MATA dicelikkan perlahan-lahan tika cahaya yang hadir tiba-tiba menerobos masuk menyapa ruas pemandangan. Disebabkan rasa sakit yang tiba-tiba datang mencucuklah aku tidak dapat lena untuk jangka masa yang lama seperti yang aku harapkan. Lelah. Rasanya baru 3 jam aku dapat lena. Itupun masih tidak cukup buat aku. Urat leher juga terasa tegang. Apatah lagi pinggang yang terasa lenguh.
"Imelda..." Terdapat sepasang tangan yang hadir dari belakang lalu melekap di perut yang tidak berlapikkan sebarang fabrik.
"Wake up. Dah nak masuk waktu asar." Perut kempisku ditepuknya lembut.
Perlahan aku menepis dengan riak wajah tak suka. Apa pula main perut aku ni?
"Apa tepuk-tepuk perut I ni?" soalku tanpa memalingkan tubuh menghadap gerangan di belakang.
"Tepukla. Manalah tahu bakal ada Ryan junior ke dalam ni nanti." Haz meneruskan tingkah lakunya tadi. Lalu, leher jinjangku dikucupnya sayang.
Tangan kanan, aku bawa memegang tangannya yang masih di tempat yang sama. Perlahan terbit senyuman di wajah. Aku mengusap belakang tapak tangannya.
"In Shaa Allah. I pun tak sabar nak tengok our little twins macam mana."
Jujur katakan, biarpun aku tidak pernah terbayang apatah lagi terfikir bahawa aku bakal mendirikan rumah tangga satu hari nanti, tapi tetap juga aku membayangkan wajah si kecil yang lahir dari rahimku berada di dalam pegangan aku. Sepasang mata bundar yang entah diwarisi aku atau bakal suamiku nanti. Hidung yang mancung sudah semestinya. Bubir yang sihat serta tubuh badan yang tidak mempunyai sebarang masalah serius.
Kini, aku berharap agar impian aku untuk mempunyai seorang atau lebih cahaya mata bakal menjadi kenyataan. Bersama usaha dan kepercayaan serta keyakinan yang aku letakkan pada-Nya.
"Me too." Haz mengeratkan pelukan. Tadi dia juga suruh bangun tapi ini makin menggeliat pula tubuh untuk bangun.
"Sayang I boleh jalan? Ke sakit lagi?"
"Tak... Nak dukung..." ujarku manja. Baru kali ini tubuh dipusingkan menghadapnya. Menjadi setentang dekat.
Telingaku menangkap tawa halusnya di cuping telinga. Pipiku dicubit perlahan. Suka sangat mencubit pipi aku sedari semalam lagi.
"Alright. Nanti you mandi wajib,terus ambil wuduk. Okay?"
"Okie!"
Tawa kami berdua mula memenuhi ruang bilik itu. Tidak sempat apa pun barang yang dikemas, tiba-tiba sekarang sudah ingin petang kemudian senja bakal menyusul.
PANDANGANKU tertancap pada susuk tubuh yang baru saja keluar dari kamar kerjanya yang terletak bersebelahan dengan kamar tidur kami. Terlihat susuk tubuh Haz yang sudah kemas bersarungkan jaket kulit hitam dan seluar putih. Sudah aku hafal gaya seorang Hazael Malique memang begitu. Sukakan kelainan dan kebiasaannya gaya pemakaiannya bukanlah seperti tipikal gaya pemakaian seorang lelaki.
"Sayang!" panggilku dari dalam bilik.
Pantas Haz berpaling ke arahku dari luar kamar. Kepalanya terjengul sedikit melalui daun pintu yang terkuak sedikit itu.
"Sini kejap," gamitku.
Suamiku itu hanya menurut saja. Dia mengatur langkah memasuki kamar kami lalu merapati aku yang sedang menyusun pakaian ke dalam almari dan menyusun beberapa barangan peribadi di tempat yang sepatutnya ia terletak.
"Yes, babygirl?"
"Where are you going?" soalku tanpa memandangnya.
"Jumpa klien kejap."
Satu lagi perkara tentang pekerjaan Haz, disebabkan dia juga pemegang akaun bernama Ryan Darren, maka dia juga semakin dikenali apabila pengikutnya makin meningkat hari demi hari. Disebabkan hal itu, beberapa syarikat atau pemilik bisnus kecil yang mengeluarkan sebarang produk menarik terutamanya berkaitan elektronik juga akan meminta 'Ryan' untuk mempromosikan produk mereka tersebut bersama bayaran yang turut disertakan buat 'Ryan.'
Memang lumayan sungguh hasil pendapatannya apabila begitu. Fakta menarik tentang suamiku ini, dia bukan setakat mempunyai kepandaian dan kecemerlangan dalam pendidikan. Tapi juga kebijaksaan dan kelebihannya itu digunakan untuk meraih keuntungan yang sentiasa mencurah-curah. Pasti ada saja akalnya untuk membuat duit. Sama seperti aku.
Punggung dilabuhkan ke atas birai katil sambil aku memandangnya yang masih berdiri di depanku itu. Barangkali, dia tidak akan berganjak selagi aku tidak menyuruhnya untuk pergi.
"Kenapa?" soalnya.
"I ada benda nak cakap dengan you. Sekarang."
Haz membasahkan bibirnya sesaat lalu mengerling sekilas jam tangan Rolex yang meliliti pergelangan tangan kekarnya. Seterusnya, dia melabuhkan pinggul di sebelahku. Semerta itu, wangian maskulin yang dipakai olehnya menerpa mukus hidung.
Keningku berkerut seakan mahu memarahinya memakai wangian sekuat ini. "Amboi, kuatnya bau perfume. Klien lelaki ke perempuan ini?" tegurku.
"Ya Allah, perfume biasa ajelah, sayang. Klien lelaki lah. Semestinya. Kenapa ni? Penting ke apa yang you nak cakap pada I tu?" Nada suaranya tidak sedikitpun meninggi.
Dia ni memang susah nak marah ke? Mustahil! Haz juga lelaki biasa yang pastinya ada amarah dan egonya. Tapi peliknya, tidak pernah sekalipun terserlah sifat buruknya itu. Biarpun kami sudah bergelar suami isteri.
"Tak ada apalah. Kita cakap malam nanti aje. Ke... you balik lewat nanti? Hari pun dah nak gelap ini."
"Pula dah. Come here. Just tell me. Tentang klien I tu... tak apa. Nanti I beritahu mereka. Dia orang klien aje. Bukan teman peluk I, teman hidup I. You yang lebih utama sekarang ini. Ada apa, Mrs Haz?"
Aku berdecit seketika sebelum mencapai telefon milikku di atas tilam. Aplikasi youtube dibuka satu video suamiku sedang membuka satu bungkusan tanpa terlihat wajahnya diketik. Seterusnya, ruang komen dibuka dan terus aku tunjukkan pada Haz.
"Look. Ramai perasan cincin nikah di jari you, Haz. Sedangkan sebelum ini, jari you tu kosong aje. Tak ada satu pun cincin. Sebab you memang tak suka pakai sebarang barang perhiasan lelaki. Jadi sekarang, ramai yang komen bahawa you dah kahwin. Ramai buat assumption sendiri berkenaan status you sekarang. You tak takut ke? Tak risau kalau you akan kehilangan pengikut you? Peminat you bukannya sikit tau. Ramai." Suaraku pula yang berbaur kerisauan.
Manakan tidak? Jikalau hilang atau berkurangnya pengikut, maka berkurang dah hilanglah sumber pendapatannya. Sudahlah bukan sedikit. Banyak.
Sangka aku, riak wajahnya akan berubah terkejut atau yang seumpama dengannya. Tapi sangkaan aku begitu meleset sama sekali apabila riak wajahnya tenang saja seolah tidak rasa terusik atau bimbang hatta sedikit.
"I dah tahu lebih awal dari you, babygirl. And I am not worried at all."
Kerutan terentang di dahiku. "What? Kenapa you tak risau?"
Bibirnya mengoyak senyuman lembut. Telefon yang aku halakan padanya tadi diambil lalu dikatup dan diletakkan ke tepi.
"Sebab pengikut I makin meningkat selepas itu. Makin ramai orang kenal I, Melda. Makin menggunung rasa ingin tahu dalam diri mereka berkenaan diri I selepas perkara itu semakin berleluasa." Sejurus menuturkan itu, dia tertawa kecil. Rambutku diusapnya.
"Lagipun, andai kata jika pengikut I bakal berkurang sekalipun. I tak kisah. Ada mereka atau tidak, inshaaAllah rezeki untuk I akan sentiasa ada. Kerana rezeki itu datangnya dari Allah. Bukan manusia. Kita kena percaya pada konsep rezeki ini, Imelda. Macam kadang, pernah aje beberapa orang klien nak bekerjasama dengan I tapi akhirnya, mereka batalkan. Tapi I tak kecewa pun. I tahu I tak rugi apa-apa pun. Sebab I percaya pada rezeki yang Allah bagi," ujarnya panjang lebar.
Bibirku terjuih sedikit sambil kepala mengangguk tanda setuju. Aku lupa lelaki yang sedang berada di hadapan aku sekarang ini siapa orangnya. Dia ialah lelaki dan satu-satunya suamiku yang sentiasa dikelilingi aura positif biarpun dunia sering mengujinya.
YOU ARE READING
Ryan's Queen | BAKAL TERBIT
Romance[COMPLETED] 2nd story Song: Setia by Elizabeth Tan ft Faizal Tahir Tidak saling mengenali. Tidak juga saling mengetahui akan kewujudan masing-masing. Namun disebabkan sebuah konsentrasi, buatkan mereka bertemu secara realiti. Hingga berjaya mencamba...