TYARA dipelawa masuk ke dalam rumah Qayyum dahulu sebelum aku. Semestinya wanita itu tampak terpinga-pinga tapi hanya disebabkan aku dia menurut juga.
Lewat ekor mata, aku perasan Qayyum senyum manis buat Tyara sambil membukakan pintu.
"Come in, dear." Pelawanya dengan suara garau.
Membulat mataku melihat perilaku Qayyum yang berubah mendadak itu.
"Who are you?" Tyara menilik Qayyum atas bawah.
Mujurlah lelaki itu berpakaian tertutup elok atas bawah. Sekadar jersi lengan pendek dan seluar track biasa.
"Your future husband." Tawa kecilnya terletus.
Tergeleng kepalaku sambil menunduk. Bibir dikemamkan.
Terhibur dan geli sebenarnya. Dasar penipu! Kata tidak mahu wanita dalam hidup tapi tiba-tiba ubah fikiran pula.
Tyara hanya diam.
Tebakanku, pasti dia juga berkira-kira sama ada mahu terima atau tidak. Tapi mustahil lah tidak!
Lelaki sekacak Qayyum yang mempunyai daya tarikannya yang tersendiri itu pastilah ciri yang Tyara sukakan.
"Kenapa bawa I ke sini?"
"Ada perkara mustahak aku nak tanya kau." Gaya bahasa Qayyum tetap sama. Kasar.
Barangkali, dengan yang kekasih halalnya saja nanti dia akan menggunakan gaya bahasa yang lebih lembut. Dengan adik-beradiknya juga dia tidak gunakan gaya bahasa yang lembut dan lebih sopan.
Berkerut kening Tyara. Sedari tadi, aku hanya diam memerhati. Nampak gayanya seperti semuanya akan diuruskan oleh Qayyum sendiri.
"What?"
Tiba saja di hadapan sebuah bilik, Qayyum mempelawa aku dan Tyara untuk masuk.
Di dalamnya, ada sebuah sofa di satu sudut dan rak menyimpan barang kaca. Lantai dihias permaidani yang menambahkan seri bilik warna putih itu. Dinding juga dihias oleh kanvas seni yang minimalis.
"Have a seat, Tyara." Qayyum menarik sebuah kerusi kayu ikea yang terletak di sebelah sofa ke hadapan sofa. Bermakna, Tyara akan duduk di sofa menghadapnya.
"How did you know my name? You ni siapa sebenarnya? "
"Aku dah cakap tadi kan? "
"Tak payahlah main-main!" Makin berang wanita itu.
Aku berdehem lalu melabuhkan duduk di sofa tersebut dan mengarah Tyara untuk duduk di sebelah. Tapi ada bantal yang dijadikan penghadang.
Tyara memandang aku dan Qayyum silih berganti dengan riak wajah keliru dan pelik.
"Dont worry. Kalau kau jujur dengan Ryan, aku tak akan gunakan cara kasar. Ryan, silakan."
Kini, pandangan wanita itu terhala kepadaku sepenuhnya.
Beberapa keping gambar yang mempunyai insan yang diubah suai menyerupai aku ditunjukkan kepada Tyara.
"Ini semua kerja kau ke? Kau snap gambar ini dari cctv dan edit jadi rupa aku?" Serius nada suaraku.
Buat kesekian kalinya wanita itu menggarit kening.
"Tak payah kerut kening, Tyara. Kau jujur saja. Aku tak mahu perkara ni meleret dengan lebih lama." Pintasku.
"No. It is not me."
Sebelah kening dijongketkan. "How can I trust you?"
Dia mengangkat tangan kananya separa bahu gaya orang berikrar.
YOU ARE READING
Ryan's Queen | BAKAL TERBIT
Romance[COMPLETED] 2nd story Song: Setia by Elizabeth Tan ft Faizal Tahir Tidak saling mengenali. Tidak juga saling mengetahui akan kewujudan masing-masing. Namun disebabkan sebuah konsentrasi, buatkan mereka bertemu secara realiti. Hingga berjaya mencamba...