SITUASI aku sudah seperti hidup orang bujang saja. Tiada isteri. Tiada juga keluarga di sisi. Hari demi hari hati dihambat rasa sunyi tak bertepi. Tubuh disandarkan ke kerusi gammer milikku seraya mata dipejamkan.
Penat otak, penat tubuh. Berulang kali aku ulang-alik ke rumah Qayyum untuk memperolehi sedikit demi sedikit maklumat yang dia perolehi.
Jika diikutkan, boleh saja aku tidur di rumahnya tapi ada pula adik perempuannya yang harus menginap di situ buat beberapa hari.
"I miss you, Imelda." Suaraku berdesis perlahan.
Diri cuba ditenangkan dengan melafazkan beberapa nama penciptaku. Ingin mengurangkan kerinduan yang kian bertandang di hati.
"Urgh!"
Akhirnya aku kalah jua. Tercelik saja mata, bingkas aku bangun dan menuju keluar dari studio kecilku.
Kunci kereta dicapai dan terus kereta dipandu ke rumah mertuaku. Hati aku tidak akan pernah tenang selagi dia tiada di depan mataku.
Tiba saja dirumah mama, salam diberi dan terus aku masuk usai menyalam mama.
"Melda okay ke, ma?" Risau.
"Biasalah kalau orang tak berapa baik keadaannya. Makan tak luak."
"Haz pergi tengokkan dia, ya?" Pintaku sopan.
Kepala mama jatuh sekali sambil senyum kelat. Pasti hatinya berat melihat anak gadisnya begitu.
"Haz minta maaf,ma."
"Mama percaya Haz dikhianati. Pergilah tengok Melda. Cuba lembutkan hati dia." Bahuku dielus lembut.
"Haz naik dulu."
Langkah diatur ke bilik tidur isteriku. Pintunya terkatup kemas. Berharap semoga dia tidak menguncinya.
Dan mujurlah, ianya tidak berkunci apabila aku cuba memulas tombol pintu. Daun pintu ditolak perlahan sebelum dikatup dan dikunci.
Tubuh dipalingkan menghadapnya yang tampak tidak sedar akan kehadiran aku itu.
Dalam diam aku menatapnya yang sedang menonton video aku di Youtube menggunakan headphone. Tampak terleka sekali.
"I miss my Ryan so bad." Kepalanya melentok ke kiri sambil berpeluk tubuh.
Perlahan-lahan aku mendekatinya lalu headphone ditelinga ditanggalkan sebelum tubuh itu didakap erat. Dagu dijatuhkan di tepi cuping telinganya.
"And Ryan miss you more. Even a scale can't count it." Gemeresikku membisik.
Imelda seperti terleka. Tapak tangannya naik melekap di pipi kiri aku. Jambang tipis yang sudah mula tumbuh diwajahku dielusnya.
"Please.. Comeback. For real. Not just in my imagination, Ryan. I miss you so bad."
"But I am real."
"Then, kiss me." Balasnya lemah.
Aku mengintai wajahnya. Ternyata mata itu sudah terpejam rapat.
Tubuh ditegakkan lalu kerusi yang diduduki olehnya itu dipusing menghadap aku sepenuhnya. Pipi itu dipegang dengan kedua tapak tangan.
Tanpa sebarang amaran, bibirku menindih dahinya dengan rindu yang sarat di dada. Lama.
Tidak lama kemudian, wajah dijauhkan.
Ketika itu, baru aku perasan pipinya sudah basah. Bawah matanya bengkak. Bibirnya pucat. Tulang lehernya makin kelihatan.
Sebegitu sekali impak yang terjadi terhadapnya selama menanggung rindu. Sedangkan baru saja sebulan.
YOU ARE READING
Ryan's Queen | BAKAL TERBIT
Romance[COMPLETED] 2nd story Song: Setia by Elizabeth Tan ft Faizal Tahir Tidak saling mengenali. Tidak juga saling mengetahui akan kewujudan masing-masing. Namun disebabkan sebuah konsentrasi, buatkan mereka bertemu secara realiti. Hingga berjaya mencamba...