BAB 2 RYAN'S QUEEN

18.5K 941 7
                                    

KAMI berdua bersarapan di sebuah kafe yang boleh tahan cantiknya. Masuk saja ke dalam kafe tersebut, ianya bertemakan kayu yang dipadankan dengan warna krim. Sangat sesuai. Aku melabuhkan duduk di sebuah kerusi yang cuma ada satu meja petak kecil dan dua kerusi iaitu saling berhadapan. Jadi, aku menghadap lelaki ini dan dia menghadap aku.

"Can I know your name?" Dia mula membuka suara tatkala kami sudah duduk. Wajahnya agak manis dengan senyuman walaupun suaranya amatlah tegas bagi aku. Jenis yang tidak menampakkan ciri seorang lelaki yang pemurah senyum. Tapi jenis yang dingin dan berat mulut.

Ya, spesis yang itu. Sungguh aku benci lelaki jenis begitu. Kalau dah berat mulut, macam mana perempuan nak lekat? Tapi lelaki di hadapan aku sekarang ini bukan begitu. He's different for me.

"Imelda."

Nama kedua yang diberi. Tidak mahu dikenali olehnya dengan nama pertama atau nama penuh aku. Manalah tahu balik nanti dia cari nama itu di sosial media. Aku tidak mahu dia tahu. Katakan aku perasan, tapi tidak mustahil itu untuk terjadi.

"Ouh, what a nice name. By the way,I'm Ryan." Ryan mula menghulurkan tangan kanannya untuk berjabat tangan. Nampaknya dia bukan orang Islam. Dah kalau namanya pun begitu dan muka pula tak nampak Melayu langsung.

Aku kekalkan tangan di bawah meja saja sambil menolak lembut hulurannya dan menyatakan bahawa berjabat tangan dengan lelaki adalah perkara yang dilarang dalam agama aku. Tidak dinyatakan tentang bukan mahram atau muhrim kerana malas mahu menyatakan panjang-panjang kerana aku yakin dia pun tak akan faham.

Dia menarik tangan kembali. "Oh, I'm sorry again"

"It's okay. Just know that not everyone in Singapore is non-muslim," maklumku. Manalah tahu jika dia baru saja lagi berpindah ke sini

"Alright. I got it." Dia menguntum senyum tipis. Seolah tampak tidak terasa langsung terhadap perilaku aku tadi.

"I pergi order kan, ya?" tawarku. Janggal pula apabila berdua dengannya sebegini.

"Nah. You duduk saja di sini. Biar I yang orderkan. You nak makan apa?" Laju saja dia menghalang. Maklumlah, kafe ini menggunakan perkhidmatan layan diri. Jadi nak memesan makanan dan minuman perlu pergi ke kaunter sendiri dan untuk mengambilnya juga turut sama.
"Croissant and cappuccino with less sugar. And two pieces of cookies."

"Noted."

Bola mataku hanya mengikut gerak-gerinya. Tidak berkalih walau sedikit. Aku suka merenung susuk tubuh tegap itu. Nampak sangat menggoda.

Eh, apa kau fikir ni, Lia?!

"Imelda?" Suara tersebut menyentakkan aku. Kepala yang tadinya terarah pada kaunter, kini beralih ke depan.

Masa bila dia dekat sini?

"Bukan you tengah pesan makanan ke tadi?" Aku agak bingung melihatkan betapa pantasnya dia sampai ke sini setelah selesai memesan makanan.

"Tadi. Now, tengah tunggu mereka siapkan." Dia menyulam jemarinya sesama sendiri lalu diletakkan ke atas meja. Tubuhnya turut terdorong ke hadapan.

Kepala aku jatuh beberapa kali. Laju betul buat kerja. "Ryan, I ada benda nak tanya." Aku mulakan soalan buatnya. Sejak dari tadi dia saja yang menanyakan soalan kepada aku. Jadi peluang inilah untuk aku pula.

Keningnya dijongket.

"You orang apa? I mean, where are you from?" soalku.

SUASANA di dalam kafe yang agak riuh itu serba-sedikit menganggu kami berdua untuk berbual. Jarang sekali aku menjejakkan kaki ke kafe sebegini. Kerana kebiasaannya pasti suasana akan tenang dan damai. Namun tidak pula apabila hari ini merupakan hari hujung minggu. Benarlah tidak semua kafe yang wujud itu semestinya berkonsepkan ketenangan semata. Pelanggan yang hadir pula bercakap seperti orsng pekak. Kuat benar suara. Sungguh aku menyampah mereka yang tidak tahu untuk mengawal nada suara itu.

"I datang dari London. Tapi I pilih untuk tinggal di sini selepas... tamat belajar di sana. And it's easy for me to catch up with them."

Aku hanya mengangguk.

Namun tiba-tiba ada panggilan masuk dari telefon. Lekas aku menjawab dan ternyata aku perlu pergi sekarang ke kafe kerana ada sedikit masalah berlaku di sana dan pekerja memerlukan aku.

"Sorry, I need to go now, Ryan. I tak boleh lama-lama dekat sini." Bingkas aku bangun dari duduk.

Namun saat itu juga beg tangan aku direntap kuat hingga aku terduduk semula. Terasa darah naik menyerbu ke seluruh wajah.

"Stay with me, please." Rayuannya buat aku makin tak keruan dan menjadi tak sedap hati.

"T.. Tak boleh. I have to go now, Ryan. Please, let me go."

Beg tangan aku dipegang olehnya. Merinding bulu roma aku dibuatnya.

"Jangan takut. You safe with me, babygirl." Barangkali dia berfikir bahawa aku ingin pergi oleh kerana aku berasa tidak selesa berdua dengannya dan mahu mengelat. Disebabkan itu dia berkata sedemikian. Begitu lembut suaranya. Dengan garau yang mula buat aku terbuai itu.

"Take a deep breath and be calm. I wouldn't do anything bad to you. I hormat you as a Muslim. I am sorry if I dah buat you rasa tak selesa dengan I," ujarnya lagi.

Ryan tidak berhenti memujuk aku dalam menenangkan juga pada masa yang sama. Perlahan-lahan aku kembali duduk sembari pegangan Ryan tadi dileraikan. Telefon diambil lalu aku memberitahu kepada pekerja bahawa aku bakal lewat sedikit ke sana dan meminta mereka menguruskan yang mampu terlebih dahulu. Lagipun, aku belum mengambil sebarang sarapan pada pag ini. Mahu menjamu selera menu kafe sendiri, tentunya aku sudah naik jemu dan bosan.

"I pergi ambil makanan dulu. You stay here, okay?"

Seperti yang dimaklumkan tadi, dia mula melangkah ke kaunter untuk mengambil makanan yang selesai. Dibawa dalam dulang kayu yang nampak estetik. Berpusing tubuh, dia mengorak langkah kembali ke meja makan kami. Ryan melabuhkan duduk sembari meletakkan pesanan tadi keluar dari dulang lalu diletakkan ke atas meja.

"Enjoy your meals, babygirl."

Kening aku berkerut. Riak wajah memandangnya tidak puas hati. Tapi croissant tetap dicubit sebelum disuap ke dalam mulut.

"Why you always call me 'babygirl'? I have told you before, right? Don't call me with that username." Keras suara melarangnya memanggil aku dengan panggilan sebegitu. Tolonglah. Aku dah besar. Patutnya dah boleh hidup sendiri tapi disebabkan aku masih belum berkahwin, mama dan papa aku memang melarang sekerasnya anak-anaknya ada rumah sendiri.

Pelik, bukan? Tapi itulah kenyataan yang aku, along, angah dan acik kena terima dan hadap. Adik-beradik aku semua ada empat orang. Aku yang ketiga. Ada seorang abang, seorang kakak dan seorang adik lelaki yang sedang sambung belajar lagi. Berumur 23 tahun. Manakala angah pula, sudah 30 tahun dan bekerja sebagai editor buku di sebuah syarikat penerbitan buku.

Semua masih bujang tapi angah saja yang sudah mempunyai teman lelaki. Mereka bakal bertunang tidak lama lagi. Jika ada jodoh.

"I usually call every woman with that username. Because for me, woman is such a beautiful creations that I have to respect and give a gentle words or username. So that, they wouldn't think that every man are same. "

"But little did you know, Ryan? Perangai begitu lah yang akan buatkan mereka fikir bahawa semua lelaki sama."

"But I don't give them creepy words. Just a gentle call. There's a different between it, right?"

Bijak pula lelaki ini putar belitkan ayat aku agar dia menang dalam bermada kata dengan aku. Tapi ayatnya memang benar. Langsung tidak lari dari perkara asal yang dikatakan. Jadi akulah yang tidak memahami ayat di sini?

Keluhan berat terhembus. "Whatever." Bola mata diputarkan. Menyampah pula rasa. Dari tadi berbual dengannya, aku asyik gagal saja. Malas mahu melayan.

Ryan's Queen | BAKAL TERBITWhere stories live. Discover now