PESTA Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) bakal berlangsung pada hari ini di PWTC Kuala Lumpur. Sungguh aku teruja saat menantikan hari ini untuk tiba. Ramai lagi sebenarnya penulis kegemaran aku cuma disebabkan Haz ialah satu-satunya penulis lelaki yang aku kenal, atas sebab itu aku kerap menyebut dan menekankan namanya saja.
Tanpa ketahui bahawa selama ini dia ada depan mata aku sepanjang masa. Segalanya terbongkar dalam masa tidak sampai 24 jam pun.
"You nak teman I ke nanti?" Suara garau Ryan menyedarkan aku.
Aku menoleh ke sebelah.
Kelihatan dia segak dan kemas dengan baju-T hitam berkolar dengan seluar hitam.Tipikal gaya seorang Haz Malique. Warna gelap kegemarannya sebab di media sosial juga warna gelap saja.
"Kenapa pakai topi?" Pertanyaannya tidak dibalas.
"Kenapa? Salah ke?"
"Tak adalah. Pakai ajelah. Hak you."
"Alright. Let's go." Ryan membuka pintu kereta lalu turun.
"So, nak teman I ke tak ni?" Soalan sama diajukan lagi sekali untuk kepastian oleh Ryan kepadaku.
"Nanti kalau ada yang tanya, macam mana?"
"Simple. Cakaplah kawan. Itu je jawapan paling selamat," ujarnya lalu lantas melangkah terus memasuki dewan besar yang dikerumuni oleh ramai orang itu.
KAKI mula menapak masuk ke dalam dewan besar tersebut yang sedang berlangsungnya pesta buku. Sangat sesak dan sebenarnya satu perkara yang aku perasan, pengunjung tahun ini lebih ramai daripada tahun sebelumnya. Mungkin kerana ramai penulis baru nak meningkat naik nama mereka menerbitkan buku mereka sempena pesta buku terbesar di Malaysia ini.
"Haah kan. Lagipun kita memang kawan pun kan?" Aku mendongakkan kepala memandangnya.
"You anggap I kawan. I tak anggap you kawan." Ryan maju berjalan masuk ke dalam.
Lantas aku kejar langkahnya.
"Habis, you anggap I apa?"
"Ryan's queen. My future queen." Santai dia menjawab dengan tangan yang dimasukkan ke dalam kocek seluar tanpa memandang aku walau sedikit.
Namun sempat aku lihat hujung bibirnya sedikit terjongket. Ceh! Poyo je. Nasib handsome.
"Booth you dekat mana?"
"Dekat je. Just follow me." Dia membetulkan topi di kepala.
Haish! Kacaknya lahai anak teruna orang seorang ni. Gaya sama betul seperti dalam media sosial. Simple dan kasual. Misteri dan menarik. Privasi tapi terisi. Auranya lain macam daripada seorang Ryan yang aku selalu jumpa setiap hari.
Barangkali, dia ada split personaliti. Jika Ryan, ceria dan manis sepanjang masa orangnya. Namun jika Haz Malique, lebih kepada pendiam, misteri, santai, privasi, sarkastik, suka menyindir orang di media sosial dan dingin orangnya. Seringkali aku naik menyampah melihat sifatnya itu. Tapi adakalanya, di mata seorang perempuan, itulah yang membuatkan seorang lelaki itu lebih menarik. Dan lagi satu, Haz juga suka reka gurauan yang sangat hambar. Nak gelak pun macam tak ikhlas sangat.
Tapi aku suka semua tentangnya dengan sifat sebegitu. Sebab nampak 'mahal' dirinya sebagai seorang lelaki.
"Melda? Apa jauh sangat mengelamun ni?" Terdengar bunyi seseorang memetik jari di hadapan wajah aku.
Berkali-kali aku mencelik mata dengan riak wajah bingung dan polos.
"Kenapa tenung je muka I ? Nanti ada orang nampak, tak ke you juga segan malu nanti?" soalnya.
YOU ARE READING
Ryan's Queen | BAKAL TERBIT
Romance[COMPLETED] 2nd story Song: Setia by Elizabeth Tan ft Faizal Tahir Tidak saling mengenali. Tidak juga saling mengetahui akan kewujudan masing-masing. Namun disebabkan sebuah konsentrasi, buatkan mereka bertemu secara realiti. Hingga berjaya mencamba...