RIAK wajahku kosong saja mendengar sebaris nama empunya tuan badan yang dimaklumkan oleh Qayyum. Setelah mengetahui kewujudannya, aku tidak terkejut lagi jika si dia lah yang ingin cuba merosakkan hidupku.
Hanya disebabkan dendam bodoh yang langsung tidak logik apatah lagi ada kena mengena denganku yang tidak tahu apa-apa.
Dasar lelaki terencat akal!
Sudah cukup lali aku mendengar namanya disebut berulang kali oleh Qayyum dan Tyara.
"Nak bawa ke pihak polis?" Qayyum menyoal apabila melihatkan kebisuanku.
Aku tidak terus menjawab malah berpaling ke arah Tyara yang diam duduk di kerusi sebelah Qayyum.
"Kau ada beritahu dia apa-apa?" Pertanyaanku tertuju buatnya.
Laju dia menggeleng. "Tak. I tak beritahu apa-apa."
"Betul?" Dingin.
"Betul. Memang tiada. Qayyum, memang betul-"
"Shh. Tak apa aku percaya kau." Qayyum menghalakan jari telunjuknya di depan bibir Tyara tanpa bersentuhan. Masih ada jarak yang bersisa.
Qayyum kembali memandangku.
"Aku ada dengan dia sewaktu dia pergi berjumpa dengan Rayden. Aku dah suruh dia pasang pendengar suara kecil yang diklipkan di baju sebagai bukti perbualan antara mereka berdua." Jelas lelaki itu.
Aku sekadar diam membisu.
"Jadi, nak bawa pada pihak polis atau tak?"
"Tunjukkan pada isteri aku." Kataku senafas seraya bangun dari duduk. Ingin usir dari situ.
"Kau rasa, dia akan percaya?" Ragu-ragu Qayyum bertanya.
Langkahku mati seketika. Tanpa berpaling, aku menjawab.
"Aku akan buat sampai dia percaya."
Ingin aku teruskan langkah untuk keluar dari situ tapi satu suara yang tegas memanggil, membuatkan tingkah aku mati sebelum kembali ke tempat asal.
Aku merengus kasar. Sungguh tiada rasa hendak berlama di sini. Tambahan lagi, mengingatkan keadaan Imelda yang tidak berapa baik itu.
"Apa lagi, Qayyum?" Julat suaraku semakin naik. Sabarku sirna.
"Tunggu dulu. Kau juga yang beria nakkan bukti orang yang bunuh anak kau. Lepas tu, sekarang nak blah macam tu saja?"
"Kau dah tunjuk, dan aku pun dah tengok! Jelas lagi nyata tu Rayden Dennis. Kau nak tunjuk apa lagi? Itu dah cukup! Aku dah malas nak dengar." Bentakku geram.
"Habis itu, kau nak biarkan dia bebas begitu saja?" Nada suaranya tidak puas hati.
"Dia tak akan bebas. Dia dah nak masuk tanah dah pun, Qayyum. " tenang bibirku berbicara.
Berkemut dahi lelaki itu sebaik mendengarkan kataku.
Tyara juga turut sama. Kedua-duanya menagih penjelasan dengan lebih terperinci olehku.
"Aku bunuh dia."
"What?!"
"Haz!"
Serentak dua insan itu terjerit dek kerana terkejut apatah lagi tidak menyangka bahawa aku boleh bertindak segila itu.
Ya. Kalau melibatkan Imelda, aku boleh bertindakndi luar jangkaan. Betapa kukuh dan kuatnya penangan seorang wanita ke dalam hidupku.
Apa saja yang aku tidak boleh buat demi dirinya?
Tapi aku hanya menegakkan keadilan bahawa darah harus dibayar darah iaitu nyawa harus dibalas nyawa. Walaupun bukan Imelda yang mati, tapi Rayden penyebab anak sulungku mati.
Bukan sahaja Imelda yang tidak dapat menerimanya tapi aku lebih teruk juga.
"Ryan! Kau tahu membunuh akan dibalas bunuh. Bermakna, nyawa kau juga tidak akan selamat. Kenapa kau pergi bertindak sebodoh itu sekali?!"
Tawa sinisku terletus sambil kepala digelengkan. Mataku tajam terarah pada dunia luar yang kelihatan dari tingkap bilik yang sunyi dan suram itu.
"Kau tak tahu perasaannya, Qayyum. Kau tak tahu apa yang aku rasa. Kalau kau di tempat aku pun, aku yakin sangat kau akan buat perkara yang sama. Atau mungkin, boleh jadi lebih teruk daripada itu. I just killed him. Tak lebih."
"Tapi itu memang dah lebih! Kau lupa undang-undang yang telah ditetapkan dalam Islam? Membunuh dibalas bunuh, Ryan. Kalau polis dapat tahu, kau akan dihukum bunuh. Kau nak mati? Kau nak tinggalkan Imelda? "
Dada aku sudah naik turun menahan amarah dan perasaan yang berkecamuk selama berperang mulut dengan Qayyum. Sejak dari tadi, hanya aku yang dipersalahkan.
Drastik, aku berdiri dengan kasar hingga terjatuh kerusi yang diduduki olehku. Anak mata tajam memanah anak matanya yang tampak sungguh berani menidakkan kata-kataku itu.
"Masalahnya dia yang bunuh anak aku! Dia memang patut mati, Qayyum! Dia memang patut mati. Aku cuma balas-"
Ayatku terjeda apabila Qayyum turut berdiri di hadapanku sejurus mencantas segala bicaraku.
"Ryan. Kau dah memeluk Islam bukan baru lagi. Kau tahu hukum hakam islam. Undang-undang dalam Islam. Malahan, kau juga tahu apa itu kifarah. Kau tak perlu bersusah payah membalas kejahatan orang lain pada kau atau orang yang kau sayang sedangkan Tuhan yang akan selesaikan semuanya."
Bahuku disentuh olehnya. Frekuensi suaranya tidak meninggi dan cukup sekadar mengingati aku yang sudah jauh sasau ini.
"Kifarah Tuhan itu ada, Ryan. Sama ada lambat atau cepat saja masanya. Dan kalau bukan di dunia yang sementara, masih ada akhirat yang selamanya menanti mereka. Kau tak perlu gusar dan menyusahkan diri sendiri."
Tangannya jatuh ke sisi. Jelas terpancar di seraut wajah tampannya yang kelihatan kecewa dengan keputusan yang telah aku buat tanpa berfikir panjang lagi itu.
"Tapi kau dah tersalah langkah, Ryan. Benda yang dah jadi pun dah tidak boleh ubah. Masa pula tidak boleh diundur kembali. Aku dah tak tahu nak cakap bagaimana. Aku cuma nak berpesan pada kau untuk ingat dan sedar. Kau sebagai hamba, tiada kuasa untuk membalas kejahatan hamba yang lain pada kau. Tapi malangnya, kau tetap ikutkan amarah kau."
"Aku tahu mungkin kau kuat sangat pengaruh cerita yang kau tulis. Siapa yang cuba sakiti dan sentuh hak milik kau, kau akan bunuh. Tapi itu bukan jalan penyelesaiannya. Cuma akan menambahkan beban dan masalah saja pada kau."
"Dan itu juga bukan kerja you, Haz." Suara Tyara mula mencelah.
Dengan langkah yang sopan dan perlahan, dia mendekati aku. Merenung penuh empati.
"You cuma perlu berdoa dan mengadu saja pada Tuhan. He is there for you. Dia tahu apa yang jadi pada hamba-Nya. Tapi you terlalu ikutkan ego dan perasaan sampai you hampir lupa ajaran Islam. How can you be like this, Haz? Ini bukan you."
Kuat nafas dihembus sebelum tanganku naik meraup wajah. Seakan baru selepas dikejutkan oleh realiti. Disedarkan oleh khilaf diri yang bertindak melulu pada tempoh hari.
"Aku tak tahu. Aku memang betul-betul tak boleh kawal diri aku. I dont know what is wrong with me. "
Kaki yang sudah lemah longlai jatuh mengcangkung ke atas lantai. Kedua tapak tangan memegang kepala. Serabut akan masalah yang aku sendiri telah hadirkan tanpa rasa bersalah.
Apa aku sudah buat ni, Tuhan?
YOU ARE READING
Ryan's Queen | BAKAL TERBIT
Romance[COMPLETED] 2nd story Song: Setia by Elizabeth Tan ft Faizal Tahir Tidak saling mengenali. Tidak juga saling mengetahui akan kewujudan masing-masing. Namun disebabkan sebuah konsentrasi, buatkan mereka bertemu secara realiti. Hingga berjaya mencamba...