BAB 16 RYAN'S QUEEN

13.4K 566 19
                                    

MAKIN kuat aku pulas lengannya yang sudah sedia berbelit tadi. Sekali lagi jeritan sengaunya bergema tapi pantas aku tekup dengan kain yang diambil dari poket baju yang dipakai.

Lalu sekelip mata semuanya senyap dan sunyi. Tiada lagi bunyi jeritan atau rayuan minta dilepaskan. Tubuh itu lemah dan lembik dalam pegangan aku. Sudah ingin rebah. Kemudian, aku bawa tubuhnya hingga tiba di kawasan yang agak tertutup. Tiada siapa di situ. Mata aku melilau ke sekeliling. Ingin mencari sesuatu. Tong sampah. Hijau dan besar. Agak tinggi.

Agaknya, kalau mahu masukkan dia ke dalam itu pun tiada masalah. Bibir aku senyum senget sembari tangan mengambil sesuatu dari dalam poket seluar pula. Pisau lipat. Kecil tapi bahaya. Sudah lama aku mahu melakukan perkara sebegini terhadap wanita di depan aku ini. Selama ini, aku tahankan saja. Melihatkan dengan sifat bongkak dan biadab itu membuatkan aku semakin membencinya saban hari.

Beria suruh orang beradab tapi diri sendiri pun tersasau jauh. Memang tidak sedar diri langsung.

Tsk!

Darah pekat lagi likat memancut keluar dari lapisan jubah hitam tersebut. Tangan putih aku dicemari darah busuknya. Walau ianya tidak busuk kerana bukan mayat tapi aku yang sengaja memanggil begitu.

"Tempat kau, sepatutnya dekat dalam tempat busuknya mulut dan darah kau, betina sundal." Dicampak kasar ke dalam tong hijau yang sederhana tinggi itu. Penutup tong ditutup kemas.

TIPIKAL gaya seseorang baru saja selesai melakukan jenayah atau perkara yang jelas salah di sisi undang-undang. Membersihkan tangan sesama sendiri. Puas hati aku tika ini.
Kalau orang lain tahu sifat cemburu aku yang satu ini, pasti mereka akan kata gila. Perkara kecil saja tapi hingga menikam seseorang hanya kerana cemburu.

Oh, tolonglah. Aku bunuh dia kerana sejak awal aku meminati Haz lagi dia sudah menggatal dengan lelaki itu. Dalam talian atau didunia realiti. Perangainya tetap sama. Harapkan pakai saja tudung, bertutup bagai tapi ikhtilat dengan lelaki itu, ke laut juga.

Saat ditegur, dia mula panas seolah apa yang dia lakukan itu tidak salah mahupun berdosa. Katanya, jika orang tidak kenal dia bagaimana, usah ditegur salahnya. Bodoh betul, kan?

Tidak boleh terima teguran sedangkan sudah terang lagi bersuluh dia salah.

Dan harini, dia masih sama seperti dulu. Malah, mulutnya yang sentiasa berkata lancang itu semakin buat aku geram dan benci padanya. Jadi, sudah tiba masanya untuk dia lesap dari muka bumi ini. Aku benci lihat wajahnya apatah lagi mendengar suaranya yang sengau itu. Sibuk nak menggatal dengan Ryan aku. Tak padan dengan pemakaian. Aku bencikannya sampai mati.

"Natalia Imelda!"

Bola mata diputarkan ke atas. Datang dah lelaki itu. Bukannya salah pun apa yang aku buat tadi kan? Ataupun dia malu?

"You buat apa tadi? Mana perempuan tadi?" soalnya dari belakang. Suaranya hampir denganku.

Kuku tangan, aku belek dengan riak wajah tak bersalah. Aku tak buat salah. Aku cuma buat benda yang betul. Yang sepatutnya aku lakukan sejak dulu lagi jikalau ada perempuan yang menggatal dengan hak milik aku.

"Imelda, answer me! " tegasnya. Namun masih tertahan.

"I killed her."
Haz berdecit. "I tengah serius ni, Melda. "

Kasar nafas dihela sambil pusing tubuh menghadapnya. "I. Tengah. Serius. You know, I'm so obsess with you. So I can just easily kill someone who's trying to get close to you anytime and anywhere. Jangan cabar I, Haz. You tak tau lagi I perempuan yang macam mana."

Keningnya hampir bercantum. Memaparkan riak wajah tidak percaya akan setiap aksara yang keluar dari ulas bibir.

Namun aku hanya balas dengan tatapan mata yang tajam dan serius. Aku tidak bergurau. Banyak lagi tentang aku yang tidak dia ketahui. Maka, aku tidak pernah buka selagi dia tidak bertanya

Matanya jatuh pada tanganku. Terus berubah bundar sembari mulutnya terlopong. Naik semula pada wajah.

"I nak basuh tangan dulu." Aku berlalu dari situ tanpa sebarang penjelasan padanya.

"Imelda!" Baru saja selangkah, lengan aku sudah dilelar olehnya. Sejurus itu tubuh ditarik menghadapnya.

Nafasnya mengucup kulit wajahku. Jarak wajah kami agak dekat hingga aku mendengus kasar. Anak matanya menatap anak mata aku yang nyata mahukan penjelasan daripada aku. Pasti dia terkejut akan kejutan yang aku lakukan ini.

"Tell me the truth. Right. Now." Keras suaranya berbicara. Benar serius.

"I'm telling you the truth! I bunuh dia! I tak boleh tengok you bercakap dengan dia. I benci!! I benci dia! I cemburu dengan dia! Dia bukan sesiapa atau baik sangat pun tapi kenapa semua orang baik dengan dia?!" tempelak aku garang.

Aku menyatakan perkara yang jujur juga dalam masa yang sama. Cemburu melihat dia yang bukan siapa-siapa itu boleh berkenalan dan rapat dengan ramai penulis hebat. Sedangkan setahu aku, dia itu bukan insan yang baik sangat.
Aku benci dia.

"Dia bekerja, Imelda. Dia jual merchandise character penulis yang famous such as t-shirt, button badge, necklace, keychain. Bukannya dia sengaja nak menggedik. Dia nak cari rezeki, Imelda. Itu aje modal dia nak hidup. Memanglah tergedik dengan orang ternama. Maybe that's the only way for her to get money. To survive. Muka dia pun biasa aje kan? Kenapa you nak cemburu sangat? Dia dapat kalahkan you ke walau sebaik manapun dia baik dengan I? Tak. Setakat muka macam dia tu, I tak pandang lebih pun la."

Ryan menghembus nafas perlahan sembari melepaskan pegangannya pada lengan aku.

"Orang nak cari rezeki ni ada pelbagai cara dan benda, Imelda. You kena faham. I layan dia pun sebab dia tu dah ketagih sangat nak perhatian lelaki. Lagi-lagi yang ramai peminat macam I ni. Lagilah dia sengaja nak buat peminat I yang lain cemburu. Sedangkan, kenyataannya kami tiada apa pun. Lagipun, I cuma tolong dia dapatkan populariti yang dia dambakan sangat dan wang dengan bermodalkan semua itu."

Bola mata diputarkan ke atas. Perasan betul si Ryan ni. Peminat? Dia ada peminat?

Heh, itu semua hanyalah anak gadis miang saja yang sukakan lelaki yang privasi dan matang dari segi pemikiran. Seperti dia. Lihat saja dia di media sosial bagaimana?

Pasti ramai wanita dan anak gadis sukakan, bukan?

"Boleh percaya ke dengan ayat kau orang 'kami tak ada apa' tu?"

Seketika, aku tertawa. Sinis. Mengejek. Kemudian, kepala menggeleng kecil.

"Haih.. Haz, Haz. Gatal betul you ni, ya? Hah, masa I baru follow you dulu, siap tegur lagi batas pergaulan lelaki dengan perempuan. But now? Look at yourself. Dua kali lima aje." Aku memandangnya atas bawah. Menilik dirinya yang tidak sedar diri itu.

Decitan terlepas di ulas bibir aku. "Walau sebaik atau alim mana pun seorang lelaki itu, dia tetap LELAKI, kan? Pemikiran dan kemahuan dia tetap sama. Ahh... What kind of generation I'm living on right now? Such a bad generation ever."

Aku perasan kening Ryan berkerut. Tapi aku hanya pilih untuk menghiraukannya dan membawa langkah untuk pergi dari situ. Pencinta buku semakin ramai jadi aku akan cari buku yang aku mahukan. Kepercayaan aku padanya semakin menipis. Dia tetap juga sama seperti lelaki yang tidak pernah cukup satu.

Entah lelaki jenis apa sudah berpunya pun tetap juga melayan perempuan lain. Lelaki memang tidak pernah cukup satu. Cukuplah satu kenyataan yang begitu pahit sekali aku perlu telan dan terima di zaman kini. Segalanya menyakitkan. Dasar pendusta!

Ryan's Queen | BAKAL TERBITWhere stories live. Discover now