tetap kalah jua. Berjujuran, air mata turun membasahi pipi.
Terhenjut bahu aku sambil menangis sebelum memusingkan tubuh ke belakang dengan hati yang hampa. Tidak dapat pergi ke Malaysia, tidak dapat makan makanan manis pula tu.
YOU ARE READING
Ryan's Queen | BAKAL TERBIT
Romance[COMPLETED] 2nd story Song: Setia by Elizabeth Tan ft Faizal Tahir Tidak saling mengenali. Tidak juga saling mengetahui akan kewujudan masing-masing. Namun disebabkan sebuah konsentrasi, buatkan mereka bertemu secara realiti. Hingga berjaya mencamba...