BAB 26 RYAN'S QUEEN

9.5K 435 1
                                    

SUDAH seminggu kami berumah tangga. Syukur masih tiada sebarang masalah yang datang ke dalam rumah tangga kami berdua setakat ini. Barangkali, masih awal dan dalam fasa berseronok. Tapi untuk minggu dan bulan yang akan datang? Semoga kami berdua bersedia dan mampu untuk mengharungi segala cabaran selepas berkahwin ini. 

Hari ini ialah hari Sabtu. Kafe aku hanya cuti pada hari Ahad dan Rabu sahaja bermakna kafe dibuka pada hari ini seperti biasa. Tapi sebagai seorang pengurus kafe tersebut, aku mahu ajak Haz melakukan aktiviti di gim bersama. Jadi, aku tidak ke kafe pada hari ini. Seperti biasa, aku hanya akan menjejakkan kaki ke sana ketika aku bosan atau jika berlakunya sebarang masalah saja. Sudah lama tidak melakukan senaman di gim.

"Sayang, you ada nampak tak jogger pants I yang warna hitam tu?" sapa Haz dari bilik persalinan.

Aku yang tadinya bersiap di depan cermin, melangkah masuk ke dalam bilik persalinan. Kelihatan, dia sedang sibuk mencari.

"Ada. I basuh semalam. You tak ada seluar lain ke?" 

Dia bangun berdiri sambil bercekak pinggang. Nafasnya dihela. Tampak agak lelah mencari mungkin. Tak akanlah satu itu saja seluar panjang sukannya yang di ada. Barangkali hanya itu saja yang selesa dipakainya ketika melakukan senaman.

"Ada, tapi seluar biasa jelah. Seluar sukan panjang satu tu je. Yang lain, semua pendek." Bibir bawahnya digigit.

"Gim kat rumah ajelah. You pakailah seluar pendek pun," utusku sebelum memusingkan tubuh untuk ke kamar tidur.

Takkanlah mahu biarkan dia pakai seluar pendek di luar pula. Bukannya aku tidak tahu seluar pendek dia tu atas lutut. Pusat gimnasium yang bakal kami pergi ini juga ialah yang sering kami pergi ketika sebelum berkahwin dulu. Jadi, sudah tentunya ada kaum wanita juga di situ.

Bukannya tak ada gimnasium di rumah ini. Sebelum kahwin lagi aku sudah memberitahu Haz tentang rumah idamanku bagaimana dan harus seperti yang kehendak aku. Cumanya hari ini, sajalah aku mahu pergi pusat gimnasium di luar kerana saja mahu menghirup udara luar kononnya.

"Alright. Let's go."

Aku menoleh ke arah suara tersebut. Namun sekejap saja mataku membundar dek kerana terkejut melihat penampilannya ketika ini. Benar mengejutkan aku.

"Hey! Mana baju?!" soalku dengan frekuensi suara yang agak tinggi. Persis si ibu yang sedang memarahi si anak.

Melihat dia yang hanya berseluar pendek dengan bahagian atas didedahkan. Menyerlahkan lekuk tubuh kekarnya yang sempurna dan otot yang terbentuk elok itu. Bukannya aku tidak biasa, tapi...

"Macamlah tak biasa. Jomlah. Let's work out together, my babygirl." Kaki jinjangnya terus berjalan meninggalkan aku seorang diri yang masih tercengan di kamar tidur kami.

Aku menghembus cuba menjujut nafas sebanyak yang mungkin seolah sedang mencari ketenangan yang masih bersisa. Ketenangan yang diperlukan ketika sedang berhadapan dengan seorang Haz yang kuat menyakat dan adakalanya agak merenyam semacam.

Ikut mood dialah dan aku saja mangsanya.

Lantas, aku bawa langkah ke bilik gim di tingkat atas. Rumah ini ada tiga tingkat iaitu tingkat kedua hanya mempunyai kamar tidur dan kamar mandi saja manakala tingkat tiga ialah pelbagai jenis bilik khas seperti bilik gim, bilik menulis untuk Haz dan juga bilik yang masih kosong. Rancangnya, ingin jadikan bilik itu sebagai tempat untuk bakal anak-anak kami nanti main permainan dalaman.

Sebaik tiba saja di tempat yang ditujui aku tadi, kornea mata aku terus disantap dengan batang tubuh tegap suamiku yang sedang menggunakan rowing machine di suatu sudut bilik.

Ryan's Queen | BAKAL TERBITWhere stories live. Discover now