BAB 40 RYAN'S QUEEN

7.1K 319 6
                                    

POV : Imelda

LUTUT ditarik rapat ke dada. Jujur aku sangat merindukan susuk tubuh itu. Rindu yang kian membelenggu diri ini sudah tidak dapat dibendung lagi. Hari demi hari menahan, makin berat rasanya hinggakan aku tidak berdaya untuk memikulnya lagi.

Namun apakan daya jika susuk tubuh itu juga yang aku lihat sendiri dengan mata kepala aku cuba untuk membunuh aku dan si kecil yang tidak sempat hendak melihat dunia.

Baru saja aku membayangkan detik indah bersama Haz selepas aku tamat pantang nanti. Betapa aku mengharapkan dapat menjaganya dan belajar dari kesilapan lalu perihal menjaga kandungan seterusnya sebaiknya.

Tapi itu semua sudah hancur. Hancur selebur-leburnya.

Sudah genap dua minggu aku hanya menyendiri di dalam bilik. Setiap hari hanya melakukan aktiviti yang sama. Tak ubah persis patung hidup.

Hanya jasad yang bernyawa. Tapi fikiran sudah bertempiaran ke pelbagai perkara hingga kerap mencucuk kepala.

"Melda.."

Kedengaran bunyi ketukan pintu diselangi dengan suara seseorang.

"Along bawakan makanan untuk Lia ni. Mama kata Melda asyik tak makan. Lia sepatutnya sedang berpantang. Bukan dengan mengurungkan diri begini. Mama kena jaga Lia. "

Kepala dijatuhkan ke bantal. Tubuh terasa lesu saja. Suamiku juga tiada melawat aku setelah pertelingkahan antara kami terjadi.

"Lia tak lapar."

"Bukalah pintu, Lia. Along datang ni. Bukan senang tau along nak balik semata sebab Lia. Sekejap lagi along kena cari baju nikah dengan Afiyah. Majlis kami dah nak dekat. Lia memang tak nak jumpa along juga ke?"

Jarang kali along bersuara begitu lembut dengan aku. Sedangkan selama ini selalu kasar saja.

Dengan langkah yang berat, aku dekati pintu lalu dibukanya untuk berikan along masuk. Lalu, aku berjalan ke katil semula.

Along meletakkan dulang berisi makanan berpantang ke atas meja kerja aku.

"Bangunlah. Makan." Pujuknya.

"Lia tak nak."

"Lia tak nak, along tak akan datang sini lagi jumpa Lia. Nak?"

Bola mata diputarkan dan aku mendengus kasar. Mulalah dia mengugut pula.

Lantaran itu, aku bingkas bangun dan mengorak langkah ke pintu. Dibuka buatnya dan membiarkan dia masuk.

Along masuk dan letakkan dulang yang mempunyai makanan ke atas meja belajar aku.

"Sini, makan. Nanti suap dekat katil, jatuh pula atas cadar." Arahnya tegas.

Aku merengus kasar. "Orang dah cakap tak nak. Tak payah paksa lah."

"Makan, Lia. Jangan sampai along panggil Haz balik sini semula."

Along tahu aku sendiri yang menghalau Haz pulang ke rumah kami semula dan tidak tinggal di sini.

"Tak payahlah."

"Jadi, makan. Cepat."

"Tak nak!"

"Okay. Along call-"

"Ye, ye orang makanlah ni." Bingkas aku bangun dari duduk dan berjalan pantas ke meja belajar.

"Good. Kejap lagi along naik semula bawa turun."

Baru saja along ingin melangkah pergi, aku lebih pantas menahan lengannya.

Along jongketkan kening.

"Betul ke Haz dah balik? Dia tak ada kan?" Soalku.

"Dia ada dalam bilik along. "

Terus aku tayang wajah tidak puas hati.
Menggarit kening.

"Dah kenapa pula?"

"Along sunyi. Ada teman barulah-"

Pap!

Laju saja tangan aku menampar lengannya. Suka sangat main-main.

"Elok-elok lah! Along ni suka sangat main-main."

"Betul lah. Dah kau tak nak dia tidur dengan kau, dia tidurlah dengan along." Sengihan nakal terlakar di wajahnya.

"Tak boleh! Itu suami Lia. "

Keningnya terjongket sembari mulut terlopong.

"Cemburu?"

Perlahan-lahan aku kalihkan wajah ke makanan di depan mata semula.

"Kenapa pula?"

"Eleh. Tak nak mengaku." Pipiku dicuitnya berkali-kali.

Ditepis kasar tangan itu menjauh. Rimas!

"Yelah. Nanti along suruh dia letak barang dia dalam bilik ni. Isteri mana saja yang dapat berjauh dengan suami yang dia sayang sangat. Sampai nak lawat mama dan papa pun lupa. Sibuk sangat spend time bersama."

Kedua belah tangan ditekapkan rapat ke telinga dan mata dipejamkan. Sakit telinga mendengar usikannya yang tidak henti itu.

"Stop, along. Jangan sampai Lia tendang along. Teruk nanti."

"Along gurau jelah. Dia dah balik."

Sontak, tangan aku jatuh ke sisi. Wajah along dipandang semula.

"Betul?"

Kepalanya jatuh sekali.

"Betul. Demi Allah along tak tipu. Lepas kau halau dia tadi, dia terus balik."

Bibirku mencebik. Dinding pipi digigit dari dalam.

Makanan dipandang semula sebelum aku menyuap nasi dan potongan ikan tongkol ke dalam mulut. Makanan ibu berpantang.

Sedihnya berpantang tanpa anak, Ya Allah. Masih terasa lagi ada insan sedang bernyawa di dalam rahimku. Rindunya.

"Nampak sangat dia tak sayang Lia betul-betul kan? Dulu, masa orang merajuk dengan dia sebelum kahwin pun begini juga. Tak datang pujuk pun." Ujarku.

Along berdecak. "Sumpahlah, Lia? Dia turun dengan mata sembap teruk pun kau masih tuduh dia tak sayang kau? Aku pun tak pernah nangis sebegitu teruk selepas dihalau oleh wanita paling aku sayang tau. Bukan semua lelaki begitu. Apa yang buta sangat kau ni?" Intonasi suaranya tidak puas hati.

"Dulu, sebelum kahwin kau buat hidung dia berdarah. Ada dia marah kau? Ada dia jerkah, tengking, merajuk dengan kau? Dia tetap bersabar, Lia. Lelaki macam dia tu, aku selalu fikir tak wujud dah zaman sekarang ni. But he prove me wrong." sambungnya.

Nafasnya dihela kuat.

"Bersyukurlah, Lia. Jangan sampai Tuhan tarik dia daripada kau. Itu, baru yang aku nampak. Yang aku tak nampak? Entah dah berapa banyak kali dia bersabar dengan perangai red flag kau ni."

Bahu kanan aku rasa disentuh olehnya.

"Along tak nak kau menyesal kelak hari. Dalam hubungan ni kena ada tolak ansur, saling mempercayai dan jangan dijunjung tinggi sangat ego tu. Ingat tu."

Selepas itu, aku merasakan figura along sudah berlalu keluar dari bilik.

Malah aku di sini, masih diam terkaku. Cuba untuk mencerna segala yang dikatakan oleh along sebentar tadi.

Benarlah hanya Haz saja yang kerap bersabar dan melayan segala karenah aku. Tidak pernah sekali pun dia memarahi mahupun menyalahi aku.

Baginya, aku sentiasa betul kerana aku perempuan. Tapi dia silap. Tidak setiap masa perempuan betul.

Keluhan berat dilepaskan. Sukarnya mahu membuat keputusan. Kelemahan aku juga sukar untuk membuat keputusan.

Aku buntu!

Ryan's Queen | BAKAL TERBITWhere stories live. Discover now