POV : Natalia Imelda
GAMBAR arwah Haz di dalam bingkar diusap lembut. Jari-jemariku turun dari rambut, ke dahi, hidung mancungnya yang terletak elok. Jatuh ke mata, dan akhir sekali bibir. Walau hanya dalam bentuk gambar, kekacakannya tetap terserlah.
Hari ini, sudah genap dua tahun pemergiannya. Dia digantung sampai mati atas kerana perbuatannya. Mengikut hukum Qisas yang telah dikenakan ke atasnya. Iaitu hukuman yang dibalas sama dengan kesalahan yang telah dilakukan. Bermakna, membunuh dibalas bunuh.
Begitu pantas sekali masa berlalu dan sudah pelbagai perkara yang berlaku kepadaku sepanjang pemergiannya.
"I miss my Ryan.." tetap jua sebaris nama itu yang meniti di bibir.
Cecair jernih mula bertakung di pelupuk mata. Kenangan manisku bersamanya, tidak akan sekali aku lupakan.
Anak mataku jatuh ke perut sendiri yang sudah kian membesar. Diusap lembut kandungan dengan senyuman lembut diukir.
"Please dont leave me, son."
Bisikan perlahanku buat si kecil dibalas dengan tendangan. Berkerut sedikit wajah menahan rasa senak yang menjalar di tubuh.
"Umi Ayyan okay?"
Tiba-tiba suara maskulin mengehentam gegendang telinga.
Lantas, aku mendongak sedikit untuk memandang empunya suara. Senyum halus bergayutan di bibir tatkala melihat dia sedap mengelap rambut dengan tuala kecil usai mandi.
Sebaik saja dinikahinya, aku terus dibawa berpindah ke Malaysia. Menetap disini kerana di sinilah tempat dia dilahirkan dan dibesarkan. Jadi, selaku seorang isteri yang mematuhi permintaan sang suami, aku hanya mengikut saja.
"Okay."
"Just let me know if you are not. I can work from home."
"No, hubby. I am really okay."
Wajah tampan berkulit sawo matang itu ditatap penuh minat. Lelaki yang Tuhan pertemukan dan takdirkan buatku selepas pemergian Haz.
Jujur, hati ini sangat sukar untuk menerimanya di awal pertemuan tapi tatkala dia serius menyatakan hasratnya untuk menikahi aku setahun selepas pemergian Haz, akhirnya Tuhan bukakan hatiku untuk menerima lelaki kiriman-Nya.
Mohd. Affan Hayder.
Nama seindah rupa. Hati semulia peribadinya. Tutur kata sentiasa beradab. Mengingatkan aku kepada arwah suamiku.
"Abang dah sediakan sarapan sebelum subuh tadi. Nanti Lia nak makan, panaskan saja, ya? "
Affan mendekati aku lalu kucupan hangat dilabuhkan ke dahiku. Terpejam mataku menerima sentuhan hangatnya itu.
Senyum kecil terlakar seraya membalas tatapan lunaknya. Dia tidak mengungkapkan kata cinta semata tetapi membuktikannya melalui tingkah laku dan perbuatannya.
"Abang pergi kerja dulu. Nanti umi datang ke sini temankan Lia macam biasa," pesannya seraya memelukku.
Setelah pelukan dileraikan, Affan mengucup setiap inci wajahku sebelum turun ke perutku. Tapak tangan kasarnya yang besar itu mengusap kasih di situ.
"Dont hurt my wife, my little boy," pesannya pada si kecil.
Tawa kecilku terletus. Rambut lebatnya diusap. Dongak saja kepala, dia tegakkan tubuh sebelum menghulurkan tangan kanannya untuk disalam.
Belakang tapak tangannya dikucup hormat.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam."
YOU ARE READING
Ryan's Queen | BAKAL TERBIT
Romance[COMPLETED] 2nd story Song: Setia by Elizabeth Tan ft Faizal Tahir Tidak saling mengenali. Tidak juga saling mengetahui akan kewujudan masing-masing. Namun disebabkan sebuah konsentrasi, buatkan mereka bertemu secara realiti. Hingga berjaya mencamba...