BAB 21 RYAN'S QUEEN

11.2K 488 6
                                    

KOMPUTER riba yang sudah lama tersadai di atas meja, aku hidupkan dan jari jemari runcing milik aku mula menari di atas papan kekunci. Senyuman lebar tidak henti bergayutan di bibir sewaktu aktiviti menaip dilakukan. Hati aku terlalu bersyukur, lapang dan bahagia. Memori ini, harus aku pahatkan di dalam kisah hidup aku. Sebenarnya, dalam diam aku menulis kisah antara aku dan Ryan sejak dari awal pertemuan kami lagi.

           Baru saja aku mahu meneruskan dengan lebih lanjut, tiba-tiba telefon yang terletak di atas katil berdering. Lekas aku mencapainya dan menjawab panggilan oleh encik tunang aku itu. Benar. Ryan yang telah menjadi tunangan aku sejak beberapa minggu yang lalu. Tempoh pertunangan kami hanya sebulan saja. Dan esok merupakan hari bahagia buat kami. Hari dia bakal mengangkat aku menjadi isteri sahnya.

          "Assalamualaikum," sapa suara garau yang hadir dari hujung sana.

"Waalaikumsalam. Ya, kenapa call I tiba-tiba ni?"

"I ganggu you ke?"

"Sikit."

"You tengah buat apa?"

"Menaip." Aku meneruskan aktiviti yang tergendala sebentar tadi dengan menggunakan sebelah tangan saja. Tidak kisah walaupun ia akan perlahan.

"Menaip? Tulis cerita ke? You tulis tentang apa?"

Perlahan-lahan, gerakan jemari aku yang sedari tadi lincah saja terus berhenti. Tubuh yang tadinya terduduk tegap, disandarkan selesa pada kerusi di depan meja. Bibir melorek senyuman tanpa sedar.

"Tentang kita. Untuk diabadikan dalam bentuk bahan bacaan buat bakal keluarga kecil kita satu hari nanti. Biar mereka tahu sebanyak mana mommy mereka ini sayangkan daddy dia. Dari sebelum mommy tahu lagi rupa daddy mereka. Dari sebelum mommy kenal lagi susuk sebenar lelaki yang mommy mereka selalu kagumi sejak sebelum mommy jumpa dengan daddy mereka lagi."

"Dan biar mereka tahu sedalam dan setulus mana daddy mereka ini cintakan mommy mereka. Sampaikan, daddy dia tak akan teragak-agak sakiti orang yang berani nak sakitkan kesayangan daddy mereka ini."

Sekonyong-konyong itu, tawaku terlepas, Pinggul diangkat dan kaki yang dari tadi bersila di atas kerusi, diturunkan ke bawah hingga mencecah lantai. Aku membawa tubuh ke atas tilam empuk dan berbaring selesa.

Disebabkan mama melarang aku untuk bertemu dengan Ryan sepanjang tempoh pertunangan kami sebelum tibanya hari pernikahan, maka begini sajalah kami. Saling menyapa antara satu sama lain melalui telefon saja. Biarpun, adakalanya tidak sempat langsung untuk menanyakan tentang keadaan diri masing-masing.

"You akan buat semua itu?" soalku.

"Of course. You dah lupa apa yang I pernah cakap dulu? I hanya mahukan you sahaja, Imelda. Please, stay loyal to me. I tak nak you berpaling tadah dari I. Andai kata, you akan minta I pilih yang lain atau you yang mahu pilih yang lain, I akan buat sampai you tak boleh pilih yang lain selain I, Imelda."

"Dan I pun akan buat benda yang sama juga."

Suasana sepi seketika. Namun tidak terlalu lama tatkala tiba-tiba suara maskulin itu kembali menyapa sistem pendengaran. Sekali gus menendang segala keheningan yang sedari tadi menyelubungi ruang antara kami berdua.

"You dah nak tidur? Sorry, I dah ganggu kerja you."

"Tak adalah. Bukannya kerja pun. I buat bila-bila masa I nak dan ada kerajinan aje. Bukan konsisten macam you pun," balasku.

Benarlah aku hanya menulis apabila aku sedang berada dalam dua keadaan atau dua jenis perasaan saja yang sedang dialami. Sama ada ketika aku terasa hidupku menyedihkan ataupun ketika aku merasakan takdir berpihak kepada aku. Jika tidak, aku hanya akan menjalani hidup seperti biasa.

"Okaylah. Goodnight, babygirl. Malam ni, last I wish you goodnight as a boyfriend or tunang. Tomorrow you will be my beloved wife and I can't wait! Macam tak percaya aje esok kita nak kahwin dah. I still remember the first time I jumpa you sebagai penghantar barang. Your eyes. It's mesmerizing. Sampai I tak boleh lena tau lepas you balik itu. Tapi you pula yang jual mahal. Tapi baguslah. I suka!  Little did I know I was talking to my future wife.  And I can't wait to go to sleep and wake up next to you everyday. Luangkan masa dengan you, besarkan anak-anak sama-sama. Hidup sampai tua dengan you."

Saliva yang melalui celah kerongkong aku terasa perit. Bukan disebabkan apa. Tapi kerana mendengarkan bicara Ryan yang begitu berjaya menyentuh hati perempuan aku. Hampir saja mata ini hendak mengalirkan air mata. Terharu. Tidak pernah sekali aku mendapat luahan semanis dan secomel ini oleh mana-mana lelaki.

Sungguh, aku terharu.

Dari ini saja, aku yakin bahawa aku tidak salah memilih pasanga hidup. Lelaki yang bakal temani aku bergembira bersama. Lelaki yang bakal menjadi penyeri hidup aku tika aku sedang berduka. Lelaki yang bakal menjadi tempat kedua setelah Tuhan untuk aku bersandar saat kesedihan dan kedukaan menyelubungi diri.

Paling istimewa, dia ialah lelaki yang bakal memangku bakal anak kami.

Lelaki yang bakal menemani aku melalui hidup tua bersamanya.

"Bila fikir balik, rasa macam sekejap aje kan  5 months kita as a couple berlalu. Then bermula esok, our new chapter begins. From me being the most annoying, sexiest and bad guy to the good guy now. Because of you too. Dan you dari seorang yang dingin, selalu kasar now to the most amazing, gorgeous, intelligent woman. Well done, my babygirl. I am so proud of how much you have grown the whole time I knew you and please remember that I will always look forward to you becoming the best you can be. As I always said before to you, I will always supporting you, Imelda."



Makin deras air mata yang sudah membasahi tulang pipi aku. Beginilah apabila si mulut manis diberikan peluang berbicara dengan aku. Bukan main rancak lagi. Sudahlah setiap bait aksara yang terluncur dari ulas bibirnya itu makin membuatkan aku terharu dan makin jatuh ke dalam panahan cintanya.

"Enough, Ryan. You sengaja aje kan nak buat mata I bengkak. Nanti kalau eyebag I teruk esok, I salahkan you." Air mata dikesat dengan belakang tapak tangan. Suaraku juga sudah berubah serak.

"Asalkan you tetap jadi diri sendiri, you tak perlu nampak cantik di mata orang lain pun, sayang."

"I nak nampak cantik dalam album kahwin kita nanti."

Tawa Ryan tiba-tiba terlepas. Suka benar menyakat aku. Ada saja akalnya untuk buat aku terharu dan dalam pada masa yang sama juga geram dengannya.

"I akan pastikan you nampak cantik esok, Imelda. Okaylah. I am sorry, okay? Dah, pergi tidur. I love you, my babygirl and my one and only my beloved partner in everythings I do. Oh, and my most precious and special reader."

Ryan's Queen | BAKAL TERBITWhere stories live. Discover now