BAB 39 RYAN'S QUEEN

6.4K 312 6
                                    

SEPI mengisi ruang antara kami. Walau jasad sang isteri masih di sisi, tapi entah mengapa aku masih terasa sunyi. Suara dan tingkah lakunya yang aku rindukan. Senyumannya disebabkan aku dulu.

"Sayang.. You know how much I miss you. Balik pada abang? I can explain you everyhing."

Sedaya upaya aku cuba untuk memujuknya sambil berdiri di belakangnya yang sibuk membelek koleksi novel simpanannya di rak buku dalam biliknya itu.

Kewujudan aku disitu seakan tidak diendahkan olehnya. Tidak sedikit pun dia berkalih ke arah aku. Sebarang tindak balas juga tidak diberikan.

"Imelda.. Abang sedang bercakap dengan Melda ni. Look at me."

"Kau yang nak bercakap dengan aku. Kenapa aku perlu pandang kau?" Bidasnya.

Nafas ditarik dalam bagi mengumpul kesabaran di dada agar terus kuat.

Sudah aku berjanji dengan diri dan kedua orang tuanya bahawa aku tidak akan sesekali berkasar dengannya tidak kira dari segi tutur kata atau kelakuan. Masih aku pegang janji itu hingga ke hari ini.

"Pergi balik. Bukti dah ada. Aku akan bawa ini ke mahkamah dan-"

Bicaranya tergantung apabila aku terlebih dahulu mencantas.

"Melda tak boleh buat abang begini, sayang. Dah banyak kali abang cakap itu bukan abang. Tolong beri abang masa untuk buktikan." Nada suaraku cuba dikawal sebaik mungkin.

Imelda memusingkan tubuh menghadap aku dengan wajah dinginnya.

"Berapa lama lagi masa aku perlu beri? Kerja kotor yang kau buat belakang aku pun masih belum cukup buktinya. Inikan pula rakaman yang jelas ada wajah kau, Haz. Jelas itu kau! Kau cuba untuk bunuh aku!" Tempelaknya garang.

"Imelda. Fikir betul-betul. Fikir logik atas sebab apa abang nak bunuh isteri dan anak abang sendiri? Kalau betul abang nak bunuh, abang dah buat sebelum bayi itu ada dalam rahim Imelda lagi. Abang tak akan bunuh insan yang tak bersalah, yang tak berdosa."

Aku menghela nafas kasar.

Penat dengan satu demi satu ujian yang melanda diri. Tapi aku tahu semua ini membuktikan bahawa Tuhan masih mengingati dan menyayangi aku sebagai hamba-Nya.

"Tolonglah jangan bertindak melulu. Selagi kita boleh perbaiki rumah tangga kita, kita usaha. Abang. Abang akan usahakan. You just rest and abang akan selalu doakan kesihatan dan kesembuhan sayang. Melda dah terlalu banyak terseksa. Jadi abang janji akan bertanggungjawab."

Keheningan memenuhi ruang. Matanya menatap dalam anak mata aku dengan pandangan yang sarat dengan pelbagai rasa.

Perlahan, aku dapat lihat kolam matanya berair. Panahan matanya kian lembut. Selembut sutera.

"Tolong.. Tolong buktikan pada aku secepatnya sebelum aku berubah hati. Sakit, Haz. Aku tak sangka begini terseksanya aku rasa selepas menjadi isteri kau untuk tempoh tidak sampai setahun pun lagi."

Akhirnya cecair jernih miliknya yang paling benci aku lihat itu, merembes keluar juga. Dari setitik, mula makin banjir. Hingga mampu menerbitkan tusukan tajam ke dalam hatiku.

Pedihnya dia, aku terasa.

Sakitnya dia, aku turut sama.

Terseksanya dia, jiwa aku meronta ingin lepaskan segala bebannya.

"Abang akan balik sini semula bila semuanya sedia untuk dibentang luas buat Melda. Abang tak akan putus asa untuk kembalikan satu-satunya isteri abang." Tekadku.

Air mata di pipiku, dikesat sebelum aku mara ke arahnya.

Lekas Imelda mengundur ke belakang hingga akhirnya tubuhnya tersandar ke rak buku.

"Dont touch me." Dia memberi amaran dengan panahan tajamnya.

"I wont, darling. Abang cuma nak kesat air mata, Melda. I dont wanna see your tears."

Lantaran itu, sapu tangan di dalam kocek seluar aku dikeluarkan sebelum dilalukan pada pipinya. Dikesat lembut air mata miilik wanita itu.

Bibirku mengukir senyum tipis. Berat ingin pergi tapi dia juga yang pohonkan semua ini. Dan aku harus menurut juga.

"Izinkan abang kucup Melda sebelum abang pergi."

Imelda memutarkan bola mata. Dengusan kasar dilepaskan.

"Bukannya kita nak bercerai pun."

Tanpa membalas katanya, bibirku dilabuhkan pada dahinya. Lama. Terpejam mataku bagi mengumpul segala kekuatan yang bersisa.

Aku harus kuat demi pertahankan hubungan yang telah terbina ini. Kerana tidak akan sesekali aku meleraikannya. Akan aku jaga hingga selamanya.

Aku orangnya menepati janji. Jadi harusku pegang hingga berhentinya nadi ini. Dan apabila tidak berdetak lagi jantungku ini.

Kucupan dileraikan. Ingin sekali aku mengusap wajah itu tapi tidak diizinkan empunya badan. Jadi aku hanya mampu pamit diri saja dari sini.

Tubuh diundurkan ke belakang.

"Abang balik dulu. Abang janji akan kembali semula ke sini bila abang dah ada semua bukti. Assalamualaikum."

Aku mula mengorak langkah ke tingkat bawah. Semua orang sudah kecewa terhadap aku termasuk mertuaku sekali.

Tuhan, seberat apakah dugaan yang harus aku tempuhi ini?

"Haz.."

Kepala didongakkan sebaik mendengar namaku diseru.

"Ya, ma?"

"Mama minta maaf tentang tadi. Mama rasa berbelah bahagi. Mama percayakan menantu mama seorang ni. Tapi tolong, selamatkan hubungan kamu berdua. Mama sentiasa doakan." Bahuku diusap kasih.

Diri cuba dikuatkan untuk mengukir senyum tipis. Seperti yang digalakkan oleh Rasulallah. Tersenyumlah walau seberat apapun ujian yang mendatangimu dan sesakit apapun kamu rasai.

"InshaaAllah, ma. Walau Haz dah tak ada orang untuk minta tolong, Haz masih akan berusaha bertemankan Allah di sisi. Haz tahu ini tanda Dia masih ingat Haz. Maafkan Haz sebab dah kecewakan mama. Walau jujur, Haz tak ada sekelumit pun rasa dan niat untuk menyakiti puteri bongsu mama."

Nafas berat dihela seketika. Air mata yang ingin gugur buat kesekian kalinya cuba ditahan. Sudah lama aku tidak menangis seteruk ini setelah arwah kedua orang tua aku pergi.

"Tiada sebab untuk Haz bunuh permata Haz sendiri. Dan tiada dendam pun yang tersimpan di dada buat permata Haz sendiri. Mungkin gerangan insan dalam rakaman itu, menyerupai Haz. Atau-"

"Haz sebenarnya ada kembar?" Cantasnya.

Riak wajahku berubah drastik. Halkum bergerak sekali sebelum laju aku menggeleng.

Sama juga seperti Imelda yang berfikir bahawa aku mempunyai kembar seiras. Mustahil! Di hari pengebumian kedua orang tua kandung aku pun, hanya aku dan saudara-mara yang lain saja ada.

Aku tiada adik beradik lain.

"Tak.. Haz tak ada kembar. Haz yakin. Arwah parents kandung Haz besarkan Haz seorang saja. Haz anak tunggal. I dont have siblings, ma. I am so sure about that."

Mama senyum kelat dan mengangguk sekali. Tangannya dijatuhkan dari bahuku ke sisi.

"Yalah. Haz tak stay sini ke dengan Melda?"

Kepala digelengkan.

"Tak. Melda tak izinkan. Tak apalah. Haz balik dulu. Haz kena cari bukti secukupnya sampai isteri Haz balik pada Haz semula. Haz janji."

Ryan's Queen | BAKAL TERBITWhere stories live. Discover now