TANGAN menggagau kawasan di sebelah. Mencari jika ada figura yang aku idamkan dan inginkan ketika ini. Namun hampa, kosong saja terasa di ruang di sebelah. Bermakna si dia yang aku mahukan saat ini tiada. Perlahan, mata mencelik untuk melihat dunia yang penuh dengan duka dan lara adakalanya ini.
Kemudian, aku melangkah keluar dari kamar tidur. Sewaktu mata terpandang pintu bilik kerja Haz yang separa terbuka kelihatan bercaya, kaki bagaikan terpasak di depan kamar tersebut.
Hati meronta ingin masuk. Tapi...
TOK!
TOK!
TOK!
Tanpa aku sedar, jemariku sudah terlebih gatal mengetuk daun pintu untuk masuk.
Haz yang sedang memakai cermin mata petaknya tampak fokus pada skrin mac book di hadapannya. Telinga menangkap jarinya yang sibuk menari di atas papan kekunci. Begitu tekun sekali sampaikan sedikitpun tidak berkalih ke arahku. Begini rupanya rasa berkahwin dengan penulis. Kalau ideanya sudah sampai menderu-deru, memang ketika itu juga dia curahkan semuanya di dalam jalan ceritanya.
"I ganggu you ke?"
Diam.
Bibir bawah digigit lembut. Perlahan-lahan aku mengatur langkah mendekatinya. Agaknya dia marahkah jika aku menganggunya? Kerana sekarang ini dikira menganggu lah kan?
"You tulis manuskrip baru ke?" Tangan kiri diletakkan ke atas bahunya.
"Haz..." Bola mataku mula tertancap pada setiap bait aksara yang terpapar di skrin.
Nampak gaya seperti cerita baru yang bakal dikeluarkan olehnya. Semestinya keterujaan itu sentiasa merajai hati. Tapi selaku seorang isteri kepada penulis kegemaran sendiri, aku tidak perlu kisah sangat lagi. Kerana aku pasti aku akan menjadi orang yang pertama yang akan membaca karya terbarunya kali ini.
"Bila you tulis ni?"
"Last month. Sorry, I tak boleh fokus bila ada yang sedang bercakap dengan I." Lembut suaranya tapi mengapa desis sindiran yang aku rasakan?
Lantaran itu kerusi kosong yang ada di dalam ruang tersebut, aku tarik merapat ke sebelah kerusinya. Jemari kasar itu tidak berhenti bekerja di atas papan kekunci. Kadang tertanya juga, apalah yang sedang bermain di dalam fikirannya iru. Ligat betul otak bekerja.
Di kesempatan yang ada, aku membaca serba sedikit cerita yang sedang dikarang olehnya itu. Tidak semena-mena perasaan cemburu mulai terbit di dalam hati melihatkan kelebihan yang dia miliki dalam mengarang sebuah cerita. Kerana bukan semua orang mempunyai bakat yang boleh dikira hebat sepertinya ini.
"You really know how to make readers addicted untuk baca semua karya you, Haz. How lucky you are. Bukan semua penulis boleh buat pembaca ketagih untuk baca dan sukakan penulisan, dan karya mereka tau. Bagaimana nak jadi macam you, Haz?" Yakin pertanyaan aku itu tidak akan dijawabnya, sebelah tanganku naik menopang dagu.
Merenung seraut wajah tampan yang sedang fokus pada skrin komputer riba dengan begitu serius sekali. Bukan selalu aku dapat melihatnya begini. Kerana kebiasaannya, Haz akan melakukan kerja menulisnya di waktu malam manakala di siang hari pula untuk youtube chanel miliknya. Ditambah pula dengan proses penyuntingan lagi. Memang akan makan masa yang boleh tahan banyak.
Dia memberhentikan aktivitinya sebentar tadi sebelum menghela nafas berat. Saat itu juga aku sudah mula agak cuak dan takut kerana bimbang jika dia bakal memarahi aku kerana telah menganggunya. Bukannya aku sengaja. Tapi cuma aku dan dia saja yang ada di dalam rumah ini. Dengan siapa lagi aku mahu berbual jika bukan dengannya?
YOU ARE READING
Ryan's Queen | BAKAL TERBIT
Romance[COMPLETED] 2nd story Song: Setia by Elizabeth Tan ft Faizal Tahir Tidak saling mengenali. Tidak juga saling mengetahui akan kewujudan masing-masing. Namun disebabkan sebuah konsentrasi, buatkan mereka bertemu secara realiti. Hingga berjaya mencamba...