there is no end to love, because love that ended was not a true love.
POV: Natalia Imelda
TANGANKU naik menyentuh kaca yang menjadi penghadang antara aku dan suamiku itu. Mata yang sudah tidak dapat ditahan lagi ingin menumpahkan isi, keluar juga.
"Kenapa suami Imelda makin kurus ni? Abang tak makan ke?"
Aku memandang susuk tubuhnya yang kelihatan semakin kurus itu. Tidak setegap yang dulu. Seperti yang aku dambakan dan gila bayang setiap hari.
Dengan mata yang sembap dan tampak kuyu itu, Haz menarik senyum halus buatku.
"Abang tak lalu makan, sayang. Lagipun, masa abang untuk bernafas di dunia ni pun dah tak panjang."
"Imelda tunggu abang." Pintasku laju.
"Jangan tunggu, sayang. Abang tak akan balik semula."
Tidak dia ketahui bahawa ayatnya itu hanya menambahkan nanah saja di hatiku. Betapa sakit dan terseksanya aku rasai apabila perlu menghadapi semua ini.
"Tak. Abang kena balik." Bahuku terhinggut kecil.
Tapak tangannya naik menyentuh penghadang lut sinar itu.
"Jangan banyak sangat menangis. Tak elok untuk kesihatan. " nasihatnya.
"Imelda nak ikut abang. Tolong bawa Imela masuk juga-"
Laju kepalanya menggeleng seraya memintas bicaraku.
"Berhenti, Imelda. Jangan cakap perkara yang tak masuk akal. Tak elok. Imelda tolong teruskan saja hidup selagi belum dipanggil. Demi abang. Okay?"
"Imelda tak kuat."
"Tak. Abang yakin Imelda kuat. Because you are my wife. You are belong to a strong man like me. And I know my wife is strong."
"Abang, baliklah." Rayuku. Seoalah perkara itu tidak mustahil.
Mataku terarah kepada pegawai polis yang turut berada di situ.
"Tuan, tolong lepaskan suami saya. Dia tak bersalah. Dia hanya dijadikan mangsa. Dia tiada niat pun nak bunuh abang kandung dia, Tuan. Tolonglah, Tuan lepaskan suami saya."
"Imelda.. Sayang.. Jangan begini. Kita tiada bukti dan sebab yang kukuh. Semuanya dah tak boleh diubah lagi dah." Pintas Haz.
Anak mataku kembali jatuh kepadanya. Merenungnya penuh simpati. Mengapa semua ini harus terjadi?
"Abang ada Qayyum. Qayyum ada. Dia boleh-"
"Imelda, listen. Abang dah bunuh Rayden. Ada saksi, sayang."
Bibirku terkunci saat mendengarkan kenyataan tersebut.
Aku harus sedar tentang satu perkara iaitu biarpun masih ada Qayyum yang boleh membantuku untuk mencari penyebab Haz bertindak segila itu, tapi ianya tetap tidak dapat mengubah hukuman yang perlu dijatuhkan kepada Haz.
"Tak boleh ke diringankan hukuman? Penjara bertahun atau kena bayar seberapa banyak pun Imelda sanggup asalkan abang akan tetap hidup dengan Imelda."
Aku masih tidak berputus asa mencuba dan terus mencuba.
Hati dan sanubari wanitaku merayu mahukan Haz kembali. Suamiku.
Mahu hidup bersamanya hingga ke anak cucu. Bahagia bersama dengan gelak tawa melayan telatah si kecil yang bakal terwujud buat kami.
Bukan perkara seperti ini yang aku minta untuk terjadi.
"Kadang hati itu harus ikhlas menerima sesuatu yang telah ditetapkan. You are not alone, sayang." Suara maskulinnya menyentakkan aku kembali ke realiti semula.
YOU ARE READING
Ryan's Queen | BAKAL TERBIT
Romance[COMPLETED] 2nd story Song: Setia by Elizabeth Tan ft Faizal Tahir Tidak saling mengenali. Tidak juga saling mengetahui akan kewujudan masing-masing. Namun disebabkan sebuah konsentrasi, buatkan mereka bertemu secara realiti. Hingga berjaya mencamba...