BAB 34 RYAN'S QUEEN

6.9K 328 0
                                    

BARU saja malam tadi mama menghubungi aku bahawa dia dan papa serta kakak bersama keluarga kecilnya iaitu suaminya dan dua orang cahaya matanya mahu datang ke rumah aku dan Haz kerana kami sudah lama tidak bertemu.

Aku dan Haz terlalu sibuk dengan diri masing-masing dan kerjaya hinggakan keluarga sendiri pun terabai lama. Serba-sedikit terbit rasa malu dan bersalah dalam diri disebabkan sudah lama tidak bertemu dengan kedua orang tuaku.

Lantas, aku bangun dari duduk di sisi katil lalu turun ke tingkat bawah untuk memasak makanan buat mereka.

Seperti yang Haz katakan kepada aku semalam bahawa dia perlu sign agreement untuk novelnya yang bakal diterbitkan. Jadi hanya aku seorang saja yang tinggal di rumah sekarang ini. Nampak gayanya, perlulah aku berpulun tenaga seorang diri memasak untuk lapan orang makan.

Lauk chicken butter milk, dan kari ikan menjadi menu pilihan. Bahan mula disediakan semula masakan untuk satu persatu hidangan mula disiapkan seorang diri.

Usai saja selesai menyediakan semuanya, tiba-tiba hadirnya bunyi ketukan pintu.

Dan aku sudah dapat mengecami empunya tersebut kerana kebiasaannya hanya suami aku seorang saja yang akan mengetuk pintu rumah dan tidak menekan butang loceng di luar.

Langkah diatur ke pintu utama lalu dikuaknya dari dalam.

Namun serentak itu, tubuh aku ditolak kasar hingga jatuh terbaring di atas lantai yang tidak berlapik sebarang fabrik atau karpet itu. Kuat hentakkannya hingga memberikan rasa sakit di bahagian kewanitaanku.

Terus terpejam erat mataku sambil cuba menahan kesakitan yang menjalar di seluruh tubuh.

"Allah... S.. sakit..."

Tangan naik melekap ke perut. Meminta si kecil untuk bertahan.

Tatkala aku cuba untuk mendongak ke atas untuk memandang empunya yang menolak, tubuh aku diseret dengan kasar ke suatu arah hingga aku mengerekot kesakitan.

"Allah..Allahuakbar."

Bibirku masih tidak berhenti melafazkan kalimat suci tersebut.

Sungguh, aku merayu. Tuhan, bantu aku.

Pandangan mata aku jadi berpinar. Tidak mampu melihat dengan begitu jelas. Apatah lagi untuk menyuarakan jeritan di dalam hati betapa terseksanya aku saat ini.

"K..Kau.. S.. Siapa?"

Tertahan suara aku saat ingin menyoal. Tiada sebarang suara tapi tindak balas yang diberi membuatkan jeritan aku pecah.

Leher aku ditarik kuat dengan tali dari belakang. Bukan tali biasa tapi ianya tali jute yang tebal dan kasar. Bisa melukakan kulis mulusku.

"Thanks God no ones here for you right now. Tak sangka dah berisi ya, kau sekarang. Great! Biar aku bawa budak tu ke syurga dahulu sebelum sempat dia merasa neraka yang bakal aku bina untuk dia."

Bicara tanpa sebarang kenyataan yang lebih jelas itu menimbulkan pelbagai persoalan dari aku. Hanya kiasan yang berbunyi kekasaran.

"Siap..pa han..tar.. k.. kau?"

"I am the leader. Aku tak perlu hantar sesiapa untuk wujudkan neraka untuk manusia macam kau, Lia."

Lia?

Panggilan nama yang jarang digunakan oleh sesiapa buat aku selain ahli keluarga aku dan Nayrina.

Mustahil empunya suara ini ialah kenalan aku sendiri kerana suaranya begitu asing buatku apatah lagi kerana ianya kedengaran garau dan maskulin.

Mungkin melihatkan aku bagaikan tergamap, secara mengejutnya leher aku digeselkan dengan tali kasar dan tebal itu tadi. Meringis kesakitan aku jadinya.

"Aku dapat tahu kau cuba untuk cari bukti orang yang cuba untuk menyerupai suami kau dalam gambar yang kau dapat beberapa minggu lepas. Aku tak sangka kau memang berani orangnya, ya? Sedangkan masa zaman sekolah dulu, kau lah budak paling pengecut dan tak ada keyakinan diri sekali."

Terletus tawanya yang kedengaran begitu sinis menyentuh hujung telingaku.

Aku mengigit kuat bibir bawahku dalam cuba menahan rasa geram yang terkumpul di dada.

Masih tertanya siapakah empunya suara itu tatkala dia mula membangkitkan perihal sifatku di zaman persekolahan dahulu. Benarlah aku memang seorang yang pengecut dan tiada keyakinan diri dulu. Namun bukan lagi sekarang.

"But now, you have changed, babe. Demi seorang insan yang bergelar suami kau sanggup bahayakan diri sendiri untuk ke tempat tu? Kau tahu bukan sebarang orang boleh ke tempat itu dan aku ada senarai nama yang dibenarkan masuk ke tempat aku tu. Kau memang betul-betul cari maut dengan aku."

Ingin saja aku menoleh untuk melihat wajah insan dibelakang saat ini namun malangnya pergerakan aku begitu terbatas ketika ini. Jika sekali aku menoleh, maka akan semakin dalam luka yang bakal terhasil.

"Aku datang untuk ingatkan kau. Tempat tu, aku haramkan kau jejaki. Buat kali kedua, kaki kau jejak ke situ, aku ikat dan terus bakar keduanya. Easy. "

Sejurus itu, kepala aku dihentak kuat ke suatu kawasan yang keras hingga dapat dirasakan ada cecair hangat mengalir dari dahi. Tertunduk ke bawah dan tidak berdaya untuk mengangkat kepala disebabkan sudah kehilangan tenaga dan daya.

Sakit yang dialami sekarang, sakitnya tidak pernah aku alami buatkan ianya menyesakkan dadaku dan menyeksakan seluruh tubuh badanku.

"Remember, Lia! My eyes always on your family."

Kali terakhir aku mendengar suara itu sebelum pendengaran aku tidak dapat menangkap sebarang bunyi lagi.

Sungguh, aku hanya mampu berserah pada Dia saja tanpa berdaya melakukan apa-apa lagi.

Aku mengalah. Kesakitan yang kian menjalar di segenap tubuh tidak dapat ditahan lagi.

Ryan's Queen | BAKAL TERBITWhere stories live. Discover now